alhamdulillah, dapat peluang menulis lagi dalam blog ini. Disebabkan lama sangat berhenti menulis (2 minggu berehat kerana final xm), terasa tumpul sekejap jiwa penulis nih. (hehe)
personally, saya tak berapa suka sangat akan musim xm nih; bukan kerana saya tak suka perasaan kepada perlunya belajar atau perasaan gelisahnya nak pergi menjawab final xm tu, tapi lebih kepada perasaan sedih dan benci saya kepada kesibukan musim xm yang menyebabkan kita terlupa sejenak kepada perkara2 yang tidak sepatutnya kita lupa:
- kekal beribadat dan beramal kerana Allah; amal yang ada perlulah meningkat dari masa ke semasa, serta terasa manisnya ibadah di tikar sejadah itu... T_T
- hubungan ukhuwah dengan sahabat sekeliling yang dekat mahupun yang jauh. Ukhuwah yang manis dan diserikan rasa rindu, yang bersamanya terpamer rasa kasih dan sayang kita pada si sahabat, rasa mengambil berat dan mengambil tahu.
- penjagaan diri sebaiknya. (soal makan, exercise, tidur yang cukup).
- kebergantungan kita pada Allah dan percayanya kita pada qada' dan qadar. Kita perlu percaya bahawa apa yang kita dapat adalah telah ditentukan, itulah rezeki kita dan itulah apa yang Allah nak berikan kepada kita; tapi itu tidak bermaksud kita boleh menyerah begitu sahaja- masih perlu berusaha sedaya-upaya, berdoa dan bertawakal. Proses kita berusaha itulah yang akan menguatkan diri dan hati kita dalam menempuh apa jua ujian yang mendatang andai ia dilandaskan kepada yang hak.
- hidup kita sebagai pelajar/pekerja tidaklah tertakluk kepada belajar/kerja semata. Alangkah sedihnya segala potensi yang ada pada diri seseorang manusia itu terkubur begitu sahaja kerana terlalu 'fokus' pada sesuatu yang sebenarnya tidaklah memberi manfaat sangat kepadanya. Ilmu pengetahuan tentang kehidupan dan dunia semasa penting, tapi ilmu yang mendekatkan diri kita kepada-Nya adalah lebih penting. (betul tak?) Hidup di dunia ini bagaikan merantau di padang pasir yang luas. Kadang-kala bernasib baik ketemu air penghilang dahaga, atau manusia lain peneman dan penenang jiwa, kadang-kala hanya fatamorgana yang mengaburi pandangan mata....
ada satu pepatah ni: leadership and knowledge is indispensable. tapi pada saya, yang sebetulnya: islam and knowledge IS indispensable. (islam dan ilmu pengetahuan tidak boleh dipisahkan).
dengan adanya ilmu, barulah kita sedar akan kewujudan Pencipta yang Agung, barulah kita takut kepada-Nya, takut yang membawa kita kepada membersihkan jiwa sebersih-bersihnya, menjaga diri dari maksiat yang tersembunyi mahupun nampak.
saya suka satu ungkapan dari para sahabat, Muad'z namanya:
" belajarlah ilmu pengetahuan, sebab belajarnya itu adalah kerana Allah, itu merupakan tanda taqwa kepada-Nya; mencarinya (ilmu) merupakan ibadat, menelaahnya sebagai bertasbih (memahasucikan Tuhan), meyelidiknya sebagai jihad; mengajarkannya kepada yang belum tahu adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya (org yg sudah tahu, utk diperingatkan semula) adalah kebaktian."
No comments:
Post a Comment