30 May 2009

face your fear!!





Ada banyak perkara yang hendak saya luahkan tapi tak berkesempatan (datang dari seorang yang agak talkative and expressive in words.. can't believe it rite?? huhu). Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar ruang kehidupan saya dan teman-teman 6th year yang lain di bumi bertuah Moscow ni semakin menghampiri penghujungnya (insyaAllah). Setiap orang bertarung dengan 'demon' masing-masing.




Dalam kekalutan saya revise balik 3 subject penting untuk final state exam bulan 6 ni, saya betul-betul x sangka yang saya masih ada peluang lagi untuk 'sedar' beberapa perkara. Cakap je berapi (in my case, writing or making videos).. tapi habuk tadak. Saya katakan pada adik-adik yang saya sayang, saya sedih tengok mereka begitu hebat belajar hingga tenggelam dalam hambatan exam yang sangat dahsyat tuh.. hingga kalau saya call pun, suara memasing dah jadi macam 'zombie'. Tiba-tiba buku dan meja jadi BFF.. tak ada lagi masa untuk buat benda lain. Sebenarnya, bila fikir-fikir balik, saya pun lebih kurang ajer.. kerana kuatnya ikatan exam (dan usrah), saya macam dah tukar jadi orang lain. Blogging dah jarang, exercise pun main selit-selit masa jer.. makan pun x ikut time lagi.. (nasib baik partner masak dgn Krin, latihan komitmen yang bagus!! Hehe.. saya pernah cakap pada Krin, kalaulah dia jadi anak saya, mesti dah malnutrition punya. Krin pun kata saya dah makan sikit sekarang. huhu)






Apa yang paing buat saya terkejut --> is the fact that i can rediscover the passion i once have for subject O&G while i'm still struggling to finish reading it let alone understand and grasp all the importance parts. Sungguh!! Ada sedikit rasa terkilan sebab lambat jumpa perasaan tu, tapi takpalah.. sekurang-kurangnya saya tahu saya masih ada harapan dalam bidang ini. Ada suatu masa tuh, inilah subject yang saya paling tak suka. Tiba-tiba, dah nak dekat final ni, barulah saya sedar balik kenapa saya suka medic in the first place. (saya dulu berminat nak masuk medic dari subjek obs and embriology.. teringat lagi, mula dari form 4 dulu saya rajin cari buku-buku yang berkenaan dan baca walaupun sebenarnya tak faham sangat masa tu..) alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan kembali pada saya.. semoga perasaan ini kekal dan terus bercambah hendaknya.. amin..


Sebab tu lah, ada pepatah yang kata, if you fear something, don't run from it.. Face it courageously. (hari Rabu hari tuh, akhirnya saya berjaya habiskan beberapa sushi raw!! Cabaran untuk diri sendiri jugak. Itu mungkin makan-makan terakhir kami group 8.. i'm gonna miss all of you so much!!) sebab dah nak dekat parting time ni, saya rasa saya macam dah jadi lebih sentimental dari biasa.. tiba-tiba ada hobi tangkap gambar those whom i cherished so much from the back.. seolah-olah macam ada perasaan menghantar mereka ke tempat yang jauh (dan tak dapat jumpa lagi) dengan harapan semoga mereka akan jumpa hidup yang lebih baik dan gembira dari sekarang.


Andai kata di sinilah akhirnya titik pertemuan kita, doakanlah agar kita sama-sama dapat jumpa semula di al-jannah nanti insyaAllah. Minta maaf dan terima kasih untuk segalanya.. <3 <3 <3

2 comments:

Anonymous said...

salam kak baiz.. adeh.. bunyi 'menghantar mereka ke tempat jauh' mcm bunyi hantar jenazah je.. sy x nk kak baiz amek gmbr sy r klu gitu..c'on kak baiz! once an ukhti, always an ukhti! bcause what ties us is not short distance, but what lies inside! ;)

baiz said...

salam iman.. hehehe. ampun ampun..
jgnlah gitu.. g lah sy amik gmbr awak dr blkg..hehe.. tp mmg yea pun.. its the heart and doa that link us all together iA. ~~ingatku dalam doamu~~

ps: oversentimental kot sy nie.. hehe