04 January 2008

Dekat di mata tapi jauh di hati....


Pada saya, ayat ni memang sesuai betul untuk mengisahkan perihal kita umat islam yang tidak betul2 menggunakan dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan utamanya. Yang kita selalu nampak, merata2 tempat tergantung ayat suci Al-Quran tapi tidak difahami dan diamalkan, Quran tersusun begitu kemas dan melambak2 di dalam almari surau tapi tidak dibaca dan dihayati..dibiarkan sahaja mengumpul habuk dan yang lebih dahsyat lagi anak2 bangsa kita diajar cara2 membaca Al-Quran tapi tidak pula diajarkan apa sebenarnya maksud ayat yang mereka baca itu (ajarkan maksud hingga benar2 meresap isinya ke dalam hati). Sayang sungguh melihat ayat2 suci Al-quran sebanyak 6236 ayat di dalam 114 surah terbiar 'usai' tanpa 'perhatian' yang sepatutnya. >>>>kenapa kita perlu pada Al-Quran?
  1. semuanya ada di dalamnya. cuma menunggu kita sahaja untuk mengambil dan mengamalkannya.
  2. manusia yang bergantung kepada logik akal semata tidak semestinya betul. ilmu manusia tidak terjangkau perkara2 ghaib.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir, hidayah atau petunjuk Allah ada lima tingkatan. Inilah yang selalu kita baca dalam al-fatihah iaitu ihdinas siratal mustaqim (tunjukilah kami jalan yang lurus). Bagaimana kita nak jumpa jalan yang lurus kalau kita tidak mencarinya?? dan lebih teruk lagi, kata mahukan jalan yang lurus, tapi apabila jalan itu disediakan di depan mata kita, tiba2 tak mahu jalan pula?? (ini golongan yang masih menolak kebenaran setelah dibentangkan yang hak didepannya.. Nauzubillahiminzallik.)

  1. petunjuk NALURI - bayi akan menangis apabila dia lapar atau merasa tidak selesa.
  2. petunjuk PERASAAN - apabila kita marah bayi atau budak kecil, mereka akan berkecil hati dengan kita. (mulalah tarik muka dengan kita ataupun pergi mengadu kat orang lain)
  3. petunjuk AKAL FIKIRAN - x semestinya betul kerana akal kita tidak dapat menjangkaui ilmu2 ghaib apatah lagi ilmu2 Allah.
  4. petunjuk AGAMA - panduan dari kitab suci Al-Quran
  5. petunjuk TAUFIK - supaya sentiasa konsisten dalam petunjuk Allah. perlukan penghayatan dari Al-Quran dan sunnah.
>>>> sampai bila lagi nak tunggu?? refer ayat 16 surah al-Hadid: belum tibakah waktunya bagi orang2 yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka, dan janganlah mereka berlaku seperti orang2 yang telah diberi kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang2 yang fasik.

>>>>>
kalau betul semua benda ada dalam Al-Quran tuh, apa sebenarnya yang ada di dalamnya???? haaa... yang ni saya tulis dalam entry berikutnyalah k?? takut banyak sangat malas pula nak baca.. hehe.

5 comments:

Anonymous said...

Salam..

KAk Baiz, bila baca entry ni, rasa kurang pulak wanie baca Quran. Rasa bersalah pon ade. Kesian alQuran tu. Suci dalam debu. Ni rasa kena tambah bilangan mukasurat untuk dibaca nih. *rasa bersemangat*

Anonymous said...

bagus bagus.. kita sama2 berusaha!! gambaremas.. hehe=P.. kita pun sama.. kengkadang malas jugak. kenalah tulis peringatan untuk diri sendiri.. huhu T_T

Anonymous said...

ye la.. saye pun kurang la bace al-quran.. huhu.. sama2lah kite ye wanie.. :)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Baiz.

mula2 sy nak komen psl entry ni. tp bila terbaca komen wanie n dzul, sy pun nak cakap psl baca quran jgk. sy wajibkan diri sy 4muka setiap hari. tu wajib. klu sy terbaca 2 je, sy akn make sure esk pagi tu sy akn baca 2 mula lepas subuh sbg denda utk diri sy. tringin nak jd lebih baik skit cuti ni. baca 6-10muka sehari. moga2 niat sy tercapai.

Anonymous said...

yer... insyaAllah.. sesamer lah kiter menambahkan usaha.. (iaseh, skema ler plak.. hehehe)