13 August 2009

change begin with ME

Semenjak saya belajar memandu ni, ada banyak perkara yang selalu buat saya muhasabah diri. Saban hari sentiasa mengingatkan dan mencabar diri: bagaimana mahu mengubah dunia andai diri sendiri tidak terubah? Ya, memang benar saya seorang wanita yang tinggi cita-citanya, sampaikan ada junior yang nasihatkan saya, jangan aim terlalu tinggi, takut nanti jadi terlampau independent sehinggakan tak kahwin pula..

Kerana kekangan keluarga dan keselfishan diri sendiri, banyak peluang untuk bertemu dan bersama akhawat serta usrati yang saya terlepas, sampaikan dah terasa sangapnya walaupun saban hari keluar rumah untuk pelbagai urusan. Sedih sangat-sangat, tapi seperti yang saya selalu tegaskan, perasaan sedih tu tak dapat membawa anda ke mana-mana pun melainkan lebih jauh ke dalam lubang kehampaan dan putus asa.

Teringat saya pada kata-kata cikgu penceramah dalam kelas amali memandu saya: apa lagi yang kita nakkan dalam hidup? semuanya dah Allah beri.. nak apa saja, semuanya dah Allah ajarkan. Dari doa makan, masuk tandas, belajar, bersetubuh hinggalah ke masuk tidur semuanya lengkap. Boleh minta dengan Dia bila-bila masa, dalam apa jua bahasa, salah grammar pun takpa.. tak perlukan duit juga. Apa yang penting adalah hati yang penuh keikhlasan dan mengharap hanya pada-Nya.

Cikgu tu timbulkan satu persoalan, mengapa mereka yang tidak berlesen memandu lebih berhemah berbanding mereka yang berlesen? jawapannya mudah saja: sebab mereka yang tak berlesen ni ada perasaan TAKUT mereka akan tertangkap, takpun takut akan kesan lebih teruk yang akan menimpa mereka andai sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan melibatkan mereka di atas jalan raya. Samalah juga konsepnya dengan kita. Sekiranya seseorang manusia itu tidak takut kepada Penciptanya, maka jadilah ia seorang hamba yang bodoh sombong dan angkuh meniti dunia, terasa seolah-olah dialah raja dan penguasa yang takkan ada tolok-bandingnya.

Berdasarkan pengalaman sendiri, sedar saja tidak mencukupi. Perlu zahirkan dengan perbuatan. Perlu latih badan untuk bersusah-payah. Perlu didik jiwa agar pandai bersyukur dan menghargai apa yang Allah kurniakan pada kita. Perlu tanamkan semangat dan keazaman dalam diri, apa-apa pun mesti mulakan dengan diri kita dahulu. Jangan asyik bertanya why me? sebaliknya katakan bring it on!! ingat ni: what doesn't kill you, it makes you stronger. Lebih-lebih lagi kalau pergantungan kita itu betul tempatnya- iaitu dengan Dia, Allah s.w.t.


wallahualam.

..

No comments: