30 April 2008

sehelai demi sehelai...

kata-kata biasa dari anda
jika ditambah dengan senyuman dan keikhlasan
'hangat' rasanya menusuk jiwa
tembus masuk hati yang keras

nasihat yang diberi dengan kasih-sayang lebih berkesan di hati si anak.
jemputan yang diiringi rasa rindu takkan sanggup ditolak
ajaran sedikit dari anda mungkin besar maknanya bagi seseorang
apatah lagi kasih yang dihulurkan

jangan difikir dirimu lemah
pasti ada impaknya pada dunia
kerana hidup ini saling berkait
saling bergantung sesama kita
seimbang, terletak pada tempatnya.

setiap usaha yang anda lakukan takkan tersia begitu sahaja.
umpama menambah sehelai demi sehelai kertas
lama2 menggunung jua

bak kata pepatah: andalah apa yang anda fikirkan
orang yang bijak takkan mengalah, tetap cekal mencari peluang. andai tiada, dialah yang mengadakan peluang itu. tidak perlu ditunggu ia datang ke riba.
orang yang lemah: sering menyalahkan orang lain atas segala kesusahan yang dialaminya. menanti bahagia datang melayang sedangkan sendiri tidak berusaha.

pilihlah jalan yang anda mahu.
segalanya di tangan anda.
putih atau hitam?
kanan atau kiri?
bahagia atau derita?
murka atau redha-Nya?

really, its up to you...




26 April 2008

Madah Menolak Kasih



anyaman rindumu bersulam kasih
rayuan cinta tidak bertepi
setiamu jejaka
mengharap janji

Namun: dengarkan kataku
bukan rindu
bukan sayang
dan bukan jua cintamu
yang daku dambakan

ku berkias menguis
tampaknya semakin mengoles


... perit ...

untaian qalam madahnya sukma
olesan jiwa telah ku beri
sayang kebal tekadmu tuan
masih cekal harapan hati.

Lantas,
ku kira inilah jalannya...
terbaik buatku
permudah langkahmu
biarpun kejam madah pujangga
menolak rindu di angin lalu
bak bisa racun menerjah
jangan dibiar sehingga melarat
kala pohon tidak berbuah
jangan dibiar tidak tercantas

tegasku ungkap pilihan diri
selagi kasihmu bukan untuk-Nya
ketahuilah..
selagi itu cintaku bukan milikmu
hanya maaf bingkisan hati
semoga ketemu pengganti diriku.


...

24 April 2008

Dialah teman, dialah musuh...

Semakin hampir musim panas ni, semakin tidak teratur tidur saya. Sebelum ini, saya memang ada masalah insomnia, tak teruk, Cuma sekarang semakin tidak terkawal. Bagaimana penat pun saya, bagaimana teruk pun saya mencuba, akhirnya memang dalam pukul 2 pagi lebih barulah saya boleh tertidur. (mungkin juga sebab keadaan bilik saya yang tak condusif nak tidur awal:bilik saya dah jadi ‘kedai makan’ dan tempat berpacaran roommate saya). Apabila jasad dan ‘rohani’ saya akhirnya dapat ditidurkan, saya memang tidur selena-lenanya, segala bunyi (alarm clock, miscall housemate yang risaukan saya tidak terjaga, dan panggilan housemate yang dah hampir mencecah ‘tahap berbahaya’) pun seolah-olah tak masuk langsung ke gegendang telinga saya ni. Bila sampai masanya, tiba-tiba saya terjaga. Masalahnya, waktu terjaga tu yang tak berapa ‘menyeronokkan’ tu. Sampai marah pada diri sendiri dibuatnya. Saya pun tak tahu macam mana nak buat lagi.


Alhamdulillah, pagi ini saya masih bernyawa. Masih diberi peluang untuk memohon keampunan-Nya. Sungguh, itulah perasaan saya apabila bangun tidur semenjak kebelakangan ni. Tidur bagi saya sekarang selain menjadi ‘waktu berehat’ minda dan hati saya, ia jugalah musuh saya. Umpama ‘musuh dalam selimut’, ada kalanya saya rasa takut untuk tidur di atas katil empuk saya tu (saya pernah cuba tidur duduk kat meja pun; lebih kurang aje kesannya) – terfikir bolehkah saya bangun semula esok? Terfikir masih adakah peluang untuk membaiki diri, ‘menampal’ mana-mana bahagian diri yang kurang sebelum diri ini benar-benar menghadap-Nya?


Betullah kata orang, apabila kita hilang sesuatu, masa itu barulah kita tahu betapa berharganya sesuatu yang dah hilang tu. Saya masih dapat merasa nikmat tidur tu, Cuma nikmat nak bangun tu yang tak berapa sure. (hehe ^_^). Betapa rindunya saya pada malam yang sunyi. Teringin menggapai manisnya qiam, mengecap amannya tidur, dan menyambut datangnya fajar… (doakan saya kuat semangat dan cekal usaha).