26 March 2009

yang, saya saaaaayanng sangat kat awak!!




tak tahulah kenapa, minggu ini rasa sayang saya membuak-buak. Bagaikan gunung berapi yang telah lama menanti masa untuk meluahkan laharnya yang dipendam sejak beribu tahun lamanya. Macam itulah yang saya rasa. Hehe.

Eh, jap jap. Jangan salah sangka. Saya memang dilamun cinta.. tapi bukannya cinta seperti yang anda terfikirkan sekarang. Alkisahnya, kalau sebut cinta saja, perkara pertama yang akan kita fikirkan adalah sayangnya seorang perempuan/lelaki kepada lelaki/perempuan yang lain. (cinta sesama jenis tidak termasuk langsung dalam pilihan. Allah tak bagi dan saya serta mereka2 yang normal fitrahnya juga tidak akan mengiktiraf!) Kalau takpun, orang akan terus terfikirkan keluarga terdekat masing-masing.

Biar sekecil manapun cinta itu, ianya penting kita kelolakan dan kita fahami nilai sebenarnya agar istilah 'unconditional love' itu tidak berubah menjadi 'disproportionate love' ataupun menjadi seperti pribahasa paling popular abad ini: 'love is blind'. Iyerlah, cuba kita renungkan, betapa banyak yang jiwanya berubah menjadi baik kerana cinta, dan berapa banyak juga akal yang 'tewas' disebabkan lautan cinta yang bergelora ini?

Jadi, cinta bagaimana yang saya katakan ini? Inilah dia 'ruhul mahabbah' yang ditanamkan oleh nabi Muhammad s.a.w di dalam setiap jiwa para sahabat sehingga buah dan bunga cinta mereka itu dapat dinikmati di setiap musim dan di setiap ketika.

Cinta yang sebenar sepatutnya menjadi jalan pintas bagi kita menuju perubahan. Cinta yang memobilisasikan amal soleh. Cinta yang menjadikan kita laksana seorang kekasih sejati terhadap saudara seakidah kita seperti kasihnya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah. Cinta yang menggelorakan semangat kebersamaan dan jihad kerana-Nya. Cinta yang menumbuhkan sikap ingin saling menanggung derita apatah lagi berkongsi nikmat dan kurnia-Nya. Cinta yang sentiasa disirami doa sahabat dan dilimpahi barakah dari-Nya.

Diriwayatkan dalam satu hadis Nabi:
" Perumpamaan orang mukminin dalam cinta kasih, dan rahmah kasih sayang serta pertautan jiwa bagaikan satu tubuh. Apabila satu bahagian menderita, maka menjalanlah penderitaan itu ke seluruh tubuh hingga tidak dapat tidur dan demam."

Dengan rasa cinta beginilah (yang kian mekar dari hari ke hari dan diharapkan Allah memberkati saya biar agar rasa cinta ini terus subur dan bercambah dari hati ke hati yang lain), alhamdulillah dapat saya rasakan kelainannya. Diri rasa lebih bersemangat untuk melaksanakan solat jemaah sebanyak yang mungkin (memang lain betul hari yang dimulakan dengan solat subuh bersama), mesej ringkas dari adik-adik di sini mampu membuatkan hati saya berbunga-bunga berhari-hari lamanya, dan bebelan abah di telefon pun buat saya rasa bersyukur masih ada jiwa yang sudi menyayangi saya.

Hati saya rasa terguris membaca berita seorang bayi lelaki di Miri yang mati kelaparan kerana tidak diberi makan oleh ibu bapanya yang mabuk dek arak. Kalau tidak mahu menanggung tanggungjawab memelihara anak dengan sebaiknya, apalah salahnya diberikan saja kepada mereka yang akan lebih menghargai jiwa si kecil itu... Hati tambah bersedih membaca kisah seorang datuk tua (umur 70-an) yang menemui ajalnya dengan cara yang begitu aib sekali dek kerana sibuk sangat mahu memuaskan nafsu sendiri (self masturbation by putting his penis into a soft drink bottle.. well, you figure out the rest of the story..). Lihatlah kawan-kawan, apa yang terjadi andai cinta manusia yang fana' yang anda dambakan. hanya sekadar pandai menutur kata-kata manis dan sayang serta menuntut 'bukti' cinta yang entah apa2 pintanya.

Terlanjur panjang menulis, izinkan saya menambah serangkap lagi (petikan dari kata2 Ibnul Qayyim):
" ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan kekasihnya, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang2 pergi menghadap raja dan pembesar2 untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul2 mencintai Allah..."

....

1 comment:

AHLAN WASAHLAN - Bukhori Mesir Travel said...

slm. bagus.. nk g jln2 kt mesir x? smbil blajar ttg agama skit2.. http://bukhorinstravel.blogspot.com/