09 April 2009

semakin tua??

jangan menangis kerana umurmu semakin menganjak tua.
jangan menangis kerana hadiahmu semakin berkurang dengan bertambahnya umurmu.
jangan menangis kerana dirimu rasa semakin dilupakan.
jangan menangis kerana orang lain mengatakanmu semakin menunjukkan umurmu.
jangan menangis kerana tanggungjawabmu semakin banyak dan semakin berat.


TETAPI.....


menangislah kerana kau tidak mampu berlagak setua umurmu.
menangislah kerana kau masih tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabmu.
menangislah kerana kau masih belum cukup sedar apa perananmu seiring dengan usiamu.
menangislah kerana semakin menginjak petang usiamu, semakin hampir dirimu dengan kematian.
menangislah kerana semakin tua dirimu, semakin kurang upaya fizikalmu menzahirkan syukur pada Penciptamu.
menangislah kerana masa dirimu mengaut pahala semakin berkurang.
menangislah kerana semakin tua dirimu itu, semakin kurang manusia yang berani menegur kesalahan dirimu.




menangislah dikau mengharapkan ampunan tuhanmu!!

No comments: