04 September 2012

selamat tinggal dunia...

petang semalam saya menerima perkhabaran yang sedih. 7 junior saya kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik ke bumi Nizhny Novgorod: 2 orang ditakdirkan Allah sampai ajalnya, dan 3 lagi parah.. Innalillah.. saat begini, terasa pendek benar umur kita di dunia ni.. sekelip mata sahaja Allah boleh tarik balik nyawa kita yang sememangnya telah Dia berikan pinjaman sementara sahaja untuk kita. Moga Allah cucuri rahmat atas mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..  (hadiahkan al-fatihah dan doa untuk mereka).

Saya masih sedih mengenangkan kehilangan 3 orang hamba Allah yang cemerlang kemanusiaannya sewaktu oncall saya 30hb Ogos yang lepas.. 2 daripadanya saya ikut sekali menghantar sampai ke liang lahad.. ikut sekali solat jenazah dan tahlilnya.(ditanam bersebelahan di perkuburan islam Kuala Kubu Bharu). lemah lutut masa itu.insaf sangat-sangat. terasa kerdil sungguh diri kita ni. masa berseorangan di dalam kubur itu nanti, barulah sedar betapa 'hebatnya' kita ini. Sudah banyak ayat-ayat Allah yang menceritakan bagaimana manusia nanti merayu-rayu minta dipulangkan semula ke dunia..katanya mahu beramal, mahu beriman, mahu manfaatkan usia hidup sebaik-baiknya. . Memang Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Melindungi.. tapi jangan lupa Allah juga Maha Mengetahui dan Maha Keras azabnya. Cukupkah amalan kita jadi pelindung dan penerang kita di kubur nanti?? Adakah waris yang ditinggalkan cukup setia menghantar doa dan amalan buat kita nanti?? Nauzubillah... seram sejuk bila difikir-fikirkan..




Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tanganNya.
Allah bekalkan kita dengan al-quran, hadis, as-sunnah.
Tajamkan akal, cerahkan minda, terangkan hati, buka mata dan telinga kita.
Maut pasti akan menjemput kita kembali menghadap Sang Pencipta.
Bezanya antara kita cuma lambat atau cepat saja...
tepuk dada tanya selera
masing-masing sudah terikat kuat janji dengan Allah sejak azali lagi
tinggal usaha saja lagi.
Ayuh!!!


No comments: