22 October 2009

Dia wujud untuk kita bersujud

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. guess what??? Gaji pertama saya dah masuk!! Alhamdulillah.. =) walaupun tak patut gembira kerana duit (duit kan sifatnya sementara saja..), saya tetap bersyukur, detik ini sampai akhirnya. (hehe) Macam tak percaya, dah cukup sebulan saya dapat bertahan di hospital. (harapnya kekal bertahan hingga ke hujung dengan jayanya.. insyaAllah)

2 orang lagi kawan sekerja saya tumbang menyerah kalah dengan 'pressure' melampau. Saya pun tak tahu di mana silapnya mereka jadi begitu (walaupun adakalanya saya pun ada fikiran2 negatif begitu.. hehe). Memang sejak jadi doktor ni, cuma satu saja yang selalu saya terfikir dan diingatkan berulang kali... PERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH PERLU >100%.




Adakalanya, dengan urusan yang mudah-mudah saja (contohnya pasang brenula), Allah dah nampakkan betapa kita manusia ni mudah leka dan alpa. Bila dalam hati terdetik rasa hebat ataupun terlupa sejenak siapa pemilik mutlak manusia dan segala isi dalamnya.. haa.. mulalah jadi macam-macam benda. (itu untuk sayalah, saya tak tahu yang lain macam mana..)

Di kala sedih dan rasa sunyi mencengkam bilik, bacaan surah Ar-Rahman dari laptop jadi peneman dan penenang diri. (perlu selalu ingatkan diri.. nikmat mana lagi yang Allah beri yang kau nak dustakan???) Kata seorang mak cik yang jadi extension dan charger tetap iman saya (memandangkan waktu kerja yang sibuk sangat dan tak menentu, terpaksa ubah kepada usrah on phone...pandai2lah nak hidup kan..) inilah detik dan ketikanya Allah mahu didik saya jadi manusia yang lebih tabah dan lebih hebat pergantungannya dengan Dia.. DIA WUJUD UNTUK KITA BERSUJUD. Subhanallah.. betul sungguh kata-kata itu. Bila saya mengadu tentang perihal seorang pakar yang tak habis-habis nak mencari kesalahan saya, katanya adukan pada Allah berikan saya jalan keluar.. sama ada saya dapat bertukar atau pakar itu yang bertukar, ataupun Allah berikan jalan untuk saya terus bertahan dan 'membesar' di bawah jagaan si pakar tadi. Minggu lepas menyaksikan saya macam 'putus asa' sekejap. Lemas mahu mencari jalan keluar yang seolah-olah takkan berjumpa.. namun, sekali lagi Allah datangkan rahmat-Nya untuk saya. Entah macam mana, tiba-tiba pakar tu berkursus dan assesment saya ditunda tarikhnya. Dapatlah bernafas lega sekejap tanpa kehadiran pakar tu.. (hehehehhe).

..."dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.."
{ Muhammad: 31}

Saya selalu katakan pada diri, kalau ujian sekecil ini pun dah tak mampu nak harungi, layak ke nak kata diri mahu menghuni syurga Allah yang kekal abadi?? Takkan lah tempat super 1st class Allah nak bagi kat orang yang lekeh-lekeh kan?? Buat masa ini, saya masih mampu bertahan dan insyaAllah dengan izin-Nya akan terus bertahan.

Kehidupan ini berjalan di atas qada dan qadar yang telah Allah susun dan aturkan dengan secantik-cantiknya untuk kita para hamba-Nya yang lemah. Maka usahlah kita ragu-ragu dengan rencana Allah swt kerana tiada kekasih yang gemar melihat kekasihnya dalam kedaifan, apatah lagi Yang Maha Mencintai dan Maha Melindungi.

Betul kan?

5 comments:

kura kura said...

salam.

doa kami sentiasa bersamamu. :)

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam kakbaiz..
eh2..Dr.Baiz..
hehe..
mnarik la..
jzkk for sharing..
btol and suke..
DIA WUJUD UTK KITE SUJUD=)
so kakbaiz..aja2 fighting!!!
iA moga Allah pmudahakan dan mmberi yg terbaik utk akak..
^___^

Anonymous said...

Salam..

Fellow HO here.. experiencing the same thing..

Thank you for sharing a word of advice.. May Allah bless & keep us all..

Mahirah

aimi said...

kak baiz!
rindu sgt kak baiz!
semoga kak baiz sentiasa bertabah hati :)

aina said...

salam kak baiz..
all d best, gambatte ne!!