19 June 2008

hari yang ditunggu-tunggu



alhamdulillah, dapat peluang menulis lagi dalam blog ini. Disebabkan lama sangat berhenti menulis (2 minggu berehat kerana final xm), terasa tumpul sekejap jiwa penulis nih. (hehe)

personally, saya tak berapa suka sangat akan musim xm nih; bukan kerana saya tak suka perasaan kepada perlunya belajar atau perasaan gelisahnya nak pergi menjawab final xm tu, tapi lebih kepada perasaan sedih dan benci saya kepada kesibukan musim xm yang menyebabkan kita terlupa sejenak kepada perkara2 yang tidak sepatutnya kita lupa:

  1. kekal beribadat dan beramal kerana Allah; amal yang ada perlulah meningkat dari masa ke semasa, serta terasa manisnya ibadah di tikar sejadah itu... T_T
  2. hubungan ukhuwah dengan sahabat sekeliling yang dekat mahupun yang jauh. Ukhuwah yang manis dan diserikan rasa rindu, yang bersamanya terpamer rasa kasih dan sayang kita pada si sahabat, rasa mengambil berat dan mengambil tahu.
  3. penjagaan diri sebaiknya. (soal makan, exercise, tidur yang cukup).
  4. kebergantungan kita pada Allah dan percayanya kita pada qada' dan qadar. Kita perlu percaya bahawa apa yang kita dapat adalah telah ditentukan, itulah rezeki kita dan itulah apa yang Allah nak berikan kepada kita; tapi itu tidak bermaksud kita boleh menyerah begitu sahaja- masih perlu berusaha sedaya-upaya, berdoa dan bertawakal. Proses kita berusaha itulah yang akan menguatkan diri dan hati kita dalam menempuh apa jua ujian yang mendatang andai ia dilandaskan kepada yang hak.
  5. hidup kita sebagai pelajar/pekerja tidaklah tertakluk kepada belajar/kerja semata. Alangkah sedihnya segala potensi yang ada pada diri seseorang manusia itu terkubur begitu sahaja kerana terlalu 'fokus' pada sesuatu yang sebenarnya tidaklah memberi manfaat sangat kepadanya. Ilmu pengetahuan tentang kehidupan dan dunia semasa penting, tapi ilmu yang mendekatkan diri kita kepada-Nya adalah lebih penting. (betul tak?) Hidup di dunia ini bagaikan merantau di padang pasir yang luas. Kadang-kala bernasib baik ketemu air penghilang dahaga, atau manusia lain peneman dan penenang jiwa, kadang-kala hanya fatamorgana yang mengaburi pandangan mata....

ada satu pepatah ni: leadership and knowledge is indispensable. tapi pada saya, yang sebetulnya: islam and knowledge IS indispensable. (islam dan ilmu pengetahuan tidak boleh dipisahkan).

dengan adanya ilmu, barulah kita sedar akan kewujudan Pencipta yang Agung, barulah kita takut kepada-Nya, takut yang membawa kita kepada membersihkan jiwa sebersih-bersihnya, menjaga diri dari maksiat yang tersembunyi mahupun nampak.

saya suka satu ungkapan dari para sahabat, Muad'z namanya:
" belajarlah ilmu pengetahuan, sebab belajarnya itu adalah kerana Allah, itu merupakan tanda taqwa kepada-Nya; mencarinya (ilmu) merupakan ibadat, menelaahnya sebagai bertasbih (memahasucikan Tuhan), meyelidiknya sebagai jihad; mengajarkannya kepada yang belum tahu adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya (org yg sudah tahu, utk diperingatkan semula) adalah kebaktian."

01 June 2008

do you realise this?



the world is now officially in doom: due to human's fault of course!


1) food crisis almost everywhere you turn your head to.

Prices of rice keep piling up --> the result? In Malaysia, Agricultural Minister are forced to stick different kind of color to different kind of price controlled rice and imported rice.

In South Africa, violence erupted like hot volcano, killing 62 people so far, injuring 670 people and forced around 50 000 foreigners (Zimbabweans and Mozambicans) to leave for their own safety... since the attacks are focusing specially on them; it was said that the reason behind all this is the heavy competition against housing and jobs added by soaring prices of food and fuel substances.


2) 30% of world's coral reef are severely threatened with 15% of them are already lost over the last decade. Of course, you can say that this is just figures, but hey- they speak as loud as actions man! how much prove do you need?

our action: still on the 1st baby step- conducting coral reef survey all around the world to estimate the real damage to them.

The clue? the death of the sea living especially the shrimp nearby them, and increasing level of urchins surrounding them.


3) too many natural disaster all around the world.

I just cant keep up with them. The most famous: earth quake in China- they still suffered the after-quake and now while still battling with the 'quake lake', they are facing with major health crisis due to lack of food, clean water, warm blanket and all the necessary substances needed for catastrophe survivors.

Taufan Narqis in Myanmar. Where are the military when the people needs them the most? T_T

Earth quake with lesser scale and damage compared to China: in Indonesia, Columbia, Filipina.

The latest: tropical storm Arthur near Belize, Mexico. From what i know, no one dead yet. Thank God.


4) womans in Malaysia are called to carry condom and used them for protection!

Sadly to say, the statistics showing 3 people in Malaysia died due to AIDS each day (last year's studies)- talk about drop dead shocked!! Most of the woman infected are the sex workers (this is no wonder) AND the housewife which get the HIV infection from their drug-addicts-good for nothing-husband.

according to ethnicity:

1st place - Malays: around 58 ooo (mostly are drug users)
2nd place - Chinese: 12 000
3rd place - Indians: 7 000
4th place - foreigners: 3 000


.......

we need solutions... ASAP!!
T_T


...

petua muslim student terbaik

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di mana-mana sahaja anda belajar?

Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:


1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.


2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.


3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.


4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.


6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”


7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.


Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]


**sharing daripada http://msmwestmidlands.wordpress.com/2008/05/13/80/

bila tok pujangga bermadah...


Berdayung sampan biar sampai ke muara

Mengatur langkah jangan sampai kaki terluka

Menabur budi biar datang dari jiwa

Menabur janji janganlah di bibir sahaja


Ingat pada pesan: tutur kata hendaklah dijaga

Pesan ibunda kekal jadi junjungan

Menjadi bekal anak muda di rantauan

Menjadi tanda ukur nilai peradaban


Tanya pada diri: mana letak budi?

Tanya pada akal: apa yang dibekal?

Tanya pada hati: sudahkah terisi?

Ingat pada janji: jangan dimungkiri


Dihujani emas bertahun di negeri orang

Tidak kan seperti hujan batu di halaman

Bumi yang dipijak bak hamparan luas terbentang

Langit dijunjungi meneduhi alam tidak bertepi


Jatuh dipauti tika jalan dipimpini

Budi pekerti menghias susila diri

Panas berteduh

Gelap kan bersuluh kasih sayang

Dari insan kepada insan

Limpahan rahmat Dia yang Satu


Berbudi mulia pada semua

Saling bermaafan dan berbaik sangka

Suburkan sayang dalam senyuman

Semaikan erti hidup pada memberi

Terpaut terpatri tersemat di sanubari

Itulah hiasan diri.