Dragon ball ada 7
Yang mana satu betul?
Orang selalu kata,
Merah itu darah
Hijau itu aman
Biru itu damai
Kuning itu ceria
Putih itu suci
Dan hitam itu kualiti.
Tapi betulkah apa yang orang selalu kata
Atau mereka pun hanya dengar dari apa yang orang selalu kata?
Rambut saja hitam
Mata saja 2 biji
Mulut saja 1
Nama saja manusia..
Tapi sekarang rambut boleh bertukar warna dan
Mata boleh jadi 4 (pakai spek)
Tapi mulut tetap 1
Dan manusia boleh jadi binatang dan tak berperasaan
Habis, apa sebabnya hati boleh jadi lain-lain..
Orang kata
Setiap orang berlainan.
Cara fikir berbeza
Kehendak pun tak sama
Rasa pun tak serupa..
Tapi mahu pula hidup sekali..
Bagai kata orang:
Kubur kata mari
Hidup kata pergi
Orang kata
Kita ni hidup bermasyarakat
Perlu saling memahami
Perlu saling menyayangi
Perlu ada tolak ansur…dan hidup ini mudah
Dan yang mudah tak perlu disusahkan..
Dan yang susah kita mudahkan..
Tapi, sejauh mana benarnya kata-kata itu?
Ke depan sakit
Ke belakang terluka
Ke kanan terhimpit
Ke kiri terseksa (bukan dalam metro)
Dan diam di situ mati….
Ke mana nak pergi?
Jalan penyelesaian:
Senang tapi sukar
Satu tapi banyak
KEMBALI PADANYA
Dan ingat yang kita ini memang TAKKAN SAMA..
>>>saja nak kongsi 'permainan kata' nih.dah lama dah saya tulis ni. tahun 2004. maaflah merepek2 sket sstgh part tuh..hehe
No comments:
Post a Comment