ingatkan daku di kala aku lupa

05 November 2009


mencari sesuatu dalam hidup??
rasa macam tak cukup masa nak buat banyak benda?
kena ingat..
semua orang pun dapat 24 jam saja sehari
apa yang penting bukan berapa lama masa kita buat kerja tu
tapi berapa banyak keberkatan yang kita boleh dapat dari sekelumit masa yang Allah beri pada kita... betul tak??
(saya pun masih berusaha untuk menambah-berkat masa yang terasa semakin sempit dan sikit ini... huhu..T_T)
pintu doa dan rahmat Allah sentiasa terbuka buat hamba-Nya yang meminta dan setia mengharap..

ps: rindunya nak jumpa usrati!


maaf hasil tulisan tidak berapa berkualiti.. sekadar mahu lebih mengingatkan hati sendiri yang kadang-kala terlupa dan mengeluh.

feel like giving up..



Ooops..!! Relax! Its not red alert yet. This story is not about me. Its a story about one of my precious patient whose reaction are very much the same like any other patient who encounter almost the same degree of 'misfortune'.

I'm counseling this lady to opt for BKA which also mean Below Knee Amputation. Its hard to make decision ( i know ) but regrettably its needed. To cut the story short, this blind lady.. instead of choosing to cut a leg and save her life, she choose to lie down, moping and HOPING TO JUST DIE.. and she refuse to let us help her in any way possible. Me and one of the staff nurse were trying very hard to explain to her what her current condition is and why we really need to do the BKA. We took more than one hour just to try to bring her into accepting what is happening to her.

Berkali-kali saya cuba tekankan yang kita manusia perlu usaha dan usaha. Hilang satu kaki tak bermakna hidup sudah tidak bermakna lagi. Jangan cepat sangat mengalah dan lepas tu terus menuduh Allah tak sayangkan kita, Allah tak terima doa kita dan sebagainya. Semakin lama bercakap dengan mak cik tu, semakin sebak saya jadinya. Betapa murahnya harga nyawa pada mereka. Let just think: how do we help someone if he himself refuse to help himself? Lebih kurang macam motto yang famous tuh.. help us to help you.. Terfikir juga sebenarnya segala apa yang saya lontarkan pada dia pun boleh diguna pakai pada saya juga. Walau bagaimanapun, betapa saya cuba meletakkan diri saya di tempatnya, saya tetap tak boleh nak terima bagaimana dia boleh terus ambil sikap tak kisah dan nak mati sahaja... MasyaAllah.. T_T
ingat ni: SIKAP TAK KISAH ITU SANGAT-SANGATLAH TAK BAGUS. Allah pun dah kata, Dia takkan mengubah nasib seseorang itu selagi dia sendiri tidak cuba mengubah nasibnya.

Yes, life is stressful and there're a lot of things that can bring you down. But, when there is down, there is always up. A little bit of stress is needed to help you grow. A lot of stress is also needed too.. why? To help toughen you up! Why choose to lay low and die when you can fight and win? Yes.. maybe winning is not always in our hand, but life is not just about winning. Life is a journey. Instead of just dull colors, brighten it up with wonders of life. With all this, you appreciate everything more and more. And whats more important, it humble you up.

{..Apakah manusia akan mendapat segala apa yang dicita-citakannya? Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia}

AN-Najm: 24-25

Susah hati, sesak nafas fikirkan macam-macam benda, rasa macam dah tak boleh nak go on lagi.. apa lagi, mengadulah dengan DIA. DIA confirm dengar punya. Cuma masa nak bagi saja, tak tahu cepat atau pun lambat. Apa pun, kena yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah yang sifatnya Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Melindungi, Maha Lembut dan Maha Berkuasa takkan pernah membiarkan kita hamba-Nya ni terumbang-ambing sendirian menjalani kehidupan.

{Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan... Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin! Maka nikmat Tuhamu yang manakah yang kamu dustakan?}

Ar-Rahman: 29-32

So, ada rasa nak give up lagi?? Not so fast and not so easy k?
Cuba jadikan hidup kita ini seperti air yang mengalir dari puncak yang tinggi. Terhalang bagaimana sekalipun, ia akan tetap mengalir turun ke bawah seperti mana yang Allah telah perintahkan padanya. Perkataan 'aku tak bolehlah' tak wujud dalam kamus hidup si air ini. Macam tu lah yang kita nak.

What we see is not a problem, but always A SOLUTION..


ok tak macam tuh.. ??

Dia wujud untuk kita bersujud

22 October 2009

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. guess what??? Gaji pertama saya dah masuk!! Alhamdulillah.. =) walaupun tak patut gembira kerana duit (duit kan sifatnya sementara saja..), saya tetap bersyukur, detik ini sampai akhirnya. (hehe) Macam tak percaya, dah cukup sebulan saya dapat bertahan di hospital. (harapnya kekal bertahan hingga ke hujung dengan jayanya.. insyaAllah)

2 orang lagi kawan sekerja saya tumbang menyerah kalah dengan 'pressure' melampau. Saya pun tak tahu di mana silapnya mereka jadi begitu (walaupun adakalanya saya pun ada fikiran2 negatif begitu.. hehe). Memang sejak jadi doktor ni, cuma satu saja yang selalu saya terfikir dan diingatkan berulang kali... PERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH PERLU >100%.




Adakalanya, dengan urusan yang mudah-mudah saja (contohnya pasang brenula), Allah dah nampakkan betapa kita manusia ni mudah leka dan alpa. Bila dalam hati terdetik rasa hebat ataupun terlupa sejenak siapa pemilik mutlak manusia dan segala isi dalamnya.. haa.. mulalah jadi macam-macam benda. (itu untuk sayalah, saya tak tahu yang lain macam mana..)

Di kala sedih dan rasa sunyi mencengkam bilik, bacaan surah Ar-Rahman dari laptop jadi peneman dan penenang diri. (perlu selalu ingatkan diri.. nikmat mana lagi yang Allah beri yang kau nak dustakan???) Kata seorang mak cik yang jadi extension dan charger tetap iman saya (memandangkan waktu kerja yang sibuk sangat dan tak menentu, terpaksa ubah kepada usrah on phone...pandai2lah nak hidup kan..) inilah detik dan ketikanya Allah mahu didik saya jadi manusia yang lebih tabah dan lebih hebat pergantungannya dengan Dia.. DIA WUJUD UNTUK KITA BERSUJUD. Subhanallah.. betul sungguh kata-kata itu. Bila saya mengadu tentang perihal seorang pakar yang tak habis-habis nak mencari kesalahan saya, katanya adukan pada Allah berikan saya jalan keluar.. sama ada saya dapat bertukar atau pakar itu yang bertukar, ataupun Allah berikan jalan untuk saya terus bertahan dan 'membesar' di bawah jagaan si pakar tadi. Minggu lepas menyaksikan saya macam 'putus asa' sekejap. Lemas mahu mencari jalan keluar yang seolah-olah takkan berjumpa.. namun, sekali lagi Allah datangkan rahmat-Nya untuk saya. Entah macam mana, tiba-tiba pakar tu berkursus dan assesment saya ditunda tarikhnya. Dapatlah bernafas lega sekejap tanpa kehadiran pakar tu.. (hehehehhe).

..."dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.."
{ Muhammad: 31}

Saya selalu katakan pada diri, kalau ujian sekecil ini pun dah tak mampu nak harungi, layak ke nak kata diri mahu menghuni syurga Allah yang kekal abadi?? Takkan lah tempat super 1st class Allah nak bagi kat orang yang lekeh-lekeh kan?? Buat masa ini, saya masih mampu bertahan dan insyaAllah dengan izin-Nya akan terus bertahan.

Kehidupan ini berjalan di atas qada dan qadar yang telah Allah susun dan aturkan dengan secantik-cantiknya untuk kita para hamba-Nya yang lemah. Maka usahlah kita ragu-ragu dengan rencana Allah swt kerana tiada kekasih yang gemar melihat kekasihnya dalam kedaifan, apatah lagi Yang Maha Mencintai dan Maha Melindungi.

Betul kan?