04 June 2009

Ihdinas-siratal-mustaqim...




Manusia pandai merancang. Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah azza wajalla.

Betul sangatlah kata-kata ini. Macam biasa, untuk kesekian kalinya, saya sendiri telah menjadi bukti kepada diri sendiri betapa manusia ini memang lemah, kerdil dan sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari-Nya.

Alkisahnya, petang tadi, di tengah-tengah kekalutan mengulangkaji untuk state exam esoknya (pagi Jumaat), classmate saya call- katanya saya kena hantar buku zachot saya pada Elena (dekanat) pada ketika itu juga. Jam sudah menunjukkan 6.30pm.. waktu kerja pun dah habis. Itulah.. siapa suruh sendiri ignorant.. inilah hasilnya. Bimbang menyusahkan Elena menunggu saya, terpaksalah saya naik teksi berbekalkan 300ruble terakhir saya (tak cucuk duit lagi).. dah lalu depan dekanat pun, saya boleh salah jalan lagi.. akhirnya terpaksa saya turun saja, jalan kaki, mencari sendiri jalan berbekalkan memori fotogenik saya yang tak berapa lengkap tuh. Bukan ke malu bertanya sesat jalan? (saya kesiankan pakcik tuh.. banyak kali pusing kereta..)hehe..Rasanya, dalam ramai-ramai orang, sayalah yang paling senang sekali nak sesat walaupun dah pernah pergi tempat tuh dulu. (walaupun selalunya saya tak kisah, sebab nanti akan terjumpa kedai makan best, kedai buku, or tempat2 yang cantik pemandangannya..) aisshhhh.. itulah sebabnya, kena selalu berdoa minta pada-Nya tunjukkan jalan yang lurus.. mujurlah setakat ini tak sesat lagi dalam jalanan kehidupan.. insyaAllah.

Jantung saya berdegup laju betul.. takut sangat sampai lambat sangat..kena marah lagi.. kalau tak sempat cucuk duit (perlu cucuk sebelum pukul 8pm sini =12tgh mlm malaysia) nanti macam manalah saya nak balik.. huhu. alhamdulillah segalanya dimudahkan Allah.

Sambil menekan butang lif tu, saya terfikir, apa sekalipun, La haula wala quwwata illa billlah.. (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah Taala..) Allah melapangkan bagi kita, supaya kita tidak selalu dalam kesempitan. Allah menyempitkan bagi kita supaya kita tidak hanyut dalam kelapangan.. dan Allah melepaskan kita dari keduanya supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Alang-alang jalan kaki balik ke metro Fruzenskaya tu, saya singgah sekejap lepak-lepak di taman Fruzenkaya tu.. aman damai sungguh hati waktu tu. Duduk rehat-rehat minda selepas setiap hari terperuk di bilik belajar. (kalau orang tak tahu, mesti kata saya ni free gila masa.. ). Sambil-sambil hirup udara segar sambil menikmati pemandangan indah yang Allah ciptakan untuk kita, boleh juga kita muhasabah sekejap.. dalam pada kita mengejar impian dunia yang belum pasti letak akhirnya bagaimana, di mana usaha kita dalam menyelamatkan diri dari ketetapan yang pasti (mati)??





..... hmm, pikir elok2 yea.. apa jawapan yang kita boleh bagi di depan Allah nanti ~~~

No comments: