22 December 2009

this is my stand!!

Hari ini menyaksikan specialist and MO ortho Taiping lebih 'ganas' dari biasa. Umpama ada angin taufan yang melanda.. semua orang asyik nak meradang, marah-marah dan mencari kesalahan orang lain terutamanya kami 'the so called mere pawn' or ikan bilis di dalam lautan dalam yang penuh dengan pemangsa-pemangsa ganas menanti masa saja untuk membaham si mangsa yang lemah tidak berdaya.

And as usual, we heard the famous quote.
"What are you guys waiting for? Prayers? God will not come to save you.."
Empty threat coming from an empty heart who always boasting with an empty pride.
And it broke my heart even more when there's a few of my friend who later said: "..in this kind of environment, how come you still believe in God?.."
Terasa seolah-olah kembali sejenak ke tanah Rusia ketika saya masih lagi beroommatekan seorang wanita dari Ghana. Teringat kepayahan cuba mempertahankan sekelumit iman di dalam dada dan bermujahadah untuk terus bersabar dan bersabar. (di ortho sekarang, cuma ada 4 saja Melayu dan Islam, 2 HO dan 2 MO. staff pun ramai yang non-muslim. Kalau tidak ada diri sendiri yang sentiasa mengingatkan diri (dengan kekuatan yang datang dari Allah yang Esa, maka hanyutlah anda dengan kerja-kerja yang takkan putus2 habisnya itu..)

Di ketika telinga saya sering disogokkan dengan ayat2 yang meruntuhkan iman dan semangat, hanya hati kecil inilah yang mampu menjawab dan melawan kembali. Teguh menyatakan TIDAK!! God is always here with me. He sees me, He heard my prayers and He always there for me ALL THE TIME!! And He knows what best for me. Jalan yang Allah hamparkan untuk kita itu sentiasa cantik, sarat dengan hikmah yang mendalam. Jiwa perlu besar dan kaya. Hati perlu syukur dan sabar. Minda perlu sentiasa muhasabah dan beringat.

DARIPADA TAKUTKAN SI HAMBA YANG SENTIASA MERASAKAN DIRINYA HEBAT, LEBIH BAIK KITA TAKUT PADA SANG PENCIPTA YANG MEMANG TELAH TERNYATA HEBAT.

" Katakanlah, dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." {Yunus: 58}

Perit rasa hati memikirkan di bumi negara islam ini, masih ada ruang-ruang hati yang tidak tersentuh dengan cahaya-Nya apatah lagi melihatkan mereka yang begitu bongkak mendabik dada dengan kehebatan ilmu yang apalah sangat hebatnya dibandingkan apa yang Allah miliki. Rasa lebih sedih memikirkan diri kerdil ini yang tidak mampu mengubah arus 'hitam' yang sedang melanda ortho sekarang. (buat masa sekarang, hanya mampu mengepung diri dan berkongsi 'aura' jiwa seorang muslim sahaja - tak cepat mengalah dan tak terjejas dengan ugutan-ugutan mereka yang tidak takutkan Tuhan ini..)

Doakan saya kekal tsabat dan bukan hanya setakat mengepung diri semata.. Sekejap lagi, nak keluar berjumpa usrati baru =) alhamdulillah, tercapai juga hasrat.. berliku-liku jalan nakkan usrah di hospital ni.. lebih susah mengalahkan nak jadi PM Malaysia.. hehe. Nak benda baik dan berharga kan.. sebab tu lah susah. No pain, no gain.
Right??

K lah, hingga jumpa lagi. Sekadar melahirkan kekecewaan atas apa yang berlaku di 'dunia' kecil ortho. itu sahaja. Doakan saya lagi sekali.
aminnnn.. ^_^

2 comments:

mawaddah said...

salam k baiz yg dikasihi krn Allah,

masyaAllah besarnya dugaan k baiz..krn Allah itu maha mengetahui..Dia tahu k baiz mampu menghadapinya maka Dia cmpkkan k baiz di "pulau" yg gersang & tandus (dr chy keimnn)itu..

krn manusia itu di uji setaraf dgn thp keimanannya..shbt2 Nabi,salafus soleh,tabi'in,tabi'in2 diuji lg hebat krn setanding dgn keimnn mrk yg sgt lah outstanding=)..

alhmdllh gembira k baiz da bjmpe 'usrah' di taiping..smga Allah anugerahkan at-thabat pd ukhty yea?(~_*)

menakutkan sy dgr cerita k baiz..

tergelak kecil dgr cerita wanita Ghana~

ukhty,kuatlah krn sesungguhnya k baiz penguat kami disini=)=)=)

~Суара Табир~ said...

salam wbt...
kak baiz...mesti kuat ye...
yup, no pain, no gain^__^

biarlah ape orng nak kate...
cukuplah...
Allah tempat kita berdoa,
ckuplah...
Allah tempat kita sembah,
cukuplah...
Allah tempat kita minta perlindungan....

^__^