14 September 2009

in the face of hardship


salam semua =). saya tak sempat nak update entry baru. InsyaAllah saya akan susuli dengan artikel berkenaan tajuk yang sama. (orang dah nak masuk kerja lah katakan.. hehe).

terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang hantar sms memberi sokongan kepada si penulis yang tengah kecuakan nak mula bekerja ni. (saya tak sempat balik rehat di rumah pun.. habis je kursus, esok tu terus mula kerja..sudah C-O-B-A-A-N.. ).

jaga diri elok2 yea semua...

05 September 2009

selingan kisah transformers

Saya rasa semua orang pun tahu cerita Transformers ni. Antara 2-3 benda yang popularnya melampau-lampau bak kisah Michael Jackson jugak. Sebut pasal transformers ni, saya suka part yang dia boleh berubah-ubah tuh.. plus ketulusan hati si Optimus Prime tu stick pada apa yang dia percaya.. For The Greater Good.. (oopps!!)

Alangkah bagusnya kalau kita pun boleh ambil semangat watak2 ciptaan ni. Bila keadaan memaksa, masih ada ruang untuk diri diperbaiki. Pasang-masuk spare part jer.. Tapi, realitinya bukan begitu. Sebab tu kena sentiasa latih diri, kalau boleh biasakan diri dengan kesusahan. Bukan nak suruh jadi sadistic ataupun penghiba.. tapi nak jadi manusia yang kental jiwanya. Dengan setiap masalah dan cubaan, kita mematangkan diri. Macam dalam sirah Rasulullah dan para sahabat... dari kita ambil tahu macam-macam pasal kisah rekaan yang tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati, baiklah kita ambil tahu kisah perjuangan tokoh-tokoh islam.. iye tak?? Tambah-tambah di tengah bulan Ramadhan ni, di ketika hati tengah pure and clean ni (insyaAllah).. ambillah banyak-banyak semangat pejuang Islam dari kisah-kisah Al-Quran dan sirah. Masa nilah, nak letak target ibadah tinggi-tinggi. Perbaharui semangat yang mungkin dah agak tumpul lepas bercuti lama. Biar bersinar luar dan dalam! tak gitu?




Dalam gambar ni, saya letak caption: be YOUNIQUE by being a muslim.
Memang itulah sepatutnya. Islam itu kan dagang sifatnya. Jadilah diri sendiri yang fitrahnya memang sudah sedia islam dengan menghebatkan lagi diri anda dengan memilih islam, bukan sekadar mengislamkan diri yang tak berapa islam.. (boleh faham ke apa yang saya cuba sampaikan ni..??). Teringat saya karya seorang penulis dari Indonesia tentang Wanita dan Aurat, tajuknya cukup menarik: Kulit dan Selulit + Jilbab bukan topeng, Be your Self, Neng! MasyaAllah. Rasa terketuk bila baca artikel tu. Beginilah keadaan kita dan masyarakat sekarang. Apa sekalipun, baguslah ada niat dan ada usaha untuk berubah. Pintakan pada Allah hidupkan hati kita agar sentiasa sensitif dengan dosa dan maksiat. Pintakan pada Dia agar kita ini jadi hamba-Nya yang berguna, bak pohon kukuh yang subur dan menyuburkan, bukannya setakat tumbuhan renek yang hidupnya segan, tapi mati tak mahu..

sebuah nasihat cinta

kalau mahu mengenal perempuan
jangan lihat pada rupanya
tapi lihat pada hatinya
adakah subur tertanam iman dalam jiwanya..
perempuan ini dirinya penuh emosi
lembut hatinya minta dibelai
lumrah alam mahu menyayangi dan juga disayangi

namun..!!
jika tanyakan pada diriku
mahukan perhatian?
sayang cinta yang tidak berbelah-bagi?
kasih suci yang tak lapuk dek zaman??
PINTAKAN PADA ALLAH SAJA!!





biarkan ruh cinta yang mengalir itu jadi lembut, bersinar, jernih dan ceria
jangan kau biarkan ia mati
terkuncup layu persis setangkai mawar yang dipotong-potong
buat persembahan pada kekasih!

ingat ya..
lirikan matamu buat sang jejaka
bukan hanya bisa merosak hatimu yang memandang
bahkan juga dia yang dipandang..
kerana si dia yang terasa 'dipandang' ini pun hatinya bisa luluh..
menahan syak 'rindu' yang dialihkan ertinya dek syaitan durjana!!

sejatinya para lelaki mulia
mereka mendambakan agar sang permaisuri hati

bersama membangkitkan semangat menebar pesona syurga

bukannya syahwat tidak bertepi!!


bisikkan doa:
Ya Rabbi
andai aku jatuh hati nanti

ku ingin terbang cepat

agar syaitan tidak bisa datang menghinggap
!!

kan cantik begitu??
Cinta, ampunan dan redha-Nya
itu yang Ia janjikan..
untuk apa mengharap janji si hamba yang tidak pasti bila datangnya
sedangkan Sang Pencipta terang-terangan menyayangi kita???

Hati-hati ya..
di lautan nikmat
ada dua makhluk berpisah

yang satu tenggelam

yang lain menyelam

adakah kau tahu apa bezanya??


jangan sibuk mencari jalan mencemburui sang bidadari bermata jeli
tapi sebaliknya..
persiapkan langkah
perhebatkan diri
agar bisa dikau pula yang dicemburui bidadari-bidadari di syurga!


(dipetik, diolah, dan disunting dari buku Agar Bidadari Cemburu Padamu)