31 March 2009

pesanan terakhir seorang penyair... T_T

Saya terjumpa syair ini dalam sebuah buku kisah para sahabat. Kisah seorang penyair yang sentiasa hidup dalam kesengsaraan, keputusan dan penderitaan. Ini adalah puisi terakhir yang sempat dilantunkannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dialah Malik bin Ar-Rayyib.

Apakah kalian tidak melihatku
yang telah menjual kegelapan
dengan cahaya hidayah?
Aku berperang sebagai perajurit Ibnu 'Affan.
Hanya bagi Allah ku pasrahkan permata hatiku
ketika aku meninggalkan anak dan hartaku
di sisi dua jurang.
Wahai para sahabatku
perjalanan hidupku telah mendekati maut
Saatnya bagiku untuk tidur sepanjang malam
Hidupku hanya tinggal hari ini
atau tersisa sepanjang malam.
Maka janganlah kalian mempercepat kepergianku
kerana segalanya kini sudah jelas
pembaringanku tergores hujung gigi
setiap kali ku miringkan tubuhku
sedangkan hujung kainku
selalu basah dengan air mata.
Janganlah kalian benci diriku.
Semoga kalian memperhati nasib kalian
di bumi mana pun anda berada.

---> mutiara bernilai dari seorang penasihat yang juga telah merasakan apa yang ia ucapkan.

mampu ker saya nak jadi begini?? huhu..
iA. berusaha!!!

...

3 comments:

Anonymous said...

adakalnya menulis itu lebih memotivasikan berbanding lisan..tetapi selalunya lisan dan penulisan itu lebih meninggalkan kesan...so k.baiz,truskan menulis dan bersuara..moga Allah memberkati kedua2nya

baiz said...

jazakillah cik anonymous.. =)
i think i know who u are already.
hehe. thank you for being there...
n thanks for the good wish,
insyaAllah.. saya pun harap jadi begitu juga...

Anonymous said...

salam ziarah k.baiz! sy nk g bilik akak ni amek kunci bilik husna. di manakah kepala lady bird tuh? tak bek tau kak, seksa binatang.. heheh..