Kecoh satu dunia dengan filem Fitna yang sepertimana tajuknya, telah membuat fitnah kepada Al-Quran dan umat islam khasnya. Sana-sini orang sibuk bercakap dan membahaskan tentang perlunya memboikot barangan keluaran Belanda. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Mana yang anda mahu ikut, terpulanglah, asalkan anda betul-betul tahu dan faham apa tujuan sebenar anda memilih apa yang anda pilih itu (memboikot atau tidak). Saya tak mahu mengulas panjang tentang perkara yang sudah ternyata telah dibahaskan lebih panjang dari entry saya ni.
Apa yang saya nak utarakan di sini, adalah menyingkap isi tersirat di sebalik tayangan Fitna tu. Pada saya, tak guna cakap banyak panjang berjela, marah-marah emosi tak tentu pasal, tapi ‘habuk pun tarak’. Personally, saya rasa sikap umat islam seluruh dunia yang suka ‘melatah’ dan pantang mengamuk bila diusik adalah antara sebab utama yang menyebabkan segala kekecohan tidak bertempat (apabila perasaan marah konon-kononnya tidak mahu islam dihina diluahkan melalui kemarahan juga, itupun pada sentimen2 yang ‘lebih kecil’ dari yang sepatutnya kita ambil peduli). Iya, kita memang perlu marah dan tidak patut kita biarkan orang lain menghina dan memperlekehkan agama kita,tapi pada masa yang sama, saya rasa kita tak layak untuk bersuara lebih andai perbuatan kita pun tak ubah bezanya dengan mereka yang tidak faham islam ini.
Tengoklah siri-siri ‘penghinaan ke atas islam’ yang buat orang islam sekeliling ‘rasa terpanggil’ untuk menyuarakan bantahan mereka: penggunaan meluas media massa Barat untuk mengecop umat islam sebagai ‘terrorist’, kisah pelukis karikatur Jerman melukis gambar ‘Rasulullah’ di punggung babi, watak ‘nabi Muhammad’ sebagai pemimpin kekejaman, yang terbaru filem Fitna yang mencedok beberapa ayat suci Al-Quran yang sebenarnya menggambarkan kepentingan jihad dan menceritakan perihal kaum Yahudi yang dilaknat Allah atas sebab kemugkaran mereka sendiri, dan banyak lagi sebenarnya. Mana perginya umat islam semua apabila saudara-saudara kita di Bosnia, Afghanistan, Palestin, Iraq, Lebanon dan merata tempat lagi dibunuh, disembelih, dan ditindas sesuka hati? Sejauh mana kita benar-benar memahami dan mengikuti ajaran agama kita sendiri? Sejauh mana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai orang islam? Kalau setakat beramal untuk menyelamatkan diri sendiri tu, maaflah, bukan begitu caranya. Makmurnya dan agungnya Islam itu bukannya terletak pada individu, ia perlu kerjasama dan usaha keras SEMUA yang mengaku dirinya islam, dan perlu kepada MASUKNYA KE DALAM ISLAM SECARA TOTAL. Saya sendiri pun masih banyak yang perlu dibaiki, tapi takkan lah nak tunggu diri jadi sebaik malaikat baru nak mula bekerja untuk islam
Saya tak tahulah orang lain sedar atau tidak, sepertimana kita mahu naikkan dan kembalikan keagungan islam, begitu jugalah mereka yang beragama/fahaman lain (Christian, Hindu, Buddha, capitalism, etc.). Dalam sekian banyak agama dan kefahaman yang ada, kenapa asyik Islam sahaja yang kena? Mengapa agama Islam sahaja yang tak habis-habis orang lain buat pelbagai propaganda untuk dijatuhkan? The obvious reason: ISLAMLAH YANG BENAR. They think of islam as a threat. A MAJOR THREAT. Sebab itu lah, mereka sentiasa mencari jalan nak menghapuskan kita.
Perkara lain yang saya rasa perlu untuk dihighlightkan untuk pedoman semua: MEREKA BELAJAR DAN MENGKAJI AL-QURAN SEDANGKAN KITA SENDIRI TIDAK. ‘
Apa sekalipun, saya rasa asalkan kita berusaha melangkah setapak demi setapak mendekati-Nya, insyaAllah rahmat dan kasih-Nya itu akan sampai jua ke hati-hati kita yang ‘gersang’ ni. Yang penting kenalah sentiasa
Maaf, panjang pula coretan saya kali ini. Moga sama-sama ambil iktibar. Yang malap kita terangkan, yang bengkok kita luruskan, yang kotor kita bersihkan dan yang terlupa kita ingatkan. insyaAllah.
2 comments:
slm baiz,
setuju ngan kata2 baiz kat sini..:) sbnarnya arg Islam sendiri yg membuatkan Islam ni kelihatan lemah..:) kandungan dalam fitna tu bukanlah benda baru sekiranya kita slalu tengok internet2 dan youtube ttg penhinaan kat Islam..
Tapi harus diingat, kekadang benda2 camni lah yg membuatkan ayat2 Allah ni diterima oleh mereka yg ingin mengkaji kebenarannya..benda camnilah kekadang buatkan Islam itu lehbi tersebar luas dan org teringin nak mendalami Islam..ada hikmahnya kalau org yg ingin melihat dari sudut tu..kita tak lihat org beramai2 keluar dari agama Islam pas tragedi 9/11..tetapi ramai yg memeluk agama Islam slps tragedi itu walaupun Islam dilabel pengganas..:)
salam acai.
tulah, tak ramai org yg sedar psl benda nih.. benda yg terlebih 'digoreng' kat tv n paper jer org perasan.. tp alhamdulillah la ni dh ramai yg semakin ambil peduli.
saya ingat awak takkan mai jenguk blog sy lg.. ye lah, semenjak 2 menjak nih kan awak sakit lah, stress lah.. dh sht ker??
Post a Comment