14 August 2010
RAHSIA KASIH ALLAH
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Amat besar rahmat yang Allah kurniakan pada saya. Menyingkap kisah perjalanan hidup hampir setahun saya bergelar HO di bumi Taiping ni, saya hampir2 rebah dan lemas. Alhamdulillah, pintu kurnia Allah itu Maha Luas buat hamba2Nya yang mencari-Nya. Saya yakin dengan janji2 Allah yang Dia TIDAK AKAN SEKALI-KALI meninggalkan hamba2Nya andai masih ada sekelumit rasa kehambaan dalam diri manusia itu.
Dengan datangnya Ramadahan kali ini, saya cuba sandarkan ia agar jadi batu loncatan kembali ke medan juang dengan langkah lebih gah, lebih bermakna berbanding sebelumnya (harap yang membaca ini pun ada resolusi sebegitu..). Biar jadi bersih dan membersihkan. Moga bersinar terang cahaya hidayah Allah di hati-hati yang malap suram dan gersang tanpa hujanan iman.
Satu-persatu petunjuk Allah datangkan. Tak terhitung agungnya kasih sayang Allah itu. Teringat saya kepada Umi yang akhirnya setelah sekian lama hanya suara jadi galang-ganti, Allah temukan kami. Pada asalnya, saya yang tiba-tiba kena menggantikan kawan saya oncall pada hari Jumaat semalam dah berkeputusan nak melepaskan peluang ikut serta jaulah sisters di rumah Umi di Ipoh (mengenangkan saya takda transportation pergi dan balik dan tambahan pula saya oncall esoknya..). Saya pinta Allah tunjukkan jalan sebaik2nya untuk saya. Pagi Khamis tu, MasyaAllah.. Dia berikan saya petanda yang paling tepat..kena terus ke batang hidung.
Pagi hari bertuah tu, Allah datangkan kami seorang speaker yang lain sikit caranya mengendalikan majlis. Kami diberikan secebis kertas kecil dan diminta menyenaraikan 3 benda yang dirasakan perlu dan dengan adanya benda itu, semua orang jadi lebih semangat nak datang kerja dan Hosp Taiping ni pun jadi tempat yang lebih menggembirakan. Selepas tu, katanya, apa yang kami tulis tu, itulah sebenarnya satu-satunya benda yang diri masing2 sangat2 perlukan sekarang + itulah satu2 nya benda yang kita benar2 ambil berat lebih dari yang lain, dan tanpanya kita tak dapat hidup dengan gembira. Katanya lagi, itulah bendanya yang susah untuk kami dapat dan rasakan nikmatnya.. dia kata kalau kami BETUL2 NAKKAN benda tu, kamilah yang kena CARI PELUANG mewujudkannya... HUhu.. T_T.. saya tulis satu benda je: saya nak ada 'spiritual meeting' sekurang-kurangnya sekali seminggu, lebih kerap lebih bagus.
Nah!! Dah ada peluang Allah bagi, apalah sangat jarak Taiping-Ipoh tu. Saya nekad, pergi je dulu, insyaAllah Dia akan tolong saya balik ke Taiping dengan selamat (saya plan nak balik dengan teksi je tengah malam tu). Dan Alhamdulillah, saya selamat sampai semula ke Taiping pukul 5.40 pagi Jumaat tu dan masuk kerja macam biasa pukul 6.30pagi.. suprisingly, saya tak penat pun oncall semalam walaupun sangat busy and banyak baby tenat di NICU. Waktu nak balik tu, Umi tolong topupkan belanja teksi saya. bila saya kata saya akan bayar balik di kemudian hari, Umi kata pada saya: "bayar balik duit ni dengan keimanan." Huhu.. T_T mampukah saya jadi macam Umi nanti?...
Saya percaya yang Allah SENTIASA SEDIAKAN U-TURN KE JALAN LURUS MENUJU-NYA. Renungi dan hayati ibrah daripada pendosa (bukan setakat kisah kaum-kaum yang dilaknat Allah sahaja tapi juga daripada diri kita sendiri --> pendosa paling tegar di muka bumi Allah ini). Saya percaya selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada peringatan untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah itu akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.. andai hati itu masih hidup..
Hebat kan kasih sayang Allah??
ps: saya dah ada kereta dah akhirnya!! =) masih cuba membiasakan diri dengan jalan-jalan di Taiping. Maaf dah lama tidak menulis.. insyaAllah moga kali ini kita sama-sama dapat ibrah dari setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)