Maaf kerana tak dapat nak update blog ni selalu, ada banyak benda lain di sekeliling saya yang lebih memerlukan perhatian, masa dan tenaga saya. Kadang2 sampai tak menang tangan dibuatnya. Buat masa ini, saya sedang memikirkan sejauh mana kepentingan saya ‘wujud’ dalam dunia bloggers ni, sebesar mana manfaatnya kepada saya dan kepada pembaca yang sudi singgah bertandang di laman orangepheonix ni. Saya tak mahu lah jadi syok sendiri, kalau setakat nak menulis luahan hati dan kisah hidup semata, pada saya cukuplah sekadar untuk diri sendiri dan Dia sahaja, I hope and I want my life to be bigger than that.
Cara saya, saya tak suka kepada sesuatu yang tidak produktif, sekadar cakap kosong bagaikan melepas batuk di tangga, apatah lagi kerja yang tidak tahu sebab musabab dan hala tujunya. Bukanlah maksudnya kita semua ni perlu over-thinking dalam semua perkara, cuma biarlah apa yang kita buat itu bermakna dan memberi sekurang-kurangnya sedikit sumbangan kepada sekeliling kita (orang, binatang, alam sekitar, etc). Saya suka satu pepatah ni: kalau tak mampu menjadi garam yang mengasinkan ikan untuk menjaga kegunaannya, janganlah kita menjadi lalat yang menghurungnya. Pada saya, semua orang di muka bumi Allah ni ada potensi besar dalam dirinya, semua orang mampu untuk jadi Extra-Ordinary Person, yang tinggal hanyalah utilize betul2 kehebatan dan bakat masing2. Kalau kita boleh berjalan dan berlari untuk ke destinasi impian, kenapa kita perlu merangkak ke sana?
Dalam kekalutan hidup saya sekarang (kalut sedikit tapi tidak serabut), saya sempat mencari dan mendengar beberapa lagu dari penyanyi Indonesia yang sangat meninggalkan kesan di hati saya. SurgaMu dan Andai Ku Tahu nyanyian Ungu. Kalau ada masa, cubalah dengar betul2 lagu2 tu, dengar yang tersurat dan tersirat ok? Hayati liriknya dan perasaan penulis/penyanyi lagu tu.
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan, tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikat Munkar kan menjemputku
Izinkan aku megucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat padaMu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat padaMu…
#Sekadar untuk renungan : berdasarkan apa yang saya perhatikan sehari-hari (I’m a bit observant when it comes to a person’s personality), semua orang mahukan kepada kebaikan, apa yang berbeza adalah definisi kebaikan yang mereka cari, tahap seseorang itu mencari kebaikan dan tahap seseorang itu menghargai kebaikan yang dimilikinya. Pada sayalah, yang paling critical sekali adalah sejauh mana orang itu berusaha mencari kebaikan dan kebahagiaan yang dia mahukan. Ye lah, takkan lah nak tunggu orang lain datang suap ajer kan?? Kita kenalah berusaha dulu, kalau tak mencari, takkan berjumpa; tak berjumpa, tak kenal; tak kenal, tak cinta; tak cinta tak merasalah nikmatnya. Betul tak? Haa.. kalau step yang dari awal tu pun tak terbuat, janganlah nak marahkan orang lain kalau kita tak jumpa apa yang dicari atau tidak merasa apa yang diinginkan… setiap kesusahan dan kesulitan yang dilalui seseorang untuk mengecapi nikmat kebahagiaan yang hakiki adalah CRUCIAL (PENTING) untuk pembentukan peribadi dan penghayatan seseorang itu. Jadi, janganlah takutkan susah!! The biggest enemy someone can have is himself. Therefore, do not run from your fear so that you can face your ‘enemy’.