13 November 2011

moments of solitude

Alhamdulillah. Cukup satu bulan berkhidmat di Kuala Kubu Bharu. Lain cabarannya jadi district MO ni. Memang pengalaman bermakna yang tak boleh nak dilupakan. Di sinilah baru sedar di mana letak duduknya diri sendiri, baru tahu langit itu tinggi atau rendah, baru jelas sejauh mana tahap kesabaran menempuh dugaan dan baru terang bersuluh tahap kebergantungan kita dengan Yang Maha Kuasa. Insaf insaf. ^_^

Kalau oncall di hospital daerah ni, hanya ada anda seorang mengendalikan seluruh hospital, tanggungjawab mati hidupnya seorang pesakit itu andalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Bayangkan pada suatu ketika yang sama, anda perlu melihat kes trauma di ED, ada pula patient collapse di medical ward, dan pada masa yang sama ada pula complicated labour in labour room and pregnant mother with pregnancy induced hypertension started fitting in antenatal ward.. she's going to be a full blown eclampsia!!.. FUHHH!!! terbelah empat badan dibuatnya..tak tahu nak selamatkan siapa dulu.. Hanya Allah jualah yang menjadi sandaran. Alhamdulillah, setakat ini, my oncall time although busy but still manageable. Havent kill anyone yet, hopefully never will be.

Memandangkan masih baru di sini, biasalah.. doktor baru.. kena bulilah dengan senior MO. MO in charge saya dah super senior.. UD54. berbelas tahun in service. Asyik kena lari sana lari sini gantikan orang. Walaupun kadang-kala geram juga dibuatnya.. saya selalu fikir.. whatever doesnt kill me, it will make me stronger!!
Seperti firman Allah dalam surah al-Imran ayat 145-146:

"..Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan padanya pahala dunia itu, dan barang siapa yang menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang bersyukur.. Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang2 yang sabar.."

ps: gembiranya dapat minum teh panas sambil menikmati pemandangan indah bukit waktu petang selepas hujan waktu oncall semalam .. telefon tak berbunyi (tak ada kes urgent kena attend), nampak burung-burung berterbangan riang, makanan oncall pun sedap dan panas.. =) memang tak terkatalah nikmatnya.. (sebiji cam dalam iklan nescafe... hehe).. my moments of solitude ^-^ cool rite??

18 October 2011

di mana DIA di hatiku

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Besar. Hanya Dia sahaja yang layak disembah. Bumi KKB menjadi titik tolak tsabatnya perjuangan sekeping hati yang gersang, kerdil lagi hina.
Cukup-cukuplah pengalaman 'menjadi anak kambing sesat' di bumi warisan dahulu. Di sana saya mengenal erti mujahadah dalam payah.

Umur saya cuma sehari di tanah bukit empangan ini. Risau dan gusar menanti apakah reaksi teman-teman sekerja di hospital nanti (officially mula bekerja Rabu ini). Bulat tekad menanam azam: mahu celik hati, tenang jiwa dan cergas minda!

Maka bermulalah agenda awal pagi saya: bangkit dengan senyuman, fikirkan yang indah-indah, luahkan kata-kata yang baik dan tunjukkan inilah apa yang Allah tuntut dari hamba-hamba-Nya. INILAH ISLAM. kan cantik begitu?? Mudahnya kerana di sini, laungan azan begitu dekat seolah-olah di tepi telinga, dan walaupun pekannya kecil tapi banyak masjid dan surau-suraunya yang saya kira tak sampai 300meter jarak dari antaranya. Subhanallah.

Dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 123-124:
" Dan sungguh, ALlah telah menolongmu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah... Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan dari langit??"
MasyaAllah.. apalah sangat perjalanan hidup saya selaku district MO di sini jika nak dibandingkan dengan perjuangan para sahabat dalam Perang Badar yang amat menggetarkan jiwa nurani itu??? T_T


Langkah ini mulanya dari dalam diri.
Rumah ini bukan sekadar rumah.
Ia masjid an-Nur. Cahaya di atas cahaya.
Biar mantap langkah berjalan dalam lembayung rahmat Allah.
Ranapkan musuh batinmu satu demi satu.
Carilah kekuatan di sebalik sesuatu.. insyaAllah akan kita temui kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya.

selamat bermujahadah!!!

16 October 2011

pebble down my road

Salam. Time sure flies fast. I've completed my 2 years of bittersweet housemanship in Taiping's Hospital and enjoyed every seconds being an A&E's MO. The coolest experience ever --> i'm head over heels with Emergency Department =)

Starting of tomorrow, i'm heading to KUALA KUBU BHARU to be the next district MO in line, which as thrill as i can be, i'm fully prepared for the worst insyaAllah. For a 'freshie' who's gonna work with 4 or 5 senior MO there, i'm certain the workload will be chuck down onto me. All in all, i'm confidence and positive that He has something good in store for me there.

Bila difikir-fikirkan, urusan pertukaran saya ke Selangor ni tak sampai sebulan pun. Allah tolong bukakan jalan untuk saya:

1)proses pertukaran saya + nombor pendaftaran penuh siap tak sampai sebulan

2)dilembutkan hati seorang hamba untuk menyewakan rumah kepada saya dalam sekelip mata perkenalan: sebuah rumah yang siap segala kelengkapan, cat rumah pun ditukarkan khas untuk saya dan jiran-jiran pun bukan calang-calang orangnya (tok imam kampung dan cikgu-cikgu yang setia mendidik.. ^_^)

3)ramai pula staf/kawan yang punya kenalan atau keluarga di KKB: masing-masing menghadiahkan saya kasih dan sayang yang hanya Allah yang mampu membalasnya..

Bukankah Allah s.w.t telah menjanjikan pada para hamba-Nya yang Dia tidak akan memberikan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. Apa yang Dia berikan itulah yang terbaik buat kita.

Memanglah suatu kapal yang dibina itu akan kekal selamat jika dibiar di pelabuhan. Tapi, jangan pula kita lupa yang kapal itu dicipta untuk melayari lautan luas yang ganas lagi dalam, bukan sekadar penghias berlabuh di pinggiran....

Doakan yang terbaik buat saya di sini. . <3 <3 <3