Life must go on. Sekarang ni saya sedang giat belajar untuk ujian memandu dan temuduga dengan SPA minggu depan. (doakan saya berjaya ^_^). Cerita pasal memandu, dalam buku KPP tu, acap kali saya jumpa perkataan berhati-hati. Membuatkan saya terfikir tentang pelbagai perkara, melompat-lompat akal ini menyusuri ilmu yang Allah kurniakan pada hamba-Nya.

Dari situlah saya terfikir: Orang yang mengetahui akan kebesaran Tuhannya akan berhati-hati.
Dirinya akan sedar betapa kerdilnya dirinya ini dan betapa lemahnya dirinya jika dibandingkan dengan Sang Pencipta. Maka, mereka yang sedar ini akan SENTIASA BERWASPADA. Berwaspada dengan dosa, maksiat dan zina. Bukan sekadar maksiat perbuatan tetapi juga kepada maksiat hati. Kerana itulah, boleh saja kalau kita simpulkan bahawa nilai seseorang ada pada kadar kedekatannya dengan Allah. Semakin bertambah ilmu dan pengetahuannya, makin bertambahlah kehati-hatiannya.
Cukuplah kita selalu kembali pada-Nya. Berbaik sangka dengan-Nya dan berharap hanya dengan-Nya. Mereka yang berhati-hati ini akan selalu memanfaatkan setiap detik waktunya sebaik mungkin, sebelum ia sudah tidak mungkin lagi dimanfaatkan. Sebelum namanya berpindah menjadi suatu berita yang lalu. Mereka yang berhati-hati ini jelas bahawa dunia ini adalah pasar dagangan. Tidak mungkin kita akan dikatakan berteguh hati, sekiranya kita tidak berupaya mendaki mahupun menongkah arus nan ganas. Tidak mungkin kita dikatakan berlumba-lumba mengejar syurga Allah andai diri tidak bersaing memperoleh kemuliaan. Bagaimana mungkin diri kita mendapatkan kemuliaan al-jannah jika diri masih tidak melepaskan dunia dan segala kesibukannya?? wallahualam. Sama-samalah kita renungkan.
Secebis kata dari tangan hina yang menulis.
Manfaatkan masa hidup kita dan sentiasalah berhati-hati!!
kepada adik-adik yang dok stress ngan nostrification, don't be! All the problems and difficulties are there for us to solve, not for us to hide from. Bertahan semua!!
akhir kata:
pandu cermat jiwa selamat ^_^