04 August 2008

Menyusuri warna-warni Jalan TAR.

Siapa yang tidak kenal dengan nama Jalan Tunku Abdul Rahman ini. Syurga dunia bagi wanita terutamanya penggemar jubah moden, kain meter pelbagai jenis dan gaya serta variasi tudung yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terpikat dan akhirnya terlanjur membeli satu-dua benda. Hanya yang teguh melawan nafsu dan kering poketnya sahaja yang mampu menahan godaan. (hehe =p).

Alkisahnya, panasnya hari Rabu minggu lepas (29/07/08) dan cerianya dunia kecil jalan TAR ini memberikan saya satu pengalaman berharga: menyelami hati seorang peniaga tudung di lorong belakang Jalan TAR dan merasai sebentar pengalaman hidupnya sehari-hari di situ (mungkin 1/20 sahaja dari lingkup hidupnya tapi itu pun sudah memadai untuk saya ^_^).

Akibat terlalu asyik mencuba jubah di kedai sebelumnya dan membelek tudung di lorong-lorong, saya tidak perasan hari yang semakin menginjak senja. Apa lagi, mula kelam-kabut mencari surau. Rasa bersalah dan takut yang teramat, andai kata dalam perjalanan pulang nanti ditakdirkan diri ini sudah tidak bernyawa, apa yang boleh saya jadikan alasan mempertahankan diri di depan Allah kelak? Saya beranikan diri bertanya kepada seorang peniaga di situ. Bukan ke malu bertanya sesat jalan? Atau dalam kes saya ni, malu bertanya alamatnya tak dapat solat asar dalam waktu lah jawabnya. (perjalanan balik mengambil masa 1 jam kerana kesesakan lalu lintas). Pada saya, selagi tidak mancuba, kita tak tahu hasilnya bagaimana. Positivity itu penting.

Alhamdulillah, bukan setakat mendapat tahu surau di mana, saya dapat pula tawaran khas bersolat di ruang meniaga mak cik itu: telekung, sejadah, selipar dan kepala paip air disediakan free of charge!! Yer.. anda tak salah baca, memang saya tulis kepala paip di situ. Di bahagian belakang sekali, di ruang antara bangunan-bangunan di situ, ada paip air lengkap dengan meternya sekali, cuma kepalanya sahaja yang tidak ada. Kata mak cik, tujuannya untuk menghalang air digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hanya peniaga di situ sahaja yang boleh menggunakannya. Terkulat-kulat jugalah saya berwuduk di situ: ambil yang wajib sahaja kerana tidak mahu menarik perhatian orang yang lalu-lalang.

Terasa solat asar hari itu lebih bermakna dari hari-hari biasa. Lebih khusyuk kerana menghargai kesusahan untuk melakukannya. Lebih tenteram walaupun bersolat di celah hiruk-pikuk kota kerana saya tahu di sekeliling saya ada insan-insan muslim yang masih setia membantu teman seagamanya atas dasar ukuwah islamiah yang tinggi. Lebih bersyukur kerana dipertemukan Allah dengan seorang muslimah yang juga tidak rela saudaranya meruntuhkan tiang agama. (^_@)

Perbualan saya dengan mak cik itu selepas solat dan sementara menunggu abang kawan saya datang menjemput kami memberi saya lebih banyak ‘insight’ terhadap jerih-perih peniaga-peniaga di Jalan TAR ini. Apa sekalipun, mereka semua yakin dengan rezeki kurnian Allah. Asal mahu berusaha, insyaAllah hidup tidak akan melarat.

Hari itu, saya menjejakkan kaki ke jalan TAR dengan 1001 harapan dunia: mahu membeli jubah dan tudung-tudung yang cantik mempesona (jangan ikut resmi saya, kawal diri apabila bershopping, jangan sampai terbeli sesuatu yang anda tidak akan guna sepenuhnya di kemudian hari dan yang lebih penting- utamakan pandangan-Nya [takwa dan iman di dalam hati] daripada mengumpan pandangan mata manusia), saya pulang dengan pelbagai pengajaran dan kenangan yang lebih mendekatkan diri saya pada-Nya.

Well, that’s one of my days. How’s yours?


Sekadar buat renungan:

# jika kamu merasa takut kepada makhluk, kamu akan berlari dan menghindar darinya. Namun, jika kamu merasa takut kepada Allah, kamu akan merasa tenteram bersama-Nya dan semakin mendekat kepada-Nya.

# kalau saja ilmu bermanfaat tanpa diamalkan, nescaya Allah tidak akan mencela para ulama dari kalangan ahli kitab. Sementara kalau saja amal bermanfaat tanpa keikhlasan, nescaya Allah tidak akan mencela orang-orang munafik. [so kawan-kawan, ilmu yang ada perlulah diamalkan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan demi mencari keredhaan-Nya, barulah betul! ].

5 comments:

Shazwani Adnan said...

salam.

lama dh tak jenguk sini. rupanya dh banyak entri dah. wah.. berjalan2 di jalan TAR rupanya. seronok juga dapat jalan sambil dpt pengalaman yang bukan semua org boleh dpt. apa pon, mesti best dpt shopping tudung kt sne.

Anonymous said...

salam akak
bestnye entry ni=)
dapat x jubah?beriye haritu nk pergi warta tgk pakaian muslimah,
sory x temankan;)

Anonymous said...

salam wani =)
jalan2 kat jalan TAR, mesti lah best.. asal nak beli 2-3 benda jer, alih2 beli smp 5-6 barang.. tau2 ler perempuan.. bila shopping tuh kadang2 'hilang diri' sekejap. hehe. tobat lepas ni tak mau buat lg dh.. (apbl poket akg=hirnya dah kering)

to diha ^_^:

alhamdulillah dpt lah cari satu jubah, tp balik esok tuh g tukar. rasa cam over sgt style nyer. huhu. ptt g jer warta hari tuh, l=tgk jubah yg low profile sket. ada ker ptt jubah yg sepatutnya lebih menutup badan dorg g wat cutting ikut body plak?? sedih sedih T_T.

E nur said...

salam baiz.i'm just a silent reader.sumtimes dropping by at ur blog.wanna let u knw, i hv taken story regarding rotten potatoes from ur entry -stories of hatred- and pasted it in my blog & gave credit to it as a courtesy 4rm ur blog.pls let me knw if u feel uneasy about it ok?

Anonymous said...

salam ilida nur..thanks dropping by,nak amik aper2 cerita amik jer lah.. entry tu pun dh lama dah rasanya. asalkan boleh memberi manfaat kat org lain, sy ok jer. jemputlah dtg lg. nnt sy sggh jenguk blog awak pulak. salam ramadhan!! puasa sggh2, semoga kita sama2 dpt keberkatan insyaAllah.