Benarlah kata orang, kalau jodoh tidak ke mana, ada rezeki dirahmati Allah, sejauh mana pun kita terpisah, insyaAllah ketemu jua. Hari Sabtu hari itu menjadi hari yang cukup bersejarah buat saya: reunion Syed Putra batch 1982-2007 di One Sport Center Subang (pertama kali saya dapat join reunion alumni sekolah dalam tempoh 6 tahun ni); saya yang pada asalnya hanya mahu turun menonton, alih-alih terpaksa pula turun bermain futsal sekali, cukupkan geng batch 2002. Kelam-kabut ke The Summit membeli kasut dan baju yang sesuai, ye lah, takkan lah nak melawa control ayu pulak dalam
Bila dah lama tak jumpa tu, pelbagai kisah suka-duka yang keluar. Mendengar cerita mereka, timbul perasaan keinsafan di dalam diri, elok juga saya tercampak di bumi Russia, terdedah dengan pelbagai ragam manusia yang cara hidupnya (orang Rusia, negara-negara lain dan juga orang Malaysia sendiri) begitu bebas tanpa kekangan agama dan moral membuat saya selalu bermuhasabah diri, dari situlah terbitnya rasa ingin memperbaiki diri dan mendalami ilmu agama agar dapat jadi pembenteng diri yang paling utuh. Adakalanya alpa juga, tapi syukur alhamdulillah, cahaya-Nya masih bersinar buat saya. Pabila teringat atau tersedar semula, cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Allah itu Maha Kaya dan Maha Penyayang sifat-Nya, asalkan kita benar-benar ikhlas mahu mencari-Nya (dan lepas itu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya), insyaAllah Dia tidak akan menzalimi kita para hamba-Nya ini.
Firman Allah: “dan ingatlah aku di waktu pagi dan petang, niscaya Aku cukupkan masa bagimu di antara keduanya.”
Pertemuan dengan mereka buat saya kembali bersemangat, tidak mahu mensia-siakan masa cuti saya selama 2 bulan lebih ini, lepas balik petang itu, aktiviti saya lebih ligat:
1) melawat adik kesayangan saya Ayu (lagak saya mengalahkan warden buat sport check. Hehe =), habis semua tempat saya jelajahi, dari kantin sehinggalah ke tandas 4th floor. Jumpa kawan-kawan rapat adik saya, duduk di tempat duduknya di dalam kelas dan meneliti buku-bukunya. Tak semena-mena saya kena bawa balik buku Physics dan Chemistry, perlu belajar semula, jadi tutor adik saya dan kawan-kawannya.
2) Mengemas meja adik saya dan mengisytiharkannya jadi hak milik saya sepanjang 2 bulan ini (hehe, that’s the best part). Kat rumah saya ni, ada 4 orang budak kecik , kadang-kala tak menang tangan nak mengemas, terpaksa tunjuk muka garang sikit supaya mereka takkan ganggu ruang belajar saya tu (menyepahkan barang-barang di atas meja). Hehe =p, rasa macam Napoleon Bonaparte pun ada: ruthless dan what I see, is what I conquer. (muahaha).
3) Lebih giat berhubung semula dengan kawan-kawan lama. Kita kenalah rajin menyambungkan semula tali silaturrahim yang adakalanya renggang dimamah waktu. Jangan kedekut sangat masa dan wang anda, dan biarlah kita yang jadi pemulanya, tak perlu tunggu orang lain membuka langkah. Cara saya, peluang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya, kalau tak ada peluang, binalah ia, cari dan wujudkan sendiri. (nasib baik saya ni tak berbakat dalam berniaga, kalau tak mesti jadi businesswoman yang kejam. Hehe) . Biarlah kita jadi macam air yang mengalir di celah-celah batu di gunung, disekat di kiri ia ke kanan, disekat di kanan, ia ke atas batu pula, jangankan di atas batu, ada yang keluar dari batu pun ada! Itulah kuasa Tuhan, setiap ciptaan-Nya ada hikmah-Nya, ia buat kita berfikir dan menginsafi diri, aplikasikan ia ke hidup kita.
4) Keluar beli buku-buku medic dan buku cerita. Saya ni memang tak boleh hidup kalau tak dapat baca sesuatu, sebelum keluar beli buku ni, punyalah restless sampai dapat buku-buku adik yang sekolah rendah tu pun jadilah. Kemudian ulang semula majalah-majalah lama saya. Hehe. Currently reading: the Lost Princess – a double story by George MacDonald, Snake and Ladders – a View of Modern India by Gita Mehta (dari zaman sekolah menengah saya
Apa-apa sekalipun, hargailah masa dan pergunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Dan sekali-sekala, keluarlah dari kepompong hidup anda tu, janganlah asyik dengan dunia sendiri sahaja – keluarlah besarkan horizon hidup anda dan jadikan hidup kita ini lebih bermakna. Dalam mengejar dunia, yang penting akhirat tidak boleh ditinggalkan; dalam mengejar akhirat pula, dunia juga tidak boleh disisihkan. Allah pun suka akan hamba-hamba Nya yang bersungguh-sungguh dalam setiap perkara (benda-benda yang baik dan bermanfaat sahaja), tidak sepatutnya anda menjadi seorang yang sambil lewa buat kerja sedangkan pada masa yang sama anda mengaku anda islam…
7 comments:
bnyknye agenda kak baiz.
saya tak tau nak wat ape tp sbnrnye bnyk mender nak buat.
inilah akibatnye bila takde planning.
ape2pon kak baiz,keep on updating!
sy masih menunggu reunion,tk tau bile diaorg nk buat...
salam perkenalan...
study medic di rusia ek?
anak bos saya di ofis pun study sana... kalau tak silap nama anak perempuan dia shuhaili aau shuhaini... kenal tak?
hmm saya pun sama... kena ada bahan bacaan. kalau tak mesti rasa tak lengkap :)
salam fatt =) sori ler lama sgt tak update. blk msia nih mmg bz, susah nak lekat kat rumah.. hehe.
ic... baru ni kakak kmbar dia kawin :)
mak dia ketua unit ofis i...
to artsoul >>>> salam perkenalan juga =)
to faisaladmar >>>> hi. salam perkenalan juga. n yes, i know her. shuhaili to be exact. but she's not in moscow. nway, mmg best ker who moved my cheese tuh?? hari tuh sy nampak org bc buku tuh kat MPH.. nnt kalau awak rajin, bgtau ler sy buku2 lain yg best2.. apa2 genre pun takpa. i'll read it ^_@
eh, cepatnyer awak bls faisal. mmg ol ker? hehe. ker smbl kerja smbl ol??? haaaaa... kantoi dh
Post a Comment