06 December 2007

melihat dunia dari mata kanak-kanak..


melihat kembali gambar2 keluarga di rumah, saya berfikir sejenak, apa sebenarnya yang membuatkan dunia kanak2 nampak begitu gembira?(waktu ni sayu sekejap sebab tgk gambar adik2 riang bermain.. T_T huhu. ) apa sebenarnya yg mereka nampak dalam dunia ini.. mereka begitu ceria seolah-olah langsung tidak ada masalah dalam hidup mereka. tipulah kan kalau kata tak ada masalah.. problem tu ada cuma ia tak nampak begitu significant...problem mereka>> berebutkan makanan, cemburukan adik-beradik, mak ayah tak bagi ikut berjalan, kena marah dgn kakak abang..tak tahu buat kerja sekolah, marah sebab konon2nya portion mknn dia dh dirembat org lain.. dan macam2 lagi.. (hehe ^_^).

Kanak2 ni suka bermain dan bermanja. Kalau menangis pun untuk menarik perhatian. Suka meniru dan gemar dipuji. Senyum meleret bila dihargai dan terkinja-kinja keriangan apabila dibelikan hadiah dan barang permainan.pagi merajuk, tak sampai tgh hari dah ok semula. paling2 teruk pun sampai malam jer.cara ni bagus sebenarnya, org kata JANGAN SIMPAN DALAM HATI. BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH. kanak2 nih sentiasa suka akan kedatangan hari2 baru..datangnya hari baru bererti ada perkara baru yang lebih seronok akan mereka lalui..dapat jumpa kawan2 atau dapat main lagi di padang permainan.. dapat beli lagi sticker yg mereka suka tue.. (contoh). maksudnya>> mereka nih FOKUS PADA BENDA2 POSITIF DLM HIDUP. and they LIVE IT UP EVERY MOMENT.

Yang tak bestnyer, part tak leh nak kongsi barang2 tuh, apatah lagi kasih sayang. n bila mereka bergaduh, masyaAllah, nak roboh rumah dibuatnya. tapi kita sebagai yg tua, yg matang, yg mendidik, kenalah pandai membimbing, tunjukkan jalan,akhlak dan contoh yang baik utk mereka ni. PENDIDIKAN ASAS BERMULA DARI RUMAH. Adalah lebih elok jika pendidikan yg diberikan itu adalah yg selari dgn cara hidup islam. mungkin boleh dilonggarkan sedikit2 dari segi puasa contohnya.. apa yg penting kita bagi mereka faham apa itu cara hidup islam.. dan sudah semestinya kita nih kenalah ikut buat sama..

contohnya : takkan lah kita suruh adik2 kita pergi masjid or surau utk solat tp kita plak pergi pasar malam sebab nak mkn murtabak yg diidam2kan sejak 2 minggu lepas.. ini dah salah tunjuk ajar nih.. tak pun kita ajar mereka supaya jaga kebersihan, tak elok buang sampah merata2, alih2 kita kat rumah kemain liat lagi nak bersihkan bilik sendiri.. jgn kata bilik, meja belajar or katil pun dah cukuplah buat bukti betapa lainnya apa yg diajar dan apa yg dibuat. (sy harap anda semua tidak begitu.. sekali-sekala maybe ok kot.. lebih elok takda langsung).

so, kwn2: sama2 perbaiki diri. jgn gaduh2, tak elok. apa2 masalah kita bw berbincang, cakap elok2.. selesai secara matang k. (dalam hal nih, barulah tak boleh ikut perangai budak2.. nak menang diri sendiri n mencari salah org lain shj.. )

2 comments:

Anonymous said...

mana adsense? nak klik.. hehe.. Selamat maju jaya. :)

Sarah Mohd Shukor said...

salam.

baiz, sy nk jd budak2 selamanya tp sel2 ni nak jgk berkembang biak sampai dh boleh jd mak org. sedih kn. huhu. n sy tau sel awak pun berkembang biak dgn jayanya jgk. sehingga dh bawak awak cecah umur 22 thn. so, happy birthday!! sila baca hujung entry sy yg latest eh. happy birthday my buddy! *hugsss*