Penghujung bulan Ogos ini acapkali membuat hati saya lelah. Lelah kerana sulitnya menjadi pencinta cinta. Cinta yang sinonim dengan ungkapan pengorbanan dan perpisahan. (eh, jangan melatah dulu!) Kali ini takdir menentukan kami terpisah antara benua. Selepas ini, jangankan dunia nyata, dunia maya pun entahkan bersua entahkan tidak.
Kepada akhawat yang saya cintai, dahulu pernah ada orang lain yang melantunkan bait ini pada saya, kini saya ungkapkan ia kembali untuk tatapan kita bersama. "once a sister, always a sister. Biarpun kita terpisah badan, tapi roh kita bersatu dalam doa dan ingatan pada-Nya. Kalau tak jumpa di sini, nantikan saja di jannah.." betul kan? (jangan jadi macam dalam lirik lagu Melayu - 'nantikan daku di pintu syurga'.. buat apa tunggu di luar, berilah salam dan masuklah ke dalam dengan segala rahmat Tuhanmu yang menjadikan, nantikan sahabat DI DALAM syurga dan sambutlah ia dengan ungkapan kalaimat memuji kebesaran Penciptamu.. kan best begitu? hehe).
Alkisahnya, kebelakangan ini, saya asyik teringatkan 3 orang wanita hebat pemilik nama Huda. Seorang kakak yang ditakdirkan Allah buta matanya sejak berumur 11 tahun, seorang lagi adik yang sering lemah-lemah badannya, dan seorang lagi kawan yang sering dihimpit kepayahan hidup yang mencengkam. Apa yang menyamakan mereka di sebalik latar belakang dan kisah hidup yang berbeza adalah KECEKALAN hati dan jernihnya jiwa memandang kepada kebenaran. Seronok saya melayan Kak Huda bercerita. Lagaknya tak macam orang buta pun. Kak Huda yang memandang orang dengan hatinya bukan dengan matanya. Banyak benda yang dapat saya belajar dari Kak Huda walaupun berjumpanya cuma 2 jam. Subhanallah!! Kan Huda itu maksudnya penunjuk kepada kebenaran? Selalu kita dengar, ada apa pada nama? Selalu juga kita dengar segolongan pihak yang lain menjawab: 'kan nama kita itu doa.. panggillah dengan nama yang orang itu sukai. Panggillah dia sambil mengharapkan apa yang terkandung pada namanya itu dapat ditonjolkan pada peribadi dan sanubarinya..'
Nah!! Beginilah yang kita nak. Yang nak saya tekankan di sini, bukan pada comelnya nama kita atau hebatnya maksud nama kita tuh.. tapi lebih kepada SUDAHKAH KITA TUNJUKKAN PADA DUNIA BAHAWA NAMA KITA ITU MEMANG KHASNYA MILIK KITA?? (susah nak faham yea..?) maksudnya, biarlah peribadi kita luar dan dalam benar-benar menzahirkan maksud nama kita yang hebat tu. Biar sampai sebati berselirat maknanya. Barulah layak meminta pada Allah kurnia syurga-Nya tatkala kita dihisab di Padang Mahsyar nanti.. tak gitu?
Dah alang-alang bercerita tentang nama ni, izinkan saya menambah sedikit lagi tentang 9 puteri pemilik nama indah Maisaroh dan Nafisah yang sangat-sangat saya sayang. Maisaroh yang membawa maksud Ketenangan, dan Nafisah yang bermaksud Yang Berharga. Besar harapan saya pada mereka ni. Mungkin selepas ini, saya tak dapat nak manjakan korang lagi.. (hehe), bila dah bertukar tempat bergantung nanti, jangan lupa jaga diri yea. Jaga iman dan hati jangan sampai 'lemas'. Maaf tak dapat nak menghantar di KLIA (T_T sudah diusahakan tapi perancangan Allah itu lebih hebat.. mungkin ada hikmahnya..) Maaf jika ada hak-hak yang tidak dapat saya penuhi sebelumnya. Maaf juga atas segala kekurangan dan kelemahan. Dan terima kasih untuk segalanya. Koranglah hadiah terbaik yang pernah saya dapat. Dan biarlah Allah saja yang menjadi pembalasnya.
Ingat ni: biarlah agama suci Allah ini yang menjadi pengikat kita. Ikatan sebuah penghargaan di atas mahkota iman. Ikatan hati yang disandarkan pada pakaian taqwa yang memikat. Pakaian taqwa yang dengannya jika ada panggilan sayang dari Allah untuk melakukan sesuatu, kitalah yang terdepan. Pakaian taqwa yang andai ada seruan dari Allah untuk meninggalkan sesuatu, kitalah yang tercepat. Susah tu memang susah, tapi mari kita sama-sama mujahadah yea? Jatuh bangun kita biarlah sama-sama menanggungnya.
ps: kepada yang dok sakan sangat mengusik saya suruh cepat berkahwin tu, i've received an honest marriage proposal yesterday. Proposal ringkas dari si cilik berumur 5 tahun.. (kan budak-budak tak pandai menipu??) hehe.. jangan marah.. akan sampai masa dan ketikanya nanti. Jangan risau, insyaAllah andai ada rezeki saya makan nasi minyak sendiri, sampailah kad-kad undangan untuk sisters dan kawan-kawan nanti!!
wallahualam.
1 comment:
salam kak baiz.. manyak rindu sAMA kamu.. kak wan, kak fida n kak dayyinah dah mula menerror bilik akak.. gagagag... nk p asyan nih.. singgah jap bce.. power akak ade dak 5 thun propose.. ni thp ashton kutcher dgn wife die tuh.. hahahahah..
Post a Comment