Setahun berlalu, alhamdulillah diri kerdil saya ini masih diberi peluang berjumpa dengan bulan yang sangat besar rahmat dan keberkatannya di sisi Allah. Syukur yang teramat kerana sekali lagi diberi peluang oleh-Nya untuk mengecap nikmat indahnya bulan Al-Quran ini, bulan yang mana para sahabat Rasulullah sendiri menangisi kepergian Ramadhan selama 6 bulan setelah kepergiannya sementara 6 bulan lagi setia mengharapkan kedatangannya kembali (hadis Nabi).
Itu mereka, kita bagaimana? Tak mustahil ada yang tidak merasa apa-apa pun dengan kedatangan Ramadhan, hanya datangnya satu lagi bulan untuk kita berpuasa dan selepas itu RAYA!!! Lebih teruk lagi, ada pula yang merasa ‘letih’ dengan datangnya Ramadhan kerana perlu menahan diri dari pelbagai benda seperti makan, minum, merokok, menipu dan sebagainya; tak cukup dengan itu malam ‘kena’ pula berterawikh dan bertadarus demi menjaga air muka sendiri. Nauzubillah, harapnya kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.
Istimewanya Ramadhan ini terlalu banyak khasiatnya dan hanya Allah sahajalah yang tahu semuanya. Apa yang kita semua sedia maklum adalah:
1. adanya malam lailatul qadar (dikatakan berada dalam 10 hari yang terakhir)
2. syaitan semua diikat dan dihalang dari menghasut kita ke arah kemungkaran. (jadi siapa yang masih buat jahat lagi tu adalah kerana keterbiasaan jiwa kita sendiri yang merelakan kemungkaran itu… T_T .jaga-jaga jangan sampai kita tergolong dalam mereka-mereka yang fasik kerana selalu berbuat dosa-dosa kecil berterusan tanpa usaha menghentikannya.)
3. pahala yang berlipat ganda, 1 amal wajib (contohnya solat fardhu) = 70 amal kewajipan manakala 1 amal sunnah (baca quran, solat qiam) = pahala amal wajib.
4. bulan diturunkan al-quran.
Pernah tak kita berfikir bagaimana dalam bulan-bulan yang lain, kita nak berpuasa sekali seminggu pun terasa begitu berat rasanya, tapi dalam bulan Ramadhan susah bagaimana pun boleh saja kita berpuasa hingga sebulan berturut-turut? Ini kerana pada ketika inilah, Allah telah memberi dan memotivasikan kita dengan satu tambahan bi’ah solehah yang paling unggul untuk membantu kita ke arah lebih mendekati-Nya. Dalam bulan inilah, kita lebih (ghirah) bersemangat untuk mengaut pahala sebanyak mungkin dengan khatam quran misalnya, bersedekah kurma kepada jiran-jiran, mengajak kawan-kawan bertadarus dan sebagainya. (betul tak apa yang saya tulis ni? Betul kan?? ^_^)
Inilah satu bulan di mana Allah mahu kita menjadikannya sebagai satu momentum untuk kita lebih meningkatkan usaha kita dalam lebih beribadah, suatu bulan yang khusus untuk pentarbiahan diri (pendidikan diri) dalam segala aspek kehidupan. Apabila kita rujuk sendiri ayat suruhan berpuasa dalam surah al-baqarah ayat 183-187, jelas dinyatakan tentang pentingnya nilai puasa di bulan ramadhan ini. Tapi, itu tidak bererti dengan puasa itu sahaja sudah cukup untuk mendapat ketakwaan kepada Allah, puasa kita itu hanyalah sekadar satu wasilah (alat/kenderaan) untuk kita menuju ketakwaan.
Apabila diperhatikan ayat 186 surah al-baqarah, sekali imbas ia bagaikan tidak masuk dengan 4 ayat lain yang menceritakan hukum berpuasa tadi. Sebenarnya melalui ayat ini, Allah menunjukkan kepada kita akan mai’yatullah (kebersamaan Allah dengan kita) – Allah itu dekat dengan kita dan Dia mengabulkan segala doa kita apabila kita meminta pada-Nya dan muraqabatullah (pengawasan Allah terhadap kita) – Allah melihat segala perbuatan kita dan dalam dunia ini tidak ada tempat di mana kita boleh lari dari kekuasaan-Nya.
Diharapkan dengan adanya bulan Ramadhan ini, akan terciptalah satu prestasi ibadah yang hebat bagi diri kita, yang dengannya diharapkan ia menjadi satu pemangkin untuk kita lebih meningkatkan amalan ibadah kita dalam 11 bulan yang lainnya. Kira senang cerita, bulan ramadhan ini sebagai training monthnya, di mana tahap ibadah kita adalah maximum level with super speed in doing it (bukan laju dalam beribadah tapi laju dalam berlumba-lumba mengerjakan ibadah); dan 11 bulan yang lain sebagai working month, andai kata tahap ibadah tidak sehebat ramadhan, biarlah sekurang-kurangnya tahapnya mendekati tahap di bulan ramadhan itu, insyaAllah.
So, the right attitude yang kita patut ada dalam melalui bulan ramadhan ini adalah dengan menanam dan menyemai azam untuk buat sehebat dan semaksimum mungkin amal ibadat dan kebaikan. Dalam bulan inilah kita perlu lebih banyak membaca al-quran, bersyahadat dengan sebenar-benar maknanya, beristighfar, dan berdoa mengharapkan balasan terbaik dari Allah dengan dilimpahkan hati kita dengan nur dan kefahaman terhadap agama-Nya, masuk syurga-Nya serta terlepas dari siksaan api neraka-Nya.
Apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita manfaatkan ramadhan sebaik mungkin, jangan beribadat sorang-sorang saja. Ajak orang lain sekali. Kita berjemaah k? Biarlah kita sama-sama masuk syurga Allah dengan rahmat-Nya, insyaAllah.