09 January 2008

The sound of music mingle with love.




Semenjak saya cuba nak mengurangkan dengar lagu2 yang tak berfaedah ni, saya dah terlupa betapa berharganya 'perasaan' yang saya rasa bila saya dengar irama2 lagu. semalam, saya dengar balik cd MAKSIM - THE PIANO PLAYER. selepas betul2 dengar (utk kali pertama rasanyer sy betul2 menghayati 'feel' di sebalik irama piano dia tuh), saya rasa saya tak rugi. out of 13 tracks, saya suka 7. lebih dari setengah tu.. bila saya dengar track claudine , tiba2 rasa nostalgic plak.. teringat album music box yang sy pernah ada waktu zaman sekolah menengah dulu.. haha. kantoi dah saya. conform jiwang lah macam nih.. actually bukan macam tuh, saya cuma rasa kalau sesuatu benda tu bagus, kita patut menghargainya. antara nikmat terbesar yang Allah bg kat kita selain nikmat iman adalah 3 benda asas nih : PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN HATI. kenalah guna dengan sebaik2 nya.

cerita sket psl Maksim Mrvica nih. Si maksim ni berdasarkan interview dia yang saya tengok, saya rasa orangnya talented, gifted but humble and down to earth. Rare qualities to find in a successful musician. Dia ni orang Croatia. Setiap 2 bulan, dia dan isteri dia akan balik ke tanah air dorang tuh.. si maksim ni cakap, kalau dia tak balik, dia akan rasa nervous dan x boleh nak focus dlm kerjaya dia.. (aiiii... if only i can do the same.. going back to malaysia every 2 months.. hehehe ^_^).
macam ni lah caranya nak gunakan duit. tak menghabiskan di tempat2 yang tak berfaedah..
kalau ader masa dan ader peluang cubalah dengar lagu2 dia nih.. especially claudine and the croatian rhapsody.. melodi dia memang sedap sangat.. rasa macam sangatlah bahagianya saya ada sepasang telinga yang sihat untuk mendengar irama2 yang indah macam ni. track cubana dan exodus pun sedap jugak. comel sangat..

yang saya letakkan sekali ni link live performance claudine by maksim mrvica. cuba dengar yer...

http://youtube.com/watch?v=P8NU6F5iaXI&feature=related

No comments: