kali ini saya diuji lagi.
sudah genap 5 hari Allah tarik balik nikmat suara dari saya.. T_T.
Tak teruk mana pun tahap kesakitan yang saya tanggung berbanding sakit kulit yang dideritai Nabi Ayub.
Setakat batuk-batuk, demam sikit dan hilang suara je pun.
Berbagai jenis ubat saya cuba, tapi suara saya semakin teruk. Dari ala-ala Rani mukherjee ke ala-ala mak nyah hinggalah ke katak puru dan akhirnya tidak keluar langsung... huhu.
Dengan suara yang hampir tidak keluar itulah, saya terpaksa juga buat oncall active di hari Sabtu yang sibuk. Mujur ada juga teman dan staff-staff seperjuangan yang baik. Mereka memahami dan biarpun masing-masing sibuk, ada kekangan sendiri, mereka masih datang membantu setakat yang terdaya.
Oncall active di district hospital: anda umpama panglima perang di padang pasir yang gersang, mengempalai sekumpulan tentera kecil yang lemah menghadapi segerombolan askar yang bilangannya 2-3 kali anda dan lengkap dengan segala macam helah yang boleh 'membunuh' anda bila-bila masa saja. Anda perlu bijak mengendalikan suasana yang semestinya kelam lagi kabut, dan tangkas bertindak biarpun anda jua keletihan dan kelesuan, serta dalam situasi yang serba tidak mencukupi. TIDAK ADA ALASAN UNTUK ANDA BEREHAT. Jika komander perang terkorban, agak-agak apa jadi pada anak-anak buahnya??
Alangkah bahagianya jika ditakdirkan pasangan oncall anda memahami keadaan anda dan dia sebagai orang kanan anda, cuba untuk memastikan perjalanan batalion anda terancang rapi dan bijak mengendalikan apa jua masalah lain yang dilontarkan padanya.. Well, life's not that good. I'm sick, cant even utter a word even to the staff let alone clerking endless patients and referring countless number of cases through the phone ALL DAY, and he still wont help me even though i'm sincerely asking him for help (more than 2 times). thanks to him, i have to bother quite a few people including boss.
Allah itu Maha Besar dan Maha Luas Nikmat dan rahmat-Nya. Through this incident, i've gain more experience equipping me for life. NOW I KNOW WHO'S FRIEND AND WHO'S NOT.
Dalam juga marahnya saya pada dia. Bila balik rumah abang, kebetulan saya baca satu majalah ni: ayatnya ringkas saja:
"Anda sedang menyimpan kemarahan pada seseorang? berilah kemaafan padanya. Anda akan lebih bahagia dan lega kerananya. Memberi maaf itu adalah ubat yang paling berkesan untuk merawat hati yang sedang sakit. tak kira bagaimana teruk pun keadaan yang kita alami, berilah kemaafan kerana ia mampu menjadi ubat percuma yang sangan besar kesannya.. "
Kata diri tu umat nabi Muhammad s.a.w. Kena uji sikit saja dah melatah.
Betapa banyak nabi yang berperang didampingi sjumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah (kepada musuh). DAN ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SABAR.
saya percaya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Apa jua yang dia lakukan (dan mereka-mereka yang membantu menyenangkan proses dia 'lari' dari tanggung-jawabnya), itu urusan dia dengan Allah. Bagi pihak saya, yang penting biarlah apa jua kerja yang dipertanggung-jwabkan Allah pada saya, saya dapat lakukan jauh lebih baik dari yang dipinta.
My motto:
I COME, I SEE, I IMPROVE.
THE WORLD SHOULD BE BETTER AFTER I'M IN IT.
I'M NOT DOING MY WORK BECAUSE I HAVE TO WORK.
I'M DOING IT BECAUSE I'M LOVING IT.
17 September 2012
04 September 2012
selamat tinggal dunia...
petang semalam saya menerima perkhabaran yang sedih. 7 junior saya kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik ke bumi Nizhny Novgorod: 2 orang ditakdirkan Allah sampai ajalnya, dan 3 lagi parah.. Innalillah.. saat begini, terasa pendek benar umur kita di dunia ni.. sekelip mata sahaja Allah boleh tarik balik nyawa kita yang sememangnya telah Dia berikan pinjaman sementara sahaja untuk kita. Moga Allah cucuri rahmat atas mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. (hadiahkan al-fatihah dan doa untuk mereka).
Saya masih sedih mengenangkan kehilangan 3 orang hamba Allah yang cemerlang kemanusiaannya sewaktu oncall saya 30hb Ogos yang lepas.. 2 daripadanya saya ikut sekali menghantar sampai ke liang lahad.. ikut sekali solat jenazah dan tahlilnya.(ditanam bersebelahan di perkuburan islam Kuala Kubu Bharu). lemah lutut masa itu.insaf sangat-sangat. terasa kerdil sungguh diri kita ni. masa berseorangan di dalam kubur itu nanti, barulah sedar betapa 'hebatnya' kita ini. Sudah banyak ayat-ayat Allah yang menceritakan bagaimana manusia nanti merayu-rayu minta dipulangkan semula ke dunia..katanya mahu beramal, mahu beriman, mahu manfaatkan usia hidup sebaik-baiknya. . Memang Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Melindungi.. tapi jangan lupa Allah juga Maha Mengetahui dan Maha Keras azabnya. Cukupkah amalan kita jadi pelindung dan penerang kita di kubur nanti?? Adakah waris yang ditinggalkan cukup setia menghantar doa dan amalan buat kita nanti?? Nauzubillah... seram sejuk bila difikir-fikirkan..
Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tanganNya.
Allah bekalkan kita dengan al-quran, hadis, as-sunnah.
Tajamkan akal, cerahkan minda, terangkan hati, buka mata dan telinga kita.
Maut pasti akan menjemput kita kembali menghadap Sang Pencipta.
Bezanya antara kita cuma lambat atau cepat saja...
tepuk dada tanya selera
masing-masing sudah terikat kuat janji dengan Allah sejak azali lagi
tinggal usaha saja lagi.
Ayuh!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)