18 October 2012

family time =)

alhamdulillah.. syukran.. ya busyra.. ya ghulam... ^_@
penantian setahun telah membuahkan hasil.
akhirnya biji benih yang ditanam dapat juga bertunas melihat alam =)

15hb Oktober yang lepas genaplah setahun saya di bumi Kuala Kubu Bharu.
banyak pengalaman suka dan duka yang saya dapat di sini.
jika diikutkan hati, memang dah lama terbang melayang surat pertukaran ke KKM ..
tapi Allah itu Maha Besar, Maha Halus, Maha Teliti kerjanya.
Kalau Allah tak beri kita sesuatu, ADA SEBABNYA.
tak perlu kita soalkan urusan kehidupan kita, Allah kan sifatnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Mana mungkin Allah biarkan kita terumbang-ambing bersendirian.. keseorangan tidak berteman.
Saya percaya jika hati benar inginkan petunjuk-Nya, maka Dia akan datangkan pada kita. Mungkin dengan cara yang tidak diduga-duga dek akal kita yang cetek ni.

Saya telah jumpa 'keluarga' baru di sini. Hari ni keluarga tercinta datang bertandang ke rumah kerdil saya di Taman Aarif ni. Solat jemaah isya' sekali. Saling tadabbur dan tasawwur surah Yusuf..
Subhanallah.. Besar manalah sangat dugaan yang Allah datangkan pada kita jika dibandingkan dengan mehnah-mehnah yang dihadapi oleh Nabi Yusuf.

Dari kecil, dibuang dan dianiayai adik-beradik sendiri (usia baru 12 tahun.. masih muda setahun jagung dalam meniti usia kehidupan), ditangkap dan dijual lalu dijadikan pula hamba abdi sehingga umur 20 tahun (muda remaja yang kalau kita mesti fikir nak seronok sentiasa), selepas itu digoda dan difitnah pula oleh Zulaikha... dan akhirnya dipenjarakan selama 7 tahun.

Setakat tercampak berkhidmat di Hulu Selangor, apalah sangat kan??? Bukannya takde manusia .. cukup serba lengkap pula rumahnya. Huh.. insaf insaf. Kata ummi: surah yusuf ni surah yang menjadi favourite ahli jannah. Walaupun ia surah Makkiah (yang sifatnya ayat-ayat keras dan memberi teguran/ancaman), surah Yusuf ni bahasanya lembut. Ceritanya sarat dengan hikmah, dirungkai Allah satu-persatu agar dapat menjadi penaik dan pembakar semangat Nabi Muhammad s.a.w yang sedang bersedih dek kewafatan Khadijah.

Nah!! Surat cinta terbaik!!!
Straight to the soul. T_T

jazakillah.
definitely the sweetest family time ever!!
cannot wait till we meet again ..