30 May 2009

face your fear!!





Ada banyak perkara yang hendak saya luahkan tapi tak berkesempatan (datang dari seorang yang agak talkative and expressive in words.. can't believe it rite?? huhu). Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar ruang kehidupan saya dan teman-teman 6th year yang lain di bumi bertuah Moscow ni semakin menghampiri penghujungnya (insyaAllah). Setiap orang bertarung dengan 'demon' masing-masing.




Dalam kekalutan saya revise balik 3 subject penting untuk final state exam bulan 6 ni, saya betul-betul x sangka yang saya masih ada peluang lagi untuk 'sedar' beberapa perkara. Cakap je berapi (in my case, writing or making videos).. tapi habuk tadak. Saya katakan pada adik-adik yang saya sayang, saya sedih tengok mereka begitu hebat belajar hingga tenggelam dalam hambatan exam yang sangat dahsyat tuh.. hingga kalau saya call pun, suara memasing dah jadi macam 'zombie'. Tiba-tiba buku dan meja jadi BFF.. tak ada lagi masa untuk buat benda lain. Sebenarnya, bila fikir-fikir balik, saya pun lebih kurang ajer.. kerana kuatnya ikatan exam (dan usrah), saya macam dah tukar jadi orang lain. Blogging dah jarang, exercise pun main selit-selit masa jer.. makan pun x ikut time lagi.. (nasib baik partner masak dgn Krin, latihan komitmen yang bagus!! Hehe.. saya pernah cakap pada Krin, kalaulah dia jadi anak saya, mesti dah malnutrition punya. Krin pun kata saya dah makan sikit sekarang. huhu)






Apa yang paing buat saya terkejut --> is the fact that i can rediscover the passion i once have for subject O&G while i'm still struggling to finish reading it let alone understand and grasp all the importance parts. Sungguh!! Ada sedikit rasa terkilan sebab lambat jumpa perasaan tu, tapi takpalah.. sekurang-kurangnya saya tahu saya masih ada harapan dalam bidang ini. Ada suatu masa tuh, inilah subject yang saya paling tak suka. Tiba-tiba, dah nak dekat final ni, barulah saya sedar balik kenapa saya suka medic in the first place. (saya dulu berminat nak masuk medic dari subjek obs and embriology.. teringat lagi, mula dari form 4 dulu saya rajin cari buku-buku yang berkenaan dan baca walaupun sebenarnya tak faham sangat masa tu..) alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan kembali pada saya.. semoga perasaan ini kekal dan terus bercambah hendaknya.. amin..


Sebab tu lah, ada pepatah yang kata, if you fear something, don't run from it.. Face it courageously. (hari Rabu hari tuh, akhirnya saya berjaya habiskan beberapa sushi raw!! Cabaran untuk diri sendiri jugak. Itu mungkin makan-makan terakhir kami group 8.. i'm gonna miss all of you so much!!) sebab dah nak dekat parting time ni, saya rasa saya macam dah jadi lebih sentimental dari biasa.. tiba-tiba ada hobi tangkap gambar those whom i cherished so much from the back.. seolah-olah macam ada perasaan menghantar mereka ke tempat yang jauh (dan tak dapat jumpa lagi) dengan harapan semoga mereka akan jumpa hidup yang lebih baik dan gembira dari sekarang.


Andai kata di sinilah akhirnya titik pertemuan kita, doakanlah agar kita sama-sama dapat jumpa semula di al-jannah nanti insyaAllah. Minta maaf dan terima kasih untuk segalanya.. <3 <3 <3

25 May 2009

blog on hold!

salam semua.
minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog.
saya sibuk sikit bulan ni.
ada banyak aktiviti + dah dekat nak final.



doakan moga2 Allah mudahkan urusan ^_^
ini mungkin karya terakhir saya (versi video -refer link di bawah) di bumi moscow..
(ada kat dalam folder youtube saya: bbparasit)
huhu.. sedih sedih.. x puas habiskan masa dengan korang semua...


warm wishes ^_^


jemput lah tengok memana yg tak tengok lagi tu.

07 May 2009

speaking through pictures



salam semua ^_^

semenjak dua menjak ni, saya terlebih rajin pula mengedit gambar dan menukarkannya ke wallpaper. Sampai ada kawan yang kata saya patut buat bisnes dengannya. Hehe. Apapun, saya harap tambahan hobi baru saya ini membawa manfaat yang lebih banyak kepada yang melihatnya berbanding saya yang membuatnya. insyaAllah.

ps: pelbagai genre wallpaper according to mood dan message yang saya cuba sampaikan.
jika ada komen yang membina- silakan!!






06 May 2009

masa tinggal sikit ni.. cepat!!

Tik tok tik tok.. 1 saat.. 2 saat.. 3 saat.. semakin kurang detik waktu kita menuju ke suatu hari yang pasti. Hari ditiupnya sangkakala menandakan berakhirnya jangka hidup kita di dunia yang fana ini. Hari pembalasan yang telah Allah janjikan pasti akan berlaku. Merujuk kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w, hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Suatu hari yang amat mulia bagi umat islam. Sudah pastinya Hari Yaumuddin ini semakin lama semakin menghampiri kita. Agak-agaknya lah, pernah tak kita terfikir berapa lama lagi tempoh masa kita yang tinggal?? Sampai Jumaat ini? Jumaat depan?? Ataupun roh kita ini akan dipanggil dahulu sebelum tibanya kiamat??






Cuba kita renung-renungkan: Apa yang telah kita lakukan selama belasan atau puluhan tahun kita hidup ini?? Imbas kembali detik-detik 'emas' kita.. Sudah bersediakah kita untuk berdepan dengan-Nya? Pencipta kita al-Khaliq yang Maha Agung, Maha Kuasa. Sanggupkah kita menerima azab-Nya walaupun sekecil-kecil azab cuma? Ketahuilah bahawa azab yang digambarkan paling sedikit di akhirat kelak itu pun sudah mampu untuk mengalirkan air mata orang yang beriman!!

Tak percaya?? Jom kita tengok surah An-Nisa' ayat 56. Kat situ Allah telah berfirman:
" Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

Memang tak tergambarlah azab andai terhumban ke api neraka Jahannam nanti. Sampaikan pada ketika itu, mereka yang berdosa dan jauh dari rahmat Allah ini akan lebih mengharapkan mati sahaja. Namun, di alam yang abadi itu nanti, setiap seksaan yang datang digambarkan lebih sakit dan lebih hebat lagi berbanding yang sebelumnya. Setiap kali mereka hendak keluar darinya (neraka) kerana tersiksa, mereka dikembalikan lagi ke dalamnya. Kepada mereka dikatakan, "Rasakanlah azab yang membakar ini!!".

Tak takutkah kita dengan ancaman azab Allah ini? Allah lah yang menciptakan kita. Segalanya tentang kita ada dalam genggaman-Nya. Bukan sahaja fizikal, malah bisikan hati kita pun Allah tahu. Dalam surah al-Qaff ayat 16 Allah telah berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

Hah!! Rasa-rasalah.. dah cukup ready ker kita?? Denga iman kita yang setakat ini, boleh jamin ker kulit kita yang lembut dibelai losyen Nivea ni tidak akan dijilat hangus dan hitam dimamah Api Allah?

...



Tapi, jangan sedih-sedih. Islam ini agama rahmat. Agama fitrah yang membawa harapan kepada penganutnya, seandainya kita berusaha mempelajarinya. Tapi belajar saja tidak cukup. Perlu kita fahamkan dengan hati, amalkan dengan perbuatan, dan ajarkan kepada orang lain agar cahaya rahmat yang Allah berikan pada kita itu tersimbah jua kepada yang lain. Islam ini bukannya agama yang simpan sorang-sorang tau! Allah selalu pujuk kita dengan ayat-ayat-Nya yang mengatakan Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Selagi Malaikat Izrail belum menerima perintah untuk mencabut nyawa kita dan selagi belum terjadinya Hari Diberi Segala Keputusan itu, selagi itulah pintu taubat masih terbuka.

Rasa-rasa cam tak ada kerja nak buat tuh, marilah kita sama-sama tengok ayat ke-57 dalam surah An-Najm. Allah kata apa dalam ayat nih??
"Telah dekat terjadinya hari Kiamat. Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah. Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitahuan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu melengahkannya? Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah Dia."

Wallahu'alam.

# ps: ini 1st time saya buat collaboration menulis dengan orang lain. InsyaAllah akan menyusul lagi. Lain kali, kalau ada lagi hasil kerjasama macam ini, saya akan tulis dari
<<al-maisarah corporation>> k? hehe ^_^

05 May 2009

untuk adik-adik =)



Baru saja 1 hari saya balik dari bumi Moscow, sudah mula rasa rindu pada adik2 di Nizhny Novgorod. Entah bilalah agaknya kita akan berjumpa lagi... T_T. Merekalah yang menjadi inspirasi saya berkarya (dengan wallpaper pulak kali ini. hehe ^_^) tengah malam ini. Harap sangat dapat cepat2 berjumpa walaupun hanya di alam maya! {a,a,a,w,f}






Cepat2 hantar gambar kat saya yea. nanti boleh saya buat video. (dah ada gambaran dalam kepala dah nih.. tangan saya dah gatal nak mula bekerja nie. hehe. )


ps: walaupun pada asalnya idea saya ini datang dari mereka, tapi saya nak tujukan wallpaper nih untuk adik2 saya di NN, M2, Kuzmin, Kahov, YZ, Pushkin, MAI, dan juga Volgo. Sesapa nak wallpaper nih versi asal (non-compressed form), nanti buzz saya kat YM k? iA saya sendkan file nanti.


saja nak selitkan yang saya pernah buat dulu:




Sayang anda perlu dizahirkan.
Kerana kita manusia ini tidak mampu membaca fikiran orang lain.


01 May 2009

reunited in jannah!!

Kalau kita tanyakan pada manusia, apa target anda dalam hidup? Segolongan besar akan menjawab: "the best in my field". Kalau jawab begitu masih ok lagi, kalau jawapan yang begini: "its obvious. mestilah nak kaya, ada rumah n kereta besar, ramai orang kenal.."aii.. sedih sedih. T_T. Kecik benar ruang lingkup kehidupan mereka. Memang betul-betul 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' nih.

Peribadi seorang muslim, tidak boleh berbudaya 'setakat mana yang boleh': daripada cempedak, baiklah nangka; daripada tidak, baiklah ada (sedikit pun x apalah, asalkan tidaklah x ada langsung). Kita sepatutnya menjadi 'assabiqun khairat'- mereka yang berlumba-lumba mengejar kebaikan, mereka yang berlumba-lumba mengejar nikmat Allah, mereka yang berlumba-lumba mencari redha-Nya.




Memanglah benar segala nikmat yang ada di syurga itu unimaginable, unthinkable and indescribable, tapi bukanlah bermakna Allah tak berikan kita sebarang insight langsung ke dunia impian setiap muslim nih. Cuba kita tadabburkan surah Al-Waqi'ah. Nah! Banyak sungguh nikmat di syurga yang mungkin namanya lebih kurang seperti di dunia, tapi memang tidak dapat digambarkan lainnya dan hebatnya rasanya itu. Tak percaya? Awak nak apa.. semua Allah bagi kat sana. Daripada kekasih yang kekal muda perawan dan bermata indah, buah-buahan, daging burung, tilam empuk, sampaikan pisang pun ada!!

Yang sewajibnya, kita semua nih berusaha untuk jadi assabiqun al-awwalun. Orang yang paling dahulu beriman dan merekalah yang paling awal masuk syurga. Allah telah nyatakan dalam firman-Nya (ayat 13)- Tapi..jangan sedih!!! Kita bukannya tak ada peluang langsung. Cuba tengok ayat 14: Allah kata ada juga di antara mereka ini datang dari orang yang kemudian (kitalah tuh.. umat akhir zaman).

Alangkah berbahagianya kita sekiranya kita tergolong dalam kumpulan kecil yang turut sama mendapat rahmat Allah, masuk syurga dengan tiket VVIP, tak payah kena hisab dulu. Tak macam golongan kanan yang banyak dinyatakan dalam Al-quran, mereka masuk syurga juga.. tapi kena dihisab dulu. Yakinkah kita yang amalan kita selama ini mampu melayakkan kita terdaftar masuk sebagai seorang muslim di pejabat pendaftaran Allah? Lagak kita pun lebih kurang sama saja dengan yang tidak islam, masih berani mahu mengaku muslim??

#ps:
Indahnya perasaan apabila mencari dan kemudian berjumpa.. T_T.
Yakinlah bahawa Allah akan beri kepada mereka yang mencari.

...