15 February 2008

kerana britney..

Sayu hati saya mendengar lagu Piece of Me by Britney Spears..(inilah sumber ilham saya nak berpantun malam ni.. nampak cam tak der kena-mengena langsung kan Britney ngn pantun?? Hehe) saya cuba membayangkan apalah nasib gadis malang itu; pada asalnya saya tak kisah sangat dengan kisah2 artis Hollywood ni, tapi lepas terbaca kisah Heath Ledger mati disebabkan overdose 6 different insomniac drug, rasa kasihan pulak bila saya baca kisah Britney yang semakin tunggang-langgang hidupnya. Tak mustahil suatu hari nanti kita dapat baca kisah Britney pula yang mati due to alcoholic or drug abuse..

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah artis2 Hollywood ni. Harga kekayaan dan kemasyhuran mereka tu terlalu mahal – dibayar dengan hidup mereka sendiri. Pada saya, hidup mereka yang terlalu shallow dan mementingkan dunia itulah yang menjadi ibu kepada segala permasalahan mereka. Mereka tidak ada struktur kekeluargaan yang kukuh dan stabil untuk jadi tempat mengadu dan memulihkan semangat; kalau pun mereka percaya pada Tuhan, berapa sangatlah peratusan kebergantungan mereka pada Tuhan mereka tu?? Jiwa sendiri terasa sesak terisi dengan perkara2 yang tidak sepatutnya, malah acapkali terasa kosong dan sunyi keseorangan biarpun berada di tengah2 lautan manusia... NAKKAH ANDA JADI BEGINI???

Saya harap jawapannya TAK NAK ^_^ >> buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Saya nak selit berpantun sekejap..baca yek?

Manis wajah tuan puteri

Duduk bermain di pohon delima

Debu noda palitan diri

Rambu jalanan pembenteng sukma


Sua jejaka hati bertaut

Bunga larangan sirna terpilih

Selangkah mendekat makin terpaut

Tidak bertepi lautan kasih


Silat pembuka si ala canggung

Salam bicara dikilas tega

Rajuk hati bisa ditanggung

Rantaian tangis terjurai lega


Belahan rotan cincin suasa

Ijab disambut tangisan sendu

Bersua temu setiap masa

Al-furqan pengubat rindu


Bajaan cinta seteguh jati

Harapan menjulang tinggi meredup

Tenang jiwa bersinar hati

Gemilang Nur penerang hidup.


Pantun di atas ada 2 kisah actually :

  1. Pembayang pantun mengisahkan seorang pemuda yang jatuh hati pada puteri raja.. kisah bagaimana pemuda ini memulakan langkah untuk berbicara dengan tuan puteri tu tapi terasa serba tak kena caranya, akhirnya dia memilih untuk bernikah dengan tuan puteri tu berdasarkan kemampuannya (cincin suasa belah rotan jer yg dia mampu..). namun kerana niatnya baik dan caranya betul, maka alhamdulillah bahagialah ‘masjid’ yang mereka bina tuh..
  2. maksud pantun pulak mengisahkan hubungan manusia yang ideal dengan penciptanya iaitu Allah yang satu. Tak ada siapa yang perfect ataupun baik seperti malaikat.. biarpun berdosa, Allah akan mengampunkan kita jika kita sungguh2 meminta keampunan-Nya dan kita berusaha mendekatkan diri kita kepada-Nya. Dengan- Nya, kita nak jumpa bila2 masa pun boleh, nak mengadu apa2 pun boleh, nak minta tolong pun ditanggung beres. Allah available 24-7 untuk hamba-Nya yang ikhlas mencari dan mengharapkan-Nya. Surat cinta yang panjang dan indah bahasa serta iramanya pun ada ditinggalkan untuk kita >>>> kitab al-Quranul Karim.. dengan cahaya petunjuk-Nya, insyaAllah selamatlah dan berbahagialah kita di dunia dan di akhirat.. amin.

AMBILLAH PENGAJARAN DARI APA YANG BERLAKU DI SEKELILING KITA. JANGAN BIARKAN DIRI ANDA HANYUT BERSAMA KESERONOKAN DUNIA SEMATA. BILA-BILA MASA SAHAJA NYAWA KITA BOLEH TERHENTI…

2 comments:

fattnieniey said...

hey yaa!
tak tau nape,tp time kak baiz tggl comment tu,baru ok balik internet. i guess u're our lucky star!

yer,sangt kasihankan britney,malahan adiknye juge ter-mengandung. sudah jatuh ditimpa tangga buat keluarga spears. saya kasihankan kisah hidup die yg dijaja-jaja cam cempedak goreng (saye suke cempedak lagi :P). mmg hangat sbb saye pon suke bace.nak wat canne,kate mamarazi,mesti taula cite2 hangat hollywood.

tapi buat paparazi2 skalian,tak yah laa nak amik gmbar britney kat toilet ke,kat grocery store ke,kesian tgk.

ok,tuh je. (jer?)

p/s: sorry,ter-emo la plak. padahal mmg x ske britney pon,hahaha.

Anonymous said...

hehehe... lain kali ada prob ngn internet mesej kita lagi lah.. mn tau 2nd time i'm still lucky!! =D
tulah.. kita pun kesian kat britney.. tapi kalau dia takleh pull over prob dia kali nih..mmg she's gone for sure.
mhl harga nak jd femes nih..