Sungguh, perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik! Senario Allah lah yang paling indah.
Jangan takut untuk meminta dan berharap, Dia pasti akan datangkan. Kena pada masanya, bahkan lebih baik lagi dari yang kita harapkan.
there really is no coincidence, only hikmah and beauty in His will.
Al-kisahnya, saya kini sudah lebih sebulan bergelar pelajar di Universiti Malaya dan tinggal bersama 6 mujahidah lain di RIA, satu nikmat yang subhanallah.. tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata. Sebelum saya menjengukkan kaki ke UM untuk Masters in Public Health, ramai senior lain yang saya jumpa dok menakut-nakutkan saya tentang Public Health in UM. Kata mereka, susah nak pass lah, passing marks lebih tinggi lah, lecturer strict lah.. dan macam-macam lagi. To be honest, the only reason why i choose UM was because i heard that there are a lot of akhawat in UM. Cuma itu sahaja yang saya mahukan. Support system with tarbiah. dan bila saya dah masuk belajar, masyaAllah. Terbaik! Batchmate saya semuanya hebat-hebat belaka, penuh dengan ilmu dan tak lokek berkongsi pengalaman. We work really well with each other. Bila anda bersama dengan mereka yang hebat, secara tak langsung, anda pun akan jadi hebat sekali. You adopt and adapt. Lecturer pun ok. Strict with attendance and assignments, but that to be expected. Masters student what.. Kan? all in all, life is good. Nothing for me to complain.
Berkenaan kisah bagaimana saya dapat masuk ke RIA, itu pun penuh dengan onak durinya. Biasalah, doktor, single, independent, duit gaji banyak tak luak-luak, mestilah nakkan tempat yang selesa kan? Yang parkingnya berbumbung kalau boleh, biliknya besar dan ada privacy, dan paling penting sekali dekat dan mudah untuk ke universiti. Saya pun book lah satu bilik di Vista Angkasa thru seorang akak ni. Bila bermesej dengan dia, masyaAllah, baik saja bunyinya, Siapa sangka, orangnya kaki penipu! habis duit saya disonglapnya. Bayangkan, anda dah berjanji nak jumpa dengannya, dan duit pun dah dibank-in rm1000+, dia biarkan anda tunggu lebih sejam di tengah panas (dan dalam pada menunggu tu.. ditakdirkan Allah ada seekor burung tercirit pula kena tepat pada smartphone anda..) dan orang yang anda tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Mesej tak berbalas, phonecall tak berangkat.. senyap membisu sahaja. Akhirnya gambar di wassap profile pun hilang begitu sahaja. Masa tu, Allah saja lah yang tahu apa yang saya rasa masa tu.
Tersentap saya dibuatnya. Terfikir apalah dosa yang aku dah buat hingga Allah nak uji sedemikian rupa. Masa tu, saya teringat pesan seorang senior akhawat, bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, jangan mohon doa keburukan untuk mereka yang menganiaya kita tu, tapi sebaliknya mintalah kebaikan untuk diri kita sendiri.
Bila jadi macam ni, saya selalu akan counter balik dengan muhasabah.
Duit boleh cari lagi.Mujur juga nilai duit yang ditipu tu bukanlah tinggi sangat bagi saya. Saya anggap ia sebagai kafarah dosa,
Pengalaman ditipu itu pun biarlah jadi pengajaran, jangan mudah sangat untuk percaya apatah lagi bila berurusan di alam maya!
Tang kena najis burung tu, ok lah,boleh lap dengan tisu lembap saja. Sekurang-kurangnya tak jatuh kena tudung/muka. Kan lagi haru gitu?
In the end, saya pujuk diri istighfar banyak-banyak.
dan saya pintakan pada Allah, kurniakan saya rumah sewa yang jauh lebih baik dari ini, yang ahlinya solehah dan musleh, yang di sana saya akan lebih tsabat dalam islam, dan akan lebih maju lagi dalam hidup dan kerjaya.
Dan MasyaAllah, tak sampai sehari, Ummi berikan saya maklumat tentang RIA, n boom! I'm here.
I really did achieve more here than i could ever imagine if i'm in someplace else.
Maka, kesimpulannya:
Bersama itu menguatkan!
Bersama dalam tautan kasih Allah lebih mendamaikan.
Bersama dalam ketaatan, itulah nikmat cinta terhebat.
Akhir kata,
if you want to walk fast, walk alone.
if you want to walk far, WALK TOGETHER.
with love,
baiz =)
No comments:
Post a Comment