25 June 2009

put on a strong fight!!

salam semua =). ampun dah lama saya tak update. sepanjang cuti ni (sementara menunggu graduation esok dan legalization sijil sebelum balik ke malaysia for good), ada senggang waktu yang saya tinggal seorang diri (semua orang dah balik tak pun pergi jalan-jalan dengan keluarga). Biasalah bila dah dok sensorang tu, apa lagi, sangap lah sket. Ada ketikanya saya alpa, dan ada ketikanya saya bermuhasabah.

Benarlah pepatah "jika anda tidak disibukkan dengan hal-hal besar, anda akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil". Sedih juga bila memikirkan saya pun termasuk juga dalam perangkap kesibukan dunia yang entah di mana penghujungnya dan sementara saja nikmatnya. (i miss everyone so much!! T_T)





Ulang balik tengok cerita Sang Murabbi semalam.. berderai-derai air mata mengalir bila Ust. Rahmat bercerita pasal kisah monyet yang memanjat pokok kelapa yang tinggi- apabila ditiup angin kencang, semakin kuat pegangannya pada pokok itu.. tapi tatkala ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa, kerana terlalu damai, jatuhlah monyet itu ke tanah.. huhu.. T_T. Pada waktu ketika seperti ini, tidak ada lain yang lebih saya rindui melainkan ujian-ujian dari-Nya.. mungkin ini juga ujian untuk saya. melihat bagaimana saya mampu bertahan ketika senang dan aman damai.. setiap orang lain masalah dan hambatan jahiliyyahnya..





Apa sekalipun, demi tidak mahu jadi seperti monyet yang jatuh ke tanah itu, insyaAllah dalam tangan saya dah ada beberapa projek yang sedang saya usahakan. Orang kata kalau peluang tak datang kepada kita, jangan tunggu saja. Ciptalah sendiri peluang itu!! betul tak??

No comments: