bagi setiap jiwa yang mengharapkan dirinya dipandang dengan penuh sayang,
bagi setiap jiwa yang merindui ketenangan,
bagi setiap jiwa yang ingin berubah,
bagi setiap jiwa yang mahukan kedamaian.
akan sampai suatu ketika, anda akan tertanya-tanya,
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?
anda buat itu.. anda buat ini..
tapi jauh di relung hati anda,
you know there's something missing.
something wrong somewhere..
that you feel incomplete.
restless even.
pernah tak?
jika ya..
maka berbahagialah anda kerana itu tandanya hati anda masih hidup
bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang pada diri kita untuk mendekati-Nya
dan bergembiralah kerana anda masih tergolong bersama mereka yang Allah cintai.
jangan kita persoalkan..
kenapa mesti aku yang diuji?
kenapa ujian aku begini?
kenapa jalan hidup aku begini?
JANGAN SAYANG JANGAN!
Setiap ujian itu Allah gunakan sebagai penapis mujahid mujahidah-Nya
Dia tak pernah perlukan kita
sebaliknya kita yang kerdil lagi lemah ini sangat-sangatlah memerlukan Dia
syukurlah yang tak terhingga andai biarpun badai demi badai menimpa, anda masih di sini.
anda masih bersama dengan mereka yang ikhlas bekerja demi agama-Nya.
biar tersungkur, tergolek, terjunam dalam lembah lumpur dalam nan busuk sekalipun..
namun anda masih bisa berdiri. masih bisa menadah tangan menangis pada-Nya.
dan percayalah, kerlipan sinar anda itu terlihat gemilang
terpancar hingga ke langit tujuh.
moga itulah yang tertulis untuk kita insyaAllah
maka,
di setiap jemputan kecil yang Allah berikan pada kita..
jangan tolak biar sesibuk mana pun anda.
jangan dok mencari alasan untuk mem'benar'kan keuzuran anda.
ingat ni:
JIKA ANDA TIDAK SIBUK DENGAN URUSAN-URUSAN BESAR, MAKA ANDA AKAN DISIBUKKAN DENGAN URUSAN-URUSAN REMEH.
dan takutlah anda andai jemputan itu adalah jemputan terakhir untuk kita.
tak dapat nak dibayangkan betapa ruginya dan sedihnya andai di pengakhiran hidup kita, kita tercampak ke lembah kehinaan yang mana Allah tak mahu pandang pun kita..
T_T. fuisy. takut!!!
teringat surah at-Taubah ayat 41:
"Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui".
so, apa tunggu lagi?
Tiket dah dihulur ke tangan anda
sambut dan langkahkan kaki.
naiklah ke atas gerabak yang sedang bergerak laju itu.
bergeraklah!
bak kata seorang akhawat:
ubah lelah menjadi lillah!!
chayo!!!
No comments:
Post a Comment