02 September 2010

biarkan cinta berkata tidak!

Recently, i get to know someone special. Someone whom once you get to know him, i'm very sure you will remember him very well. In my case, he stole a permanent place in my heart. Setiap hari, kalau tak jumpa, mesti rasa tak kena.

Umar Daniel. Orangnya kecil saja. Bermata bulat macam mata ikan, ada lesung pipit di sebelah kanan pipinya.. manis betul. Pandai nak bermanja-manja.. mesti nak kena pegang tangan selalu.

Namanya tak seindah kisah hidupnya.
Born as prem @ 29 weeks, with the size of mineral water bottle, weighing only 960g. Rape case. Mother only 15 years old. Unwanted baby. Born with so many medical problem.. just name it: intraventricular cyst, chronic lung disease secondary to prolonged ventilation, PDA in failure - currently post ligation, Retinopathy of prematurity stage III, GERD.

Sekarang ni, Umar dah umur 4 bulan. Berat pun dah 2.5kg. Dah cam suara orang2 yang rajin pegang dia.. Dah pandai buka mata bila orang panggil namanya. Pandai demand jugak. Susu mesti nak yang suam.. tak boleh sejuk2. Emak sendiri cuma datang tengok dia 2x saja. Itu pun datang hantar pampers, tak pegang pun. Tapi, Allah tu Maha Kaya. Mungkin keluarga dia sendiri tak sayangkan dia, tapi dia ada ramai 'emak' lain. Langsung tak kurang kasih sayang. Sekarang dia dah ada cradle sendiri dalam wad.

Melihat Umar, saya betul2 sedih. Saya berharap sangat dia akan dapat keluarga yang betul2 sayangkan dia, dan besarkan dia jadi pemuda yang bagus. Biar sejarah hitam kisah kelahiran dia jadi penyebab untuk dia lebih berjaya dan lebih dekat dengan Allah. Saya harap sangat2 dia akan jumpa cinta luar biasa~ cinta seperti Nabi NUh, Nabi Lut dan Nabi Ibrahim yang telah berkata tidak kepada cinta2 yang lain kerana CINTANYA mereka pada Allah.





Sayangkan anak tangan-tangankan.
Sayangkan keluarga, muhasabahkan cinta itu.
Rela dan tegalah berkata TIDAK demi cinta.
Marah biarlah kerana Allah.
Biarkan dengan kemarahan itu, makin subur rasa cinta dalam jiwa.
Jangan undur langkah dalam pengamalan syariat, kerna anak-anak nanti akan undur sepuluh langkah lebih ke belakang.
Cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata.
Nah! barulah jadi baitul muslim yang diimpi-impi!

Biarkan cintamu berkata tidak!
Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila...

betul tak??