14 December 2007

mencari kebahagiaan..

Pernah tak anda berfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan KEBAHAGIAAN? Pernah tak anda BETUL2 memikirkan apa sebenarnya yang anda cari dalam hidup ini? Apa sebenarnya yang buat anda mampu untuk bangun setiap pagi, melangkah kaki ke mana jua destinasi anda dan menghadapi hari2 mendatang? Pernah tak sampai satu ketika di mana anda rasa ‘jiwa anda kosong’?.....

Ok, mari kita berfikir sekejap k. saya cuba senaraikan serba ringkas apa yang saya rasa menjadi kayu ukuran kebahagiaan sesetengah orang:

  1. dari segi pelajar – dapat straight 5 dlm colloq (student Rusia), dapat anugerah Dekan (Msia), dapat 5A UPSR (pelajar sek ren), dll.
  2. dunia pekerjaan – bisnes berkembang baik, dpt duit gaji + bonus on time, naik pangkat, dpt beli kereta baru….
  3. lelaki – dpt kekasih yg hot, pandai masak, dan lebihkan dirinya dlm apa jua perkara tapi pd ms yg sama tak terlalu mengongkong kebebasannya, dapat lepak2 ngn kwn2 n dikatakan ‘cool’, beli computer baru jenama Mac contohnya takpun dpt pecah rekod main game CS, LOTR ker, game bola ker….
  4. perempuan – dapat kekasih yang memahami jiwanya, kalau kata call pukul 3pm, pukul 2>pm dia dah call or at least on time, belai dirinya seolah2 dialah tuan puteri n the one n only….
  5. ibu bapa – dpt anak2 yang baik, rajin belajar n dpt keputusan yg bagus dlm xm, tak suka melawan cakap..
  6. anak2 – dapat ibu bapa yang sporting abes, bagi duit poket byk tanpa byk soal, bg kluar anytime diorg nak, lg best tuh kalau parent dorg tak oppose dorang nak couple.. or bg yg dok luar negara tuh, dpt balik rumah/berjalan2 every winter/summer holiday…
  7. manusia secara amnya – cantik or hensem (paling2 kurang mcm tom cruise ker.. or at least rambut cam model2 Pantene ker.. ), kalau boleh nak body hot ( at least perut tak boroi/berlipat2… ), ada kelengkapan diri yg lengkap ( tak dpt satu rumah, satu bilik anda pun jadilah, takpun gadget2 yg up to date.. ), dpt pasangan hidup yg baik ( ikut criteria masing2 ) tapi yg penting semua org tak abes2 puji betapa bagusnya pasangan anda tuh…kalau boleh dpt pasangan tuh bila anda nakkannya.. tak lambat dan tak cepat.. (terlampau byk sgt smpt tak terlarat nk tulis semua.. hehe ^_^ nmpk sgt manusia nih tak pernah puas ngn apa yg ada.. )

adakah kita termasuk dlm golongan2 ini?? anda rasa apa akan jadi pada diri anda kalau anda tak dapat apa yang anda idam2kan tuh??

    • Adakah anda akan frust menonggeng?? Kecewa gila2?? Sedih dan remuk rendam hati anda?? Dengar lagu2 blues 24-7? Being miserable in your life??
    • Takpun anda terus jadi the-complete-opposite?? Jd super-perfectionist supaya anda mmg conform dpt apa yg anda nakkan?? Belajar gila2 sampai org pggl anda freak/nerd/bookworm? Desperate to find your true love??
    • Ataupun anda kembali padaNya?? Merintih dan mengadu nasib dgnNya.. berdoa, minta petunjuk, harap Dia teguhkan dan tenangkan hati anda… berdoa agar Dia beri apa yg nakkan..

Sy harap kita boleh ambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling kita.. kisah seorg budak darjah 6 yg gantung diri (baru2 nih jer) sebab tak dpt keputusan UPSR macam yang dia nak.. rate suicide yg tinggi di kalangan org2 Jepun.. jgn kata kat Jepun, ms sy buat attachment kat hosp dulu pun, paling2 mesti akan jumpa 2-3 kes budak perempuan telan Panadol/Paracetamol sampai 30-50 biji sbb kecewa dlm cinta/masalah keluarga.. tgk muka cam ok jer… tak sangka betul mereka nih boleh terfikir nk buat mcm tuh.. kat Rusia nih, byk kes org terjatuh dr bangunan tinggi sbb mabuk.. apa benda yg buat mereka sampai mabuk sebegitu tak tahulah.. sedih sebenarnya melihatkan keadaan mereka2 yang seolah2 tak sayangkan nyawa dan diri sendiri nih… banyak factor yg boleh disalahkan.. tapi pada saya, yang paling penting adalah sebab TAK ADA PEGANGAN AGAMA YANG KUAT DALAM DIRI.. hanya pada Dia sahajalah yang sepatutnya betul2 jadi sumber kita bergantung harap, meminta pertolongan. Kasih manusia akan hilang, kalau tak hilang sbb jumpa ‘kekasih’ lain, hilang apabila tubuh bercerai dgn nyawa.. harta kebendaan, pangkat dan kecantikan lagilah tak kekal, hari ini mungkin milik kita, esok2 mungkin milik org lain pula.. so FIKIR2kan + RENUNGKAN + AMBIL PENGAJARAN k?

Perjuangan demi mencari keredhaan Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali

Pergunakannya agar kau tidak sesali..

di esok hari

Ketenangan ada di sini

Tak jumpa kerana kau tak mencari

Kebahagiaan tersirat di hati

Tak rasa kerana kau tak menghayati

Apa pun cara yang dipilih, sy harap biarlah ia cara yg betul, cara yg membina, cara yg lebih mendekatkan kita padaNya. Sy rasa selagi kita masih bernyawa (bukan dh nyawa2 ikan k.. ), masih tidak terlambat utk kita betul2 mencariNya.. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang.. Maha Pengasih dan Maha Pengampun. kalaupun kita nih hambaNya yang datang mencariNya hanya bila kita susah, Dia takkan abaikan kita.. mudah2an Dia beri kita cahaya petunjuk dan rahmatNya.. senangkan jalan2 kehidupan kita atau permudahkan urusan2 kita.. ataupun berikan kita kekuatan utk melalui detik2 sukar dlm hidup kita. (lepas tuh, jgn lah kita lupakan Dia lagi.. Allah suka amal yang berterusan.. biar sedikit tapi diamalkan dan meresap hasilnya dalam hati.. ) insyaAllah.

No comments: