20 December 2007

kenapa kita tak boleh ikut mcm lalang?


semua sedia maklum resmi lalang. akarnya tumbuh melata di bumi, tidak kuat menyokong, kuisan kaki yang sedikit sahaja dah mampu menyebabkan ia tidak lagi berpasak di bumi. sudahlah begitu, meliuk-lentuk mengikut arah angin, tiada arah tujuan. biarpun ia mapu tumbuh sendiri tanpa dibaja dan dijaga, sifat ini tidak elok sebenarnya jika dijadikan perumpamaan untuk kehidupan manusia. jauh bezanya antara 2 manusia yang satu hidupnya diberi perhatian dan dibelai dengan penuh kasih sayang sementara yang seorang lagi dibiarkan hidup sendiri tanpa tunjuk ajar apatah lagi sekelumit kasih. yang disayangi (insyaAllah) melahirkan manusia yang cemerlang sementara yang terbiar akhirnya menjadi manusia yang 'kacau pemikirannya'.

dalam hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Tirmizi :
jangan seorang pun antara kamu menjadi orang yang tidak berpendirian, beliau berkata : "aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku berbuat baik, sekiranya berbuat jahat aku juga berbuat jahat" tetapi kamu mestilah menetapkan pendirian kamu, apabila orang berbuat baik hendaklah kamu berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat hendaklah kamu menjauhkan diri daripada berbuat jahat terhadap mereka.
jadi, jangan jadi seperti lalang!!!

No comments: