12 February 2008

Looking your age.

Dalam seumur hidup saya, tak pernah saya terfikir akan datang suatu masa di mana saya berasa sedih apabila orang sekeliling saya tak perasan atau sedar yang saya ni sebenarnya berumur 23 pada tahun 2008 ni. Sebelum ni, saya memang ada banyak pengalaman yang mana orang nampak saya lebih tua daripada umur sebenar ( waktu dlm tingkatan 4, ada sorang akak tu ingatkan saya ni belajar di maktab sama dengan dia; bila saya kluar dgn adik2 kecik saya, orang ingatkan saya emak yang kahwin dan beranak di usia muda; naik motor dengan abah, orang ingat saya ni isteri muda abahlah dan macam2 lagi ).. tak pernah pulak saya rasa marah atau sedih ker apa ker..

Tak sangka betul, bila saya pergi berjalan2 di UK dan Ireland hari tu, ada kawan sebaya saya (tapi berlainan universiti dan tahun pengajian) yang boleh dikatakan sepanjang masa membahasakan dirinya akak bila bercakap dengan saya..(dalam group saya Cuma ada 3 org jer thn ’85, yang lain banyak tahun ’88). Mula2 rajinlah juga mulut saya membetulkan kwn saya ni, lepas tu saya akhirnya terpaksalah menerima seadanya.. yang di hatinya, saya sentiasa ‘kelihatan muda’. Bukan dia seorang sahaja, bila memperkenalkan diri kepada kwn2 baru yang dikenali kat Uk dan Ireland, ramai yang tak sangka saya ni lahir tahun ’85.. sedihnya lah hati.. kwn2 perempuan saya yang lain semua kata baguslah nampak muda.. tapi bagi saya, saya rasa sedih sangat2 apabila tak nampak sematang usia. Mungkin ditambah lagi dengan perasaan segan saya melihat betapa maturednya perwatakan dan gaya kwn2 baru saya yang sebaya dan lebih muda yang saya jumpa di sana. Mungkin gaya saya membawa diri agaknya, ataupun cara bercakap dengan adik2 yang membuatkan orang ingat saya ni geng2 ’88 - saya memang tak bahasakan diri sebagai akak dengan dorang, terasa lebih jauh begitu.

Apa sekalipun, saya bersyukur kerana ada banyak lagi perkara2 lain yang lebih penting yang dapat saya belajar dan rasai sepanjang lebih kurang 2 minggu merantau ke ‘pulau’. Pada saya, cantiknya seorang perempuan itu perlu datang dari dalam dirinya dahulu dengan cara mengenali siapa pencipta dirinya, menjaga maruah dan auratnya dan meletakkan malu pada tempatnya. Well, HOW ABOUT YOU?

2 comments:

Shazwani Adnan said...

salam kak baiz.

La ni baru internet bilik ok. tu yg bru dapat trace semua entries nih.

istilah cantik? pada wanie:

- biarlah kurang cantik pada paras rupa,
- tapi cantik pada akhlak dan jiwa.
- malu jadi penghias diri,
- tegas jadi perisai peribadi.

Anonymous said...

erm,betullah kata wanie tuh.. tak teringat plak kita pasal tegas.. yup, tegas mmg penting.. kalau tak nnt senang kita warga perempuan nih dibuli.. mungkin lebih sesuai kalau kata bertegas dlm kelembutan kot.. kang tegas2 sgt takut x kena tempat plak..