30 April 2009

knowledge is power!!

sudah lama rasanya saya tidak mengasah seni berpantun
habis ilmu dilupakan begitu sahaja
bukan tidak mahu berkongsi bakat
cuma saya segan mahu melenggokkan suara persis pemantun setia
kadang-kala bahasa terlalu 'bajet' indah
apapun saya takut akan tiga perkara ini:
sebu telinga, takpun maksud tak sampai
dan lebih teruk lagi orang terpikat!!
tak pasal-pasal pula menambah dosa.

apa yang saya nak tekankan di sini:

tidak salah belajar pelbagai perkara
ilmu dunia semuanya pun milik Allah
alangkah baiknya kalau apa yang kita pelajari itu
kita gunakan pada tempat dan maksud yang baik.
biarlah hidup ilmu itu.
biarlah ia jadi jambatan pahala untuk kita di liang lahad nanti.

suburkan jiwa yang bersifat ingin tahu.
sentiasa ingin belajar dan memajukan diri sendiri.

jangan jadi seorang muslim yang hanya belajar
setakat mendapat lulus mahupun cemerlang di peperiksaan.
hidup kita lebih besar dari itu.
pemikiran perlu jauh melangkaui zaman.
cita-cita perlu setinggi langit. lebih dari itu pun tak mengapa.
jangan sekadar melukis angan-angan tidak bertepi.
terjemahkan hasrat yang baik kepada amal.
^_^


saya nak memetik beberapa pantun melayu yang telah dilagukan (saya rasa hampir semua orang pun tahu nih lagu siapa kan??) sejarah bangsa melayu: sejarah sang pengembara lautan, peneroka hutan belantara dan pemilik jiwa seekor singa. sayang sekarang macam dah jadi anak kijang saja. lemah-lembik-dan layu. tapi bukan semuanya begitu. alhamdulillah.


#1 (jangan jadi macam nih: hidup segan mati tak mahu. semuanya atas dasar kasih yang tidak sudah-sudah!!)

awan bergulung di hari senja
nampak berbalam biru warnanya
tuan di gunung hamba di paya
dalam jambangan temu ingin bersama

terbang serindit dengan kedidi
singgah di rumpun kayu
kasih menitip tuan basah tak jadi
walau bertahun menanggung rindu


#2 (haa.. yang nih bagus. kalau nak pilih pasangan, pilih yang bagus agamanya dulu!!)

kalau menjerat burung kedidi
janganlah senja baru ke taman
kalau memikat idaman hati
janganlah rupa jadi taruhan

kita berbudi orang merasa
biar sedikit dibawa mati
kalau rupa taruhan jiwa
pudar sedikit berpaling hati

kalau ingin berkasih
harus bijak memilih
kalau teguh bercinta
bijak pilih permata
hidup bahagia sepanjang masa


#3 ( yang nih pun sama macam no.1 tadi.. inilah pantun melayu. gurindam jiwa bercinta kemain banyak. tapi betullah jugak apa yang cuba disampaikan tuh.. never let love get over your head!!)

daun senduduk daunlah mengkudu
asamlah pauh dipetik orang
jangan diikut hati yang rindu
orang yang jauh kasih tak kurang

pohon berimbang di ataslah gunung
tumbuh di bawah pohon meranti
janganlah hidup berulam jantung
menunggu dia bersama mati


24 April 2009

sedar dengan erti kehilangan



Sudah terhantuk baru terngadah. Manusia macam ni lah sifatnya. Saya pun tidak terkecuali. Alhamdulillah, sayang Al-Khaliq itu masih ada buat saya (terima kasih Ya Allah). Sekolam air mata yang tertumpah minggu lalu tidak sekadar menjadi pembasah pipi semata. Musim kemarau hebat 'padang' hati saya nampaknya sudah sampai kepenghujungnya. Hujan rahmat telah turun membasahi hati yang gersang ini. T_T. Di mana silapnya yang menyebabkan kegersangan itu timbul??

Tak perlu pergi jauh-jauh mencari jawapan. Tepuk dada tanyalah jiwa. Letak punca segala masalah itu datang dari kita jua. Tanpa terasa, kita begitu boros dengan waktu usia. Tanpa terasa, kita kian jauh dari keteladanan Rasulullah dan para sahabat. Tanpa terasa, perlahan-lahan kita jadi asing begitu asing dengan islam. Tanpa terasa, kita tidak lagi dekat dengan Allah s.w.t. (huhu T_T. ampunkan daku Ya Allah). Kala lidah, mata, telinga dan hati telah kita bungkuskan dengan maksiat dan dosa yang tidak putus-putusnya, manakan mungkin hati bisa tersentuh dengan ayat2-Nya, manakan mungkin pentarbiahan kita dengan Allah bisa menjadi??


Maha benar Allah dalam firman-Nya:
" Dan janganlah kamu seperti orang2 yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang fasik."
{al-Hasyr : 19}


Di sinilah datangnya peranan sahabat2 seperjuangan. Kasih-sayang yang Allah tanamkan dalam hati mereka yang ikhlas mencintai-Nya. Tautan kasih yang sering kali kita ulang2kan dalam doa kita. Terima kasih duhai sahabat kerana mengingatkan diriku di kala aku alpa. Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi obor menerangkan kelam malamku. Terima kasih kerana masih tega menyayangiku. ^_^ (sori yer.. jadi puitis plak tetiba. tapi sungguh nih, jazakillah ya ukhti!!).




Selamat datang pagi!
Lihatlah pada siang ini...
kerana di sinilah kehidupanku

hidupnya kehidupanku.

Pada masa singkat inilah

ku temui berbagai hakikat keberadaanku =D

Inilah saat meraih nikm
at
saat meraih cahaya kemenangan

Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok adalah suatu fantasi

mengapa perlu murung be
rpanjangan?
mengapa perlu risau berserabutan?
Hari ini jika kau jalani ia sebaik mungkin...

bisa menjadikan hari s
emalam
sebuah mimpi yang indah

dan esok sebagai wujudnya harapan.

Maka duhai sahabat..
Bergeraklah!!

Lihatlah sesuatu yang baik pada detik dan ketika ini.

Sedarlah yang dikau ini bertuah
kerana masih merasa nikmat dari-Nya.

Maka wahai sahabat..

Bergeraklah!!

Inilah erti kesyukuran terbaik dirimu pada Tuhanmu.
^_^




tanpa Mu ... T_T

tanpa kasih-Mu aku hampa
tanpa-Mu aku mati

kini benar-benar ku rasakan
dalam benuk hatiku tanpa-Mu
Ku tak mengerti
takut...
takut jauh dari-Mu
kan Kau tinggalkan aku sendiri.. T_T
tanpaMu aku mati




Resah yang ku ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa Engkau aku tak mengerti
meski pagi itu menatapi
akan sunyi tanpa-Mu menemani
di setiap langkahku
aku sepi

tanpa
cinta-MU aku resah
...

ps: mode sedih
sedang berusaha bangkit kembali!!