Saya terjumpa syair ini dalam sebuah buku kisah para sahabat. Kisah seorang penyair yang sentiasa hidup dalam kesengsaraan, keputusan dan penderitaan. Ini adalah puisi terakhir yang sempat dilantunkannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dialah Malik bin Ar-Rayyib.
Apakah kalian tidak melihatku
yang telah menjual kegelapan
dengan cahaya hidayah?
Aku berperang sebagai perajurit Ibnu 'Affan.
Hanya bagi Allah ku pasrahkan permata hatiku
ketika aku meninggalkan anak dan hartaku
di sisi dua jurang.
Wahai para sahabatku
perjalanan hidupku telah mendekati maut
Saatnya bagiku untuk tidur sepanjang malam
Hidupku hanya tinggal hari ini
atau tersisa sepanjang malam.
Maka janganlah kalian mempercepat kepergianku
kerana segalanya kini sudah jelas
pembaringanku tergores hujung gigi
setiap kali ku miringkan tubuhku
sedangkan hujung kainku
selalu basah dengan air mata.
Janganlah kalian benci diriku.
Semoga kalian memperhati nasib kalian
di bumi mana pun anda berada.
---> mutiara bernilai dari seorang penasihat yang juga telah merasakan apa yang ia ucapkan.
mampu ker saya nak jadi begini?? huhu..
iA. berusaha!!!
...
31 March 2009
bahagia dengan kepenatan ^_@
ps: ini lebih untuk catatan diri.. tapi kalau nak baca juga silakan.. (sbb tuh sy letak di sini, hehe).
cepat sungguh masa berlalu.
sekejap saja dah masuk bulan 4.
banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
sampai adakalanya rasa seperti orang lain dapat 48 jam sehari
dan saya pulak dapat 18 jam sahaja...
aiihh..
time management!!
lasakkan badan!!
(kluar all out maximum untuk 2 hari jer, lepas tuh mesti macam nak demam T_T. baru 24 tahun tapi terasa seperti badan umur 32tahun..)
kuatkan semangat!!
kuatkan lagi pergantungan denganAllah!! (Allah itu dekat. Penuh kasih-sayang =). )
tatkala penat2 macam ni:
saya cuba ingatkan diri -
Allah akan menolong hamba2Nya yang menolong agamaNya.
usaha kita yang akan membuahkan redha dan pahala dari-Nya.. so apa lagi? tambahkan usaha!!
sebaik2 waktu adalah apabila kita mengusir kekosongan dengan kesibukan. (betul x?)
dan kesengsaraan itu (kepenatan dan yang sewaktu dengannya) datang dengan penuh hikmah.
(tak percaya??? )
..." yang demikian itu ialah kerana mereka ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang2 kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang2 yang berbuat baik." [at-Taubah:120]
ps: jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan kesengsaraan kerana terkadang penderitaan itu justeru memberikan kekuatan bagimu dan akan menjadi kenikmatan pada suatu hari nanti. Jika anda hidup dengan hati yang membara, terbakar dan jiwa yang bergelora kerana penderitaan, akan lebih baik dan terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin, semangat yang layu dan jiwa yang lemah.
What doesn't kill you,it makes you stronger!!!
26 March 2009
yang, saya saaaaayanng sangat kat awak!!
tak tahulah kenapa, minggu ini rasa sayang saya membuak-buak. Bagaikan gunung berapi yang telah lama menanti masa untuk meluahkan laharnya yang dipendam sejak beribu tahun lamanya. Macam itulah yang saya rasa. Hehe.
Eh, jap jap. Jangan salah sangka. Saya memang dilamun cinta.. tapi bukannya cinta seperti yang anda terfikirkan sekarang. Alkisahnya, kalau sebut cinta saja, perkara pertama yang akan kita fikirkan adalah sayangnya seorang perempuan/lelaki kepada lelaki/perempuan yang lain. (cinta sesama jenis tidak termasuk langsung dalam pilihan. Allah tak bagi dan saya serta mereka2 yang normal fitrahnya juga tidak akan mengiktiraf!) Kalau takpun, orang akan terus terfikirkan keluarga terdekat masing-masing.
Biar sekecil manapun cinta itu, ianya penting kita kelolakan dan kita fahami nilai sebenarnya agar istilah 'unconditional love' itu tidak berubah menjadi 'disproportionate love' ataupun menjadi seperti pribahasa paling popular abad ini: 'love is blind'. Iyerlah, cuba kita renungkan, betapa banyak yang jiwanya berubah menjadi baik kerana cinta, dan berapa banyak juga akal yang 'tewas' disebabkan lautan cinta yang bergelora ini?
Jadi, cinta bagaimana yang saya katakan ini? Inilah dia 'ruhul mahabbah' yang ditanamkan oleh nabi Muhammad s.a.w di dalam setiap jiwa para sahabat sehingga buah dan bunga cinta mereka itu dapat dinikmati di setiap musim dan di setiap ketika.
Cinta yang sebenar sepatutnya menjadi jalan pintas bagi kita menuju perubahan. Cinta yang memobilisasikan amal soleh. Cinta yang menjadikan kita laksana seorang kekasih sejati terhadap saudara seakidah kita seperti kasihnya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah. Cinta yang menggelorakan semangat kebersamaan dan jihad kerana-Nya. Cinta yang menumbuhkan sikap ingin saling menanggung derita apatah lagi berkongsi nikmat dan kurnia-Nya. Cinta yang sentiasa disirami doa sahabat dan dilimpahi barakah dari-Nya.
Diriwayatkan dalam satu hadis Nabi:
" Perumpamaan orang mukminin dalam cinta kasih, dan rahmah kasih sayang serta pertautan jiwa bagaikan satu tubuh. Apabila satu bahagian menderita, maka menjalanlah penderitaan itu ke seluruh tubuh hingga tidak dapat tidur dan demam."
Dengan rasa cinta beginilah (yang kian mekar dari hari ke hari dan diharapkan Allah memberkati saya biar agar rasa cinta ini terus subur dan bercambah dari hati ke hati yang lain), alhamdulillah dapat saya rasakan kelainannya. Diri rasa lebih bersemangat untuk melaksanakan solat jemaah sebanyak yang mungkin (memang lain betul hari yang dimulakan dengan solat subuh bersama), mesej ringkas dari adik-adik di sini mampu membuatkan hati saya berbunga-bunga berhari-hari lamanya, dan bebelan abah di telefon pun buat saya rasa bersyukur masih ada jiwa yang sudi menyayangi saya.
Hati saya rasa terguris membaca berita seorang bayi lelaki di Miri yang mati kelaparan kerana tidak diberi makan oleh ibu bapanya yang mabuk dek arak. Kalau tidak mahu menanggung tanggungjawab memelihara anak dengan sebaiknya, apalah salahnya diberikan saja kepada mereka yang akan lebih menghargai jiwa si kecil itu... Hati tambah bersedih membaca kisah seorang datuk tua (umur 70-an) yang menemui ajalnya dengan cara yang begitu aib sekali dek kerana sibuk sangat mahu memuaskan nafsu sendiri (self masturbation by putting his penis into a soft drink bottle.. well, you figure out the rest of the story..). Lihatlah kawan-kawan, apa yang terjadi andai cinta manusia yang fana' yang anda dambakan. hanya sekadar pandai menutur kata-kata manis dan sayang serta menuntut 'bukti' cinta yang entah apa2 pintanya.
Terlanjur panjang menulis, izinkan saya menambah serangkap lagi (petikan dari kata2 Ibnul Qayyim):
" ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan kekasihnya, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang2 pergi menghadap raja dan pembesar2 untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul2 mencintai Allah..."
....
24 March 2009
dari hati ke hati
Keluarga saya dah bertambah 5 orang lagi. 5 orang adik perempuan yang berlainan sifat dan kehebatannya. Rasa gembira betul bila dapat bersua duduk bersama. Rasa gembira dan syukur yang tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata. Sehingga demi melepaskan rindu mendalam kerana dah hampir 2 minggu tidak bertemu di dunia nyata, walau kena datang dan pergi melawat dengan teksi (kerana dah malam) pun saya sanggup. Ada juga rasa cuak bersinggah di hati, tapi saya tawakkal saja. Yakin Allah ada di sisi. Cuma mungkin lain kali tak boleh buat begini lagi. Jangan sengaja mengundang bahaya!!
Sewaktu sama-sama duduk menikmati indahnya taman syurga majlis ilmu Allah, saya katakan pada mereka: "tak kisah dapat ilmu banyak atau sedikit, yang pentingnya ilmu yang kita dapat itu lekat ke dalam hati dan kita zahirkan dalam bentuk amal perbuatan. Bila kita nak sampaikan sesuatu yang kita tahu, sampaikan ia dari hati, jangan dari mulut semata. Kerana bila kita sampaikan ia dari hati, kesannya akan singgah dan lekat di hati insyaAllah, tapi andai sekadar di bibir saja, ilmu itu lalu di telinga kanan dan keluar telinga kiri..."
Pertemuan singkat 2 jam itu menyaksikan rasa kasih saya yang semakin membuak-buak. Kadang-kala rasa tak mampu pula nak menanggungnya. Hehe. Saya tak tahu apa rasa mereka. Sayang atau tidak dengan saya. Apa yang pastinya, saya sayangkan mereka!! Mahukan yang terbaik untuk mereka. Dan andai dipanjangkan jodoh kami dan umur saya di dunia ini, saya mahu lihat mereka menjadi lebih hebat dari saya. insyaAllah.
ps: tak sabar nak jumpa adik-adik lagi!!
21 March 2009
melewati sejarah yang hilang...
Malam 20 Mac 2009 semalam menyaksikan hostel Kahov menjadi antara salah satu taman syurga terindah yang dihadiri jiwa-jiwa muda pengangkat martabat Islam dan Melayu khususnya. (insyaAllah. ini suatu perkara yang tidak pasti tapi juga tidak mustahil).
Ada pelbagai perkara yang buat saya berfikir panjang... mujur diri ini dilahirkan sebagai akal yang sentiasa dahagakan ilmu, badan yang masih boleh dipujuk-pujuk datang menghadiri majlis sebegini, semangat yang mahu menyampaikan apa yang baik yang diri ini dapat dan hati ini masih 'hidup' dan gigih mencari sinar taufiq dan hidayah-Nya. (semoga kekal lebih mantap dan terus berjuang insyaAllah.. doakan saya!!) . Saya sedar masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat, masih banyak lagi ruang dalam diri yang perlu diperbaiki, dan masih banyak lagi ruang lompong kosong dalam masyarakat yang perlu kita perbaiki.
Mampu atau tidak, tempat permulaannya bukan di sini. Jalan kembali menegakkan islam telah lama bermula. Kita adalah penyambungnya. Kita adalah jambatan yang memastikan ia tidak mati dan kekal tegar. Kalau bukan kita, siapa lagi?? Saya tak mahu kita jadi manusia yang rugi, tenggelam dalam angan-angan dunia yang tidak bertepi, karam dalam lautan nafsu yang menggunung, dan leka dalam arus dunia yang ombaknya ganas dan mencengkam jiwa. Saya tertarik dengan kata-kata Ust. Amin semalam: "air yang lembut boleh menjadi batu yang keras, tetapi batu yang keras tidak boleh menjadi air yang lembut". Jiwa kita orang Melayu ini lembut, mudah dibentuk dengan apa jua keadaan. Andai kata yang mendidiknya hebat, maka hebatlah jadinya orang yang dididik itu. Lidah kita orang Melayu juga sangat senang untuk berbahasa apa jua bahasa pun seperti sang penutur yang asal. Tak percaya? Anda perlu lihat dan saksikan sendiri. Keluarlah melihat dunia dan belajar apa yang boleh kita dapat darinya. Takkan ada sia-sia dalam mempelajari ilmu Allah ini. sungguh! ( i know, coz i learn it the hard way... huhu T_T).
Hadis Nabi Muhammad s.a.w:
"orang mukmin itu seperti satu bangunan yang kukuh. Kita saling melengkapi antara satu sama lain."
Jika kita mahu lahirkan generasi yang hebat, maka dodoikanlah mereka dengan kehebatan juga.
Perubahan perlu dimulakan. Ia perlu dimulakan dengan diri kita. Ia perlu dimulakan sekarang. Dan kita perlu sama-sama bangkit menggerakkan ummah. Untuk-Nya semata.
19 March 2009
hidup ini hanyalah beberapa hari saja...
duhai sahabatku,
marilah kita ulang kembali
cara kita memandang dunia
renungkan apa yang kita inginkan...
inilah rumah-rumah kita
dilibas lautan angin dan hujan
di tanah berdarah penuh keresahan
dengan gundah yang kita sendiri ciptakan
dan api yang kita sendiri nyalakan
dunia ini hanyalah hari-hari yang bisa dihitung
dihitung dalam sedetak nafas cuma
berlalu dan tidak akan kembali
pergi meninggalkan kita yang kekal dalam kerugian...
hari-harimu
duhai sahabatku
bergerak menuju kefanaan
andai dimakmurkan dengan ketaatan
maka pahala dan keselamatan dari-Nya
menjadi peneman lena tidurmu
dalam ruang sempit kuburmu nanti...
namun jika kau sibukkan harimu
dengan huru-hara dan keburukan
hanyalah siksa dan kehinaan yang akan menantimu...
sedar atau tidak
kita semua ini papa-kedana
hanya kafan putih balutan kita
hanya amal soleh dan doa jadi pembela...
perjalanan ini panjang
bekalnya taqwa
kenderaannya amal
di medan hisab nanti kita ketemu
meskipun tatkala itu
masing-masing lupa siapa saudaranya
jiwanya hanyalah merisaukan
apakah nasibnya...
baikkah?
atau celakakah?
kita tidak punya kesempatan untuk lari darinya
boleh jadi syurga penuh nikmat yang dituju
mungkin juga neraka jahannam penuh azab...
seru seorang sahabat, Abu Dzar al-Ghifari:
"berpuasalah di siang hari yang sangat panas
sebagai persiapan lamanya hari kebangkitan.
tegakkanlah solat 2 rakaat di kala malam kelam
sebagai bekal untuk ganasnya kuburan.. "
duhai sahabatku
kematian menghentikan detak jantung.
semua orang bisa merasakannya.
tidak ada yang akan menikmati keabadian.
kita tidak akan selamanya hidup.
kita tidak akan sentiasa ada di dunia.
{ar-rahman: 26-27}
renungkanlah
bilakah akan tibanya hari terakhir hidup kita..
di negeri manakah ruh kita akan melayang..
di negeri manakah kuburan kita akan digali..
sedarlah..
di mana jua kita
kematian itu bisa mendapatkan kita....
# petikan dari Kompilasi Taujih Ruhiyah yang telah digubah dan diolah menjadi puisi pendek ini.
(huhu.. saya sendiri pun terasa ngeri ketika menulisnya.. takut!!! )
17 March 2009
syukur di atas syukur
Lazim sifatnya hati- sentiasa ada tarikan naik dan turunnya iman. Lautan jiwa sentiasa bergelora dengan pelbagai perasaan yang datang silih berganti, adakalanya resah mengharap cinta, adakalanya sepi menghitung rindu, dan adakalanya pasrah dilanda badai. Namun, alangkah gembiranya andai berjaya miliki 'tenang dalam sengsara'. Nah, itulah tandanya hatimu hidup- hidup dalam belaian rahmat dan barakah kasih Tuhanmu yang Esa, segar dengan siraman taufik dan hidayah Al-Khaliq yang tak kunjung putus, bercahaya dengan tempias sinaran mata air syurga yang dijanjikan untuk orang-orang mukmin.
Tatkala saya mencoretkan nukilan hati kali ini, dua sahabat yang amat saya kasihi sedang bertegang lidah, bermasam muka, masing-masing melayani kehendak hati yang sedang panas dikipasi api amarah dari sang syaitan durjana. Kami di sekeliling hanya mampu melihat dan mengambil tindakan 'duduk di atas pagar'. Bukannya tidak mahu menolong meleraikan kekusutan yang melemaskan dan menjernihkan kekeruhan yang menjelma, namun memandangkan ini adalah antara siri-siri pergaduhan ala 'marah-marah sayang' mereka, kami hanya mampu menggeleng kepala memandang dari kejauhan. Pening kepala saya memikirkan apakah sebenarnya penyebab mereka jadi begini... mengapa mahu ditengkarkan sekecil-kecil benda?? mengapa mahu dipanjang-panjangkan seremeh-remeh perkara??
Saya kira mungkin inilah yang dinamakan manusia. Inilah satu-satunya makhluk yang Allah ciptakan selain syaitan dan konco-konconya yang begitu tega mengkufuri nikmat yang Allah berikan padanya. Kalau mahu dilembutkan sedikit bahasanya, mungkin boleh kita katakan inilah dia sifat orang-orang yang tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Dekat mata orang yang membaca, dekat lagi hati orang yang menulis. Saya pun apa kurangnya. Tidak mahu menyalahkan sesiapa melainkan menyandarkan kesalahan atas diri sendiri jua.
Saudaraku muslim!! Kenikmatan yang Allah berikan pada kita teramatlah banyaknya sehingga tidak mampu kita hitungkan. Renunglah diri kita dan tepuk dada tanyalah jiwa. Adakah kita termasuk orang-orang yang mensyukuri nikmat-nikmatNya? Pernahkah lidah kita tergerak untuk mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Pemilik segala kenikmatan ini? Di manakah letaknya diri kita dalam kafilah orang-orang yang bersyukur pada-Nya?
Berkata Sufyan ibnu Uyainah:
" syukur di atas syukur itu adalah lebih sempurna daripada syukur. Ertinya engkau bisa memahami bahawa syukur itu adalah kerana taufiq dari Allah taala, dan taufiq itu adalah kenikmatan yang diberikan Allah kepadamu. Anda bersyukur atas nikmat Allah, kemudian engkau bersyukur bahawasanya engkau bisa bersyukur."
Saya berharap agar sinar mentari yang baru esok pagi bakal mendatangkan sinar bahagia untuk dua sahabat saya ini. Ketahuilah, di saat hatimu gundah memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, sahabatmu ini juga resah mendoakan dan mengharapkan kalian berbaik semula. Tinggalkanlah hari kelmarin dan binalah hari esok yang lebih bermakna. Hiduplah pada hari ini dengan sebenar-benar syukur pada-Nya. Syukur di atas syukur kerana dengan rahmat-Nya, kita dapat bertemu dan bergelar sahabat. Sahabat di atas jalan tarbiah. Sahabat di atas untaian akidah islamiah.
# janganlah kita asyik memikirkan sesuatu yang tidak kita miliki, ataupun sesuatu yang telah kita hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang kita ada di depan mata.... Jadikan setiap bencana sebagai kurnia, setiap ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala...
Subscribe to:
Posts (Atom)