01 May 2009

reunited in jannah!!

Kalau kita tanyakan pada manusia, apa target anda dalam hidup? Segolongan besar akan menjawab: "the best in my field". Kalau jawab begitu masih ok lagi, kalau jawapan yang begini: "its obvious. mestilah nak kaya, ada rumah n kereta besar, ramai orang kenal.."aii.. sedih sedih. T_T. Kecik benar ruang lingkup kehidupan mereka. Memang betul-betul 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' nih.

Peribadi seorang muslim, tidak boleh berbudaya 'setakat mana yang boleh': daripada cempedak, baiklah nangka; daripada tidak, baiklah ada (sedikit pun x apalah, asalkan tidaklah x ada langsung). Kita sepatutnya menjadi 'assabiqun khairat'- mereka yang berlumba-lumba mengejar kebaikan, mereka yang berlumba-lumba mengejar nikmat Allah, mereka yang berlumba-lumba mencari redha-Nya.




Memanglah benar segala nikmat yang ada di syurga itu unimaginable, unthinkable and indescribable, tapi bukanlah bermakna Allah tak berikan kita sebarang insight langsung ke dunia impian setiap muslim nih. Cuba kita tadabburkan surah Al-Waqi'ah. Nah! Banyak sungguh nikmat di syurga yang mungkin namanya lebih kurang seperti di dunia, tapi memang tidak dapat digambarkan lainnya dan hebatnya rasanya itu. Tak percaya? Awak nak apa.. semua Allah bagi kat sana. Daripada kekasih yang kekal muda perawan dan bermata indah, buah-buahan, daging burung, tilam empuk, sampaikan pisang pun ada!!

Yang sewajibnya, kita semua nih berusaha untuk jadi assabiqun al-awwalun. Orang yang paling dahulu beriman dan merekalah yang paling awal masuk syurga. Allah telah nyatakan dalam firman-Nya (ayat 13)- Tapi..jangan sedih!!! Kita bukannya tak ada peluang langsung. Cuba tengok ayat 14: Allah kata ada juga di antara mereka ini datang dari orang yang kemudian (kitalah tuh.. umat akhir zaman).

Alangkah berbahagianya kita sekiranya kita tergolong dalam kumpulan kecil yang turut sama mendapat rahmat Allah, masuk syurga dengan tiket VVIP, tak payah kena hisab dulu. Tak macam golongan kanan yang banyak dinyatakan dalam Al-quran, mereka masuk syurga juga.. tapi kena dihisab dulu. Yakinkah kita yang amalan kita selama ini mampu melayakkan kita terdaftar masuk sebagai seorang muslim di pejabat pendaftaran Allah? Lagak kita pun lebih kurang sama saja dengan yang tidak islam, masih berani mahu mengaku muslim??

#ps:
Indahnya perasaan apabila mencari dan kemudian berjumpa.. T_T.
Yakinlah bahawa Allah akan beri kepada mereka yang mencari.

...

No comments: