27 October 2012

erti hidup pada memberi!

Subhanallah. Maha suci Allah.
Benar sungguh kata Allah. Manusia ini sifatnya pelupa.
Ayat yang sering kali saya lafazkan.. malah dibuat video khas untuknya pun. Namun mash juga di'ter'lupakan.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI!!

mana silapnya saya? Kalau tidak menerima, manakan mungkin memberi, iye tak?? Langkah jatuh bangunnya seorang hamba itu sewajarnya membawa dirinya lebih dekat, lebih rapat, malah lebih-lebih cinta lagi kepada Sang Pencipta.

Saya bertuah Allah kurniakan keluarga yang ramai: di KL, di Rusia, di Taiping, di Perlis, di Kuala Kubu Bharu.. mungkin nampak saya keseorangan di sini (kekal solo), tapi tidak kurang kasih-Nya. Dia hadiahkan keluarga yang barakah yang sentiasa mengingatkan saya tatkala saya alpa.. jazakillah semua.. =)

Balik dari program di bukit beruntung lewat malam ini, hati rasa tersentuh dengan kesungguhan usrahmate menemankan sehingga ke depan rumah, siap buat double take untuk pastikan saya selamat masuk ke dalam rumah.. huhu. Allah jualah yang membalasnya.. (jalannya gelap-gelita, kami naik dua kereta berasingan. Saya solo, ustazah dengan suaminya kereta lain).

Inilah asas ukhuwah yang didasarkan pada iman dan aqidah.



..."dan Dia lah yang menyatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka... " {Al-anfal surah 8: ayat 63}

esok ada program derma darah di Btang Kali. tak sabar nak join!! (asalnya nak join sbg ahli bukan medical.. tapi kata umi, alang2 dah ada title tu, gunakanlah sebaik-baiknya. InsyaAllah umi!!)
i'm going as Dr Baizura tomorrow.
me and my cute sthetoskope. (sewed a smily soft and small orange teddy bear to the front of my black sthetoscope to make me appear warmer to kids.. sorry no picture to upload for you guys to see) ^_@ 

18 October 2012

family time =)

alhamdulillah.. syukran.. ya busyra.. ya ghulam... ^_@
penantian setahun telah membuahkan hasil.
akhirnya biji benih yang ditanam dapat juga bertunas melihat alam =)

15hb Oktober yang lepas genaplah setahun saya di bumi Kuala Kubu Bharu.
banyak pengalaman suka dan duka yang saya dapat di sini.
jika diikutkan hati, memang dah lama terbang melayang surat pertukaran ke KKM ..
tapi Allah itu Maha Besar, Maha Halus, Maha Teliti kerjanya.
Kalau Allah tak beri kita sesuatu, ADA SEBABNYA.
tak perlu kita soalkan urusan kehidupan kita, Allah kan sifatnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Mana mungkin Allah biarkan kita terumbang-ambing bersendirian.. keseorangan tidak berteman.
Saya percaya jika hati benar inginkan petunjuk-Nya, maka Dia akan datangkan pada kita. Mungkin dengan cara yang tidak diduga-duga dek akal kita yang cetek ni.

Saya telah jumpa 'keluarga' baru di sini. Hari ni keluarga tercinta datang bertandang ke rumah kerdil saya di Taman Aarif ni. Solat jemaah isya' sekali. Saling tadabbur dan tasawwur surah Yusuf..
Subhanallah.. Besar manalah sangat dugaan yang Allah datangkan pada kita jika dibandingkan dengan mehnah-mehnah yang dihadapi oleh Nabi Yusuf.

Dari kecil, dibuang dan dianiayai adik-beradik sendiri (usia baru 12 tahun.. masih muda setahun jagung dalam meniti usia kehidupan), ditangkap dan dijual lalu dijadikan pula hamba abdi sehingga umur 20 tahun (muda remaja yang kalau kita mesti fikir nak seronok sentiasa), selepas itu digoda dan difitnah pula oleh Zulaikha... dan akhirnya dipenjarakan selama 7 tahun.

Setakat tercampak berkhidmat di Hulu Selangor, apalah sangat kan??? Bukannya takde manusia .. cukup serba lengkap pula rumahnya. Huh.. insaf insaf. Kata ummi: surah yusuf ni surah yang menjadi favourite ahli jannah. Walaupun ia surah Makkiah (yang sifatnya ayat-ayat keras dan memberi teguran/ancaman), surah Yusuf ni bahasanya lembut. Ceritanya sarat dengan hikmah, dirungkai Allah satu-persatu agar dapat menjadi penaik dan pembakar semangat Nabi Muhammad s.a.w yang sedang bersedih dek kewafatan Khadijah.

Nah!! Surat cinta terbaik!!!
Straight to the soul. T_T

jazakillah.
definitely the sweetest family time ever!!
cannot wait till we meet again ..


 


17 September 2012

melembutkan hati yang marah

kali ini saya diuji lagi.
sudah genap 5 hari Allah tarik balik nikmat suara dari saya.. T_T.
Tak teruk mana pun tahap kesakitan yang saya tanggung berbanding sakit kulit yang dideritai Nabi Ayub.
Setakat batuk-batuk, demam sikit dan hilang suara je pun.
Berbagai jenis ubat saya cuba, tapi suara saya semakin teruk. Dari ala-ala Rani mukherjee ke ala-ala mak nyah hinggalah ke katak puru dan akhirnya tidak keluar langsung... huhu.
Dengan suara yang hampir tidak keluar itulah, saya terpaksa juga buat oncall active di hari Sabtu yang sibuk. Mujur ada juga teman dan staff-staff seperjuangan yang baik. Mereka memahami dan biarpun masing-masing sibuk, ada kekangan sendiri, mereka masih datang membantu setakat yang terdaya.

Oncall active di district hospital: anda umpama panglima perang di padang pasir yang gersang, mengempalai sekumpulan tentera kecil yang lemah menghadapi segerombolan askar yang bilangannya 2-3 kali anda dan lengkap dengan segala macam helah yang boleh 'membunuh' anda bila-bila masa saja. Anda perlu bijak mengendalikan suasana yang semestinya kelam lagi kabut, dan tangkas bertindak biarpun anda jua keletihan dan kelesuan, serta dalam situasi yang serba tidak mencukupi. TIDAK ADA ALASAN UNTUK ANDA BEREHAT. Jika komander perang terkorban, agak-agak apa jadi pada anak-anak buahnya??

Alangkah bahagianya jika ditakdirkan pasangan oncall anda memahami keadaan anda dan dia sebagai orang kanan anda, cuba untuk memastikan perjalanan batalion anda terancang rapi dan bijak mengendalikan apa jua masalah lain yang dilontarkan padanya.. Well, life's not that good. I'm sick, cant even utter a word even to the staff let alone clerking endless patients and referring countless number of cases through the phone ALL DAY, and he still wont help me even though i'm sincerely asking him for help (more than 2 times). thanks to him, i have to bother quite a few people including boss.

Allah itu Maha Besar dan Maha Luas Nikmat dan rahmat-Nya. Through this incident, i've gain more experience equipping me for life. NOW I KNOW WHO'S FRIEND AND WHO'S NOT.

Dalam juga marahnya saya pada dia. Bila balik rumah abang, kebetulan saya baca satu majalah ni: ayatnya ringkas saja:

 "Anda sedang menyimpan kemarahan pada seseorang? berilah kemaafan padanya. Anda akan lebih bahagia dan lega kerananya. Memberi maaf itu adalah ubat yang paling berkesan untuk merawat hati yang sedang sakit. tak kira bagaimana teruk pun keadaan yang kita alami, berilah kemaafan kerana ia mampu menjadi ubat percuma yang sangan besar kesannya.. "


Kata diri tu umat nabi Muhammad s.a.w. Kena uji sikit saja dah melatah.
Betapa banyak nabi yang berperang didampingi sjumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah (kepada musuh). DAN ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SABAR.
saya percaya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Apa jua yang dia lakukan (dan mereka-mereka yang membantu menyenangkan proses dia 'lari' dari tanggung-jawabnya), itu urusan dia dengan Allah. Bagi pihak saya, yang penting biarlah apa jua kerja yang dipertanggung-jwabkan Allah pada saya, saya dapat lakukan jauh lebih baik dari yang dipinta.


My motto:
I COME, I SEE, I IMPROVE.
THE WORLD SHOULD BE BETTER AFTER I'M IN IT.
I'M NOT DOING MY WORK BECAUSE I HAVE TO WORK. 
I'M DOING IT BECAUSE I'M LOVING IT. 




04 September 2012

selamat tinggal dunia...

petang semalam saya menerima perkhabaran yang sedih. 7 junior saya kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik ke bumi Nizhny Novgorod: 2 orang ditakdirkan Allah sampai ajalnya, dan 3 lagi parah.. Innalillah.. saat begini, terasa pendek benar umur kita di dunia ni.. sekelip mata sahaja Allah boleh tarik balik nyawa kita yang sememangnya telah Dia berikan pinjaman sementara sahaja untuk kita. Moga Allah cucuri rahmat atas mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..  (hadiahkan al-fatihah dan doa untuk mereka).

Saya masih sedih mengenangkan kehilangan 3 orang hamba Allah yang cemerlang kemanusiaannya sewaktu oncall saya 30hb Ogos yang lepas.. 2 daripadanya saya ikut sekali menghantar sampai ke liang lahad.. ikut sekali solat jenazah dan tahlilnya.(ditanam bersebelahan di perkuburan islam Kuala Kubu Bharu). lemah lutut masa itu.insaf sangat-sangat. terasa kerdil sungguh diri kita ni. masa berseorangan di dalam kubur itu nanti, barulah sedar betapa 'hebatnya' kita ini. Sudah banyak ayat-ayat Allah yang menceritakan bagaimana manusia nanti merayu-rayu minta dipulangkan semula ke dunia..katanya mahu beramal, mahu beriman, mahu manfaatkan usia hidup sebaik-baiknya. . Memang Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Melindungi.. tapi jangan lupa Allah juga Maha Mengetahui dan Maha Keras azabnya. Cukupkah amalan kita jadi pelindung dan penerang kita di kubur nanti?? Adakah waris yang ditinggalkan cukup setia menghantar doa dan amalan buat kita nanti?? Nauzubillah... seram sejuk bila difikir-fikirkan..




Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tanganNya.
Allah bekalkan kita dengan al-quran, hadis, as-sunnah.
Tajamkan akal, cerahkan minda, terangkan hati, buka mata dan telinga kita.
Maut pasti akan menjemput kita kembali menghadap Sang Pencipta.
Bezanya antara kita cuma lambat atau cepat saja...
tepuk dada tanya selera
masing-masing sudah terikat kuat janji dengan Allah sejak azali lagi
tinggal usaha saja lagi.
Ayuh!!!


10 August 2012

akhiran yang manis

Kelana mencari malam lailatul qadar membawa ku ke sebuah karya penulisan sahabat dari Indonesia.. lewat sayu bahasanya. Alkisah bagaimana seorang pria lulusan universiti yang hampir putus asa usahanya dek setahun menganggur, setiap jalan kerja yang dicubanya, ada saja dugaan yang mendatang.

Dipendekkan cerita, dari seorang yang berjurusan ekonomi, akhirnya terpancar rahmat Allah di lamanan penulisan. Dengan mata pena itulah dia mencari rezeki, dengan mata pena itu jugalah dia berdakwah lalu sampai ke tanganku di seberang laut ini.

Teringat saya pada monolog sang penulis tatkala dia benar-benar kecewa tidak dapat mencari kerja selain menulis.. itupun sekadar penulis laman jemputan sahaja pada mulanya.. tulis sang penulis: " menulis, menulis, dan menulis. Menulis cerpen. Hanya itu yang bisa kulakukan selama ini. Aku mulai berpikir, jangan-jangan inilah sebenarnya pekerjaan. Tempat aku membuktikan diri. Ladang amal saleh yang mungkin lebih baik daripada bekerja di kantoran (pejabat).." 

Subhanallah.. Maha Suci Allah. Terasa terpukul saya dek madahnya.. 10 bulan sahaja di sini, hampir-hampir mengalah saya dibuatnya. Asalnya mahu menjadi Emergency Physician, dek tekanan kerja yang terlalu duniawi, saya berputus mahu menukar ke bidang pentadbiran, mahu mencuba nasib di sektor kesihatan awam. Nyaris-nyaris menghantar borang permohonan master dalam public health.. tapi Dia juga yang menentukan. bagaimana kita lari pun, andai itulah takdir Allah yang ditentukan oleh-Nya untuk kita, larilah hatta ke lubang cacing sekalipun.. itu jualah kadaran yang tertulis untuk kita.

Di bumi Kuala Kubu ini, kerja saya melimpah-ruah.. tak putus-putus. Ada sekurang-kurangnya 5 projek besar yang saya pegang.meeting tak habis-habis.paperworknya MasyaAllah.menggunung!! tempoh lantikannya bukan calang-calang, sekurang-kurangnya 2 tahun.. kadang-kala geram juga, bukannya saya seorang saja MO di sini, malah ada yang lebih senior, kenapa tidak mereka?? mengapa mereka boleh senang-lenang bergoyang kaki (ada yang langsung tidak ada pertanggungjawaban) sedangkan saya berhempas-pulas di sini??

Tatkala ini, saya hanya berpegang pada janji Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5-8 :
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
Maka, apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). 
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap... 

Entah bagaimana, kerja-kerja saya kebanyakannya menghala ke bidang pediatrik. Mungkin inilah jalan-Nya untuk saya. Saya akur dengan apa yang Allah rencanakan untuk saya. Sesungguhnya, saya yakin yang setiap apa jua yang dia datangkan pada kita adalah rahmat yang tidak ternilai harganya.. kata mahu mencari rezeki yang berkat!! jerih-peluh saya di sini moga-moga Allah datangkan ia sebagai akhiran yang manis buat saya di kehidupan dunia yang abadi nanti.Biarkan iblis memnagis kerana tidak berhasil memujukku jadi sang pengalah dan sang pengadu yang lemah... aminnn...

jadikan ini sumber kebahagiaanku yang tertunda.. 

...

30 May 2012

sit down my dear

Early in the morning, in the midst of referring a patient in the labour room, i've heard one of my senior staff voicing out her discontentment against some ill-treatment she received from her own superior: she voices it out in such contempt that my first automatic responts at that time was: "please sit down my dear.. or better yet.. go and lie down in the PE ROOM.." She smiled immediately..all further animosity died down almost as it never there in the first place. My thought at the most pressing time was to kill the ill feeling aura brought in by anger and resentment.

Little did i know, i'm gonna need the same advice myself later in the evening. A colleague of mine, whom i'll never thought of him as a tactless person, have proved to me again and again how despicable a human can be. Smiling contently in front of me behaving like i'm the next-best-girl-friend-in-the-whole-wide-world while in truth, he actually working diligently i might say, in tarnishing my reputation to those whom matters. T_T . Do not underestimate the true force of office politic!! 

MY HEART DOES BLEED.
BUT IT WILL HEAL.
I WILL NOT YIELD.
I REFUSE TO BE IN THE SAME 'LEAGUE' AS THEY ARE. 
LET THEM SEE HOW EXCEPTIONAL I AM.

Ya Allah, hindarkanlah aku daripada melakukan perkara yang zalim... T_T.
"Dan orang yang sabar kerana mencari keredaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik.." Surah Ar-Raad 13:23



24 May 2012

johan

a name so special for a boy who made me feel so grateful i have the chance to meet him.
a boy who's real name goes as Jonathan.
a chinese 11 years old patient of mine: who suffered from ADHD and BA. Two condition who never rendered him bound to the bed, at least not in spirit although occasionally he's too tired to move about.
a boy who are quick to speak his mind, difficult on the ears.. but a truth nevertheless.
a buddhist boy who by God's willing, recite multiple verses of Quran more fluent than the rest of us. He even knows the meaning!! Double shame on me.. Truly, education and environment is what makes us thick.
He's not that rich, but his heart is of a mountain of gold. Always giving gift and warm wishes to those whom he met. i've received choki choki from him. sweet right??
There was an episode where he goes missing. We're at loss where to find him. Last resort: policemen were called to help us find him before anything bad really happens to him. And guess where we find him??? In the mosque near the hospital.. Subhanallah. Indeed, Allah is worthy of all praise. The lesson i learnt from him alone is enough to bring halt to the knees.

As Allah said in  verse 7, surah al-Ibrahim: "If you give thanks, i will give you more. but if you are thankless, verily, My punishment is indeed severe.." T_T.

May He bless Johan. Hope to see him again as a muslim later on. InsyaAllah.

04 April 2012

greener grass



salam.
afwan lama-lama blog ni dah jadi macam public diary pulak.
bukankah bila menuding jari tu, yang paling dekat dituding kan diri sendiri?? (malah ada 4 jari lagi yang menghala balik kepada diri kita sendiri.. )Lebih kepada menasihati diri sendiri..

al-kisahnya, sudah jatuh ditimpa tangga, dilanggar pulak oleh bulldozer, kaki tangan patah, lepas tu rumah pulak roboh... macam tu lah perumpamaannya.. lepas satu-satu.. berat sungguh dugaan yang Dia bagi. penat menyudahkan kerja-kerja manusia lain yang tidak bertanggungjawab ni.pandang enteng dengan kurniaan nyawa yang Allah beri.a person can only do so much... kata seorang kawan yang baru saya kenal, manusia ni selalu rasa seolah-olah masalah dia saja yang besar. they always think the grass is always greener on the other side of the road which is not necessarily true.. huhu.. insaf insaf. Apa pun, i take it as boot camp for the withered soul. dari awal dah termaktub jalan tsabat itu jalan yang penuh onak durinya.

Dalam keadaan sebegini, timbullah perjuangan dalam batin. perjuangan yang amat hebat. Tarik-menarik di antara kegelisahan dan ketenangan. Jalan penyelesaian: Sabar!!! Tapi tidak boleh dipisahkan dengan solat! Ingat Dia. Hati kecil yang telah 'terkepung' oleh kegelisahan dan kekacauan itu harus dibebaskan dari kepungan itu. Lepaskan ia menghadap Tuhan: Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Key pointnya::
  1. sabar dan solat, keduanya mesti sejalan.
  2. positive thoughts!! one of the key to happiness is also bad memory. we should learn from our mistakes but we shouldnt beat ourselves over them. learn what went wrong and why. make amends if you need to. then drop it and move on.


Jom!! KITA SIHAT TANPA MAKSIAT!!

12 March 2012

kufurkah aku??

ps: sedikit coretan hati yang sedih...

Minggu lepas adalah minggu yang sangat meletihkan bagi saya. Penat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Letih badan, sedih hati, merana jiwa... cukup perasa lah orang kata.

Sejak bergelar District MO di hulu selangor ni, baru kenal tinggi rendahnya langit itu. Buat pertama kalinya, saya teringin nak ambil EL, rasa ingin terbang jauh... lari membawa diri.. pergi jauh membawa hati yang lara.. huhu.

Alkisahnya, saya ada 3 complaint dari family members dalam minggu lepas sahaja, walaupun ketiga-tiganya verbal complaint so far, tapi entah kenapa hati ni rasa terguris amat sangat.. bukanlah diharapkan wang ringgit atau pujian menggunung, cukup sekadar mereka menghargai penat-lelah kita yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan ahli keluarga mereka dengan kekal sihat dan menggunakan nikmat kehidupan mereka yang Allah berikan itu dengan sebaiknya... kita beri gula, mereka balas tuba pula... T_T. Selamatkan salah, tak selamat lagilah salah.. kerjaya sebagai doktor di malaysia sekarang ni bagai meniti mata pedang yang tajam.. duduk diam saja terluka, bergerak apatah lagi.. menitik darah tak henti-henti....

apa yang buat saya lebih ralat, sabtu malam lepas.. saya baru kehilangan seorang pesakit, MVA case: sustained intraabdominal injury and open fracture left tibai/fibula. Suaminya yang juga ada intraabd injury dah berjaya saya referkan ke selayang, yang si isteri ni.. kerana BP nya yang sangat rendah dan tak dapat distabilkan, walaupun HKL dah terima, tapi akhirnya dia meninggal di ED resusc (her BP still not picked up eventhough i'm resuscing her with total 10pint of fluids + 2 packs of blood + double inotrope). Her family lodged a complaint against me.. saying i'm not done good enough. As if i'm not doing anything for her. Not only them, i also cried myself to sleep because of her. I've really round whole selangor trying to refer her for surgical, ortho and ICU back up...

Setelah difikir-fikirkan, mungkin juga ini salah saya. Tak menggunakan nikmat yang Allah berikan sepenuhnya ke jalan yang benar. Lagha sangat dengan dunia kerja yang sememangnya memakan masa dan tenaga saya ni. Mungkin kerana saya acap kali lupa mengingatkan diri dan membetulkan niat... untuk apa sebenarnya aku kerja ni??

Dalam perjalanan balik, terdengar satu luahan ayat dari radio yang betul-betul sejuk mencengkam jiwa... katanya musibah itu jalannya jannah.. dengan musibah itu, Allah cuba mengingatkan kembali hati-hati yang lupa, yang lalai dan leka. Dengan musibah itu, Allah mahu kita sedar yang kita ini milikNya.. dengan musibah itu, semoga kita sedar yang Allah telah memilih kita agar jadi lebih-lebih baik lagi. Lihatkan pada yang tersirat.. jangan lihatkan pada yang tersurat.. T_T .

Murah sungguh air mata saya sejak seminggu dua ni. Cuba bayangkan, saya yang baru 5 bulan bekerja bersama orang KKB ni dah terasa frust dengan perangai mereka.. bayangkan betapa pemurahnya dan pengasihnya Ya Rabb yang masih kekal sudi memaafkan hamba-hambaNya yang masih derhaka sejak berzaman ni??? huhu... T_T

teringat pesan ustaz, asas islam itu berkasih-sayang. Apa jua perkara yang kita lakukan andai tiada rasa kasih dan cinta di sebaliknya, manalah nak meresap masuk dalam hati jiwa manusia yang keras ni?? Mengubati orang pun sama juga konsepnya.
Ampunkan aku Ya Rabb... semoga Kau sentiasa memimpin hamba-Mu ini dalam setiap langkah dan gerak-geriku.. berikan sinar dan petunjuk pada jiwaku yang lemah ini.. T_T