18 October 2011

di mana DIA di hatiku

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Besar. Hanya Dia sahaja yang layak disembah. Bumi KKB menjadi titik tolak tsabatnya perjuangan sekeping hati yang gersang, kerdil lagi hina.
Cukup-cukuplah pengalaman 'menjadi anak kambing sesat' di bumi warisan dahulu. Di sana saya mengenal erti mujahadah dalam payah.

Umur saya cuma sehari di tanah bukit empangan ini. Risau dan gusar menanti apakah reaksi teman-teman sekerja di hospital nanti (officially mula bekerja Rabu ini). Bulat tekad menanam azam: mahu celik hati, tenang jiwa dan cergas minda!

Maka bermulalah agenda awal pagi saya: bangkit dengan senyuman, fikirkan yang indah-indah, luahkan kata-kata yang baik dan tunjukkan inilah apa yang Allah tuntut dari hamba-hamba-Nya. INILAH ISLAM. kan cantik begitu?? Mudahnya kerana di sini, laungan azan begitu dekat seolah-olah di tepi telinga, dan walaupun pekannya kecil tapi banyak masjid dan surau-suraunya yang saya kira tak sampai 300meter jarak dari antaranya. Subhanallah.

Dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 123-124:
" Dan sungguh, ALlah telah menolongmu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah... Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan dari langit??"
MasyaAllah.. apalah sangat perjalanan hidup saya selaku district MO di sini jika nak dibandingkan dengan perjuangan para sahabat dalam Perang Badar yang amat menggetarkan jiwa nurani itu??? T_T


Langkah ini mulanya dari dalam diri.
Rumah ini bukan sekadar rumah.
Ia masjid an-Nur. Cahaya di atas cahaya.
Biar mantap langkah berjalan dalam lembayung rahmat Allah.
Ranapkan musuh batinmu satu demi satu.
Carilah kekuatan di sebalik sesuatu.. insyaAllah akan kita temui kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya.

selamat bermujahadah!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam kak baiz.. dapat hosp kkb ek.. rindu pulak saya kat pekan tu..