25 June 2009

put on a strong fight!!

salam semua =). ampun dah lama saya tak update. sepanjang cuti ni (sementara menunggu graduation esok dan legalization sijil sebelum balik ke malaysia for good), ada senggang waktu yang saya tinggal seorang diri (semua orang dah balik tak pun pergi jalan-jalan dengan keluarga). Biasalah bila dah dok sensorang tu, apa lagi, sangap lah sket. Ada ketikanya saya alpa, dan ada ketikanya saya bermuhasabah.

Benarlah pepatah "jika anda tidak disibukkan dengan hal-hal besar, anda akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil". Sedih juga bila memikirkan saya pun termasuk juga dalam perangkap kesibukan dunia yang entah di mana penghujungnya dan sementara saja nikmatnya. (i miss everyone so much!! T_T)





Ulang balik tengok cerita Sang Murabbi semalam.. berderai-derai air mata mengalir bila Ust. Rahmat bercerita pasal kisah monyet yang memanjat pokok kelapa yang tinggi- apabila ditiup angin kencang, semakin kuat pegangannya pada pokok itu.. tapi tatkala ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa, kerana terlalu damai, jatuhlah monyet itu ke tanah.. huhu.. T_T. Pada waktu ketika seperti ini, tidak ada lain yang lebih saya rindui melainkan ujian-ujian dari-Nya.. mungkin ini juga ujian untuk saya. melihat bagaimana saya mampu bertahan ketika senang dan aman damai.. setiap orang lain masalah dan hambatan jahiliyyahnya..





Apa sekalipun, demi tidak mahu jadi seperti monyet yang jatuh ke tanah itu, insyaAllah dalam tangan saya dah ada beberapa projek yang sedang saya usahakan. Orang kata kalau peluang tak datang kepada kita, jangan tunggu saja. Ciptalah sendiri peluang itu!! betul tak??

11 June 2009

doctor in the making!!



alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... =)

hujan lebat petang ini dan petang semalam menandakan besarnya rahmat yang Allah turunkan untuk hamba2-Nya terutamanya kami bebudak 6th year MMA nie.. macam tak percaya kehidupan kami selama 6 tahun di sini (ada gak yang tujuh) sebagai pelajar dah sampai ke penghujungnya. Ada yang grad, ada yang tak.. Sedih ada, gembira ada, macam2 perasaan silih-berganti.. macam kuah rojak dah rasanya. huhu.

Sepanjang musim exam ni, keyakinan saya terhadap La Haula Wala Quwwata Illa Billah dan Hasbunallah wa ni'mal wakil bertambah kuat. Macam mana sekalipun, andai Allah tidak mengizinkan sebarang keburukan terjadi pada kita, berhimpunlah seluruh dunia ini sekalipun, tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Kadang-kadang saya terfikir, dengan keadaan diri saya yang sangat senang memanifestasikan (wujud ker perkataan nie?? layan jer lah yek..) kecuakan ni.. macam mana lah saya mampu mengharungi segala proses kehidupan saya yang saya rasa tak kurang jugak stress dan bebanannya.. huhu. Segalanya kita kembalikan pada Allah jua.

Sembang2 dengan junior tadi.. ramai juga yang ucapkan congrats sebab secara informalnya kami ni dah boleh dipanggil doktor ~~~ huhu.

But as for me, this is not the end. This is THE BEGINNING...

Kepada kawan2 6th year semua: congrats yea ^_^. Selamat mengorak langkah di perjalanan hidup yang lebih mencabar selepas ini. Teguhkan azam dan kukuhkan iman. We're gonna need it very much!

sedikit peringatan untuk kita semua:
"... know that the life of this world is only play and amusement, pomp and mutual boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children. (it is) like a rain, thereof the growth is pleasing to the tiller, afterwards it dries up and you see it turning yellow, then it becomes straw. But in the Hereafter (there is) severe torment, and (there is) forgiveness from Allah and (His) pleasure. And the life of this world is only a deceiving enjoyment..."
{al-Hadid: 20}

06 June 2009

what have the world becoming into??

The earth is literally being 'cooked' and WE, the minor actors in it are- sorry to say- behave very appalingly shameful (thats three times shame on you!!) despite claiming ourselves how refine and civilized we are. Is it really so??

Have you read the newspaper today? The same stories with just different titles and victims keep on repeating itself. Showing us how maddening a human can be when he submit himself to his desire.

Evil has appeared on land and sea beacuse of what the hands of man have earned {ar-rum: 41}.

I just can't stomach any more thoughts of how wonderfully 'proclaimed' undying love of human is when we ourselves are the ones who did all the 'good' deeds to those whom we pledge an oath to love and cherished all our life. On second thought, maybe they did just that: 'love' = 'make love' and 'cherished' = 'hold you tight' @ 'make you feel safe' (with money and 'tender' words as compensation for what they did or for what they didn't do)

hmmphhh!!

well, I have nothing much to say except that the human really are boisterously unrestrained in getting what they want in life.. behaving as in there are no rules at all in this world. Its possible they can make a bend in 'human's rule' but believe me, they will not do so in front of The Ruler of all Ruler, Allah the Almighty.

Here's some 'delightful' stories for you to read:

>>>> apabila manusia bertuhankan nafsu, inilah jadinya:

1. the grandpa of all devils

2. the craiglist scrutiny



Have fun reading it!!

(if what i wrote seems to provoke any sensitivity or looks like it comes from anger and feeling dissatisfied with whomever it may concern, please do know that i am intent to do so)

Apa sekalipun, kembalilah pada-Nya:
Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." {az-zumar: 53}


04 June 2009

Ihdinas-siratal-mustaqim...




Manusia pandai merancang. Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah azza wajalla.

Betul sangatlah kata-kata ini. Macam biasa, untuk kesekian kalinya, saya sendiri telah menjadi bukti kepada diri sendiri betapa manusia ini memang lemah, kerdil dan sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari-Nya.

Alkisahnya, petang tadi, di tengah-tengah kekalutan mengulangkaji untuk state exam esoknya (pagi Jumaat), classmate saya call- katanya saya kena hantar buku zachot saya pada Elena (dekanat) pada ketika itu juga. Jam sudah menunjukkan 6.30pm.. waktu kerja pun dah habis. Itulah.. siapa suruh sendiri ignorant.. inilah hasilnya. Bimbang menyusahkan Elena menunggu saya, terpaksalah saya naik teksi berbekalkan 300ruble terakhir saya (tak cucuk duit lagi).. dah lalu depan dekanat pun, saya boleh salah jalan lagi.. akhirnya terpaksa saya turun saja, jalan kaki, mencari sendiri jalan berbekalkan memori fotogenik saya yang tak berapa lengkap tuh. Bukan ke malu bertanya sesat jalan? (saya kesiankan pakcik tuh.. banyak kali pusing kereta..)hehe..Rasanya, dalam ramai-ramai orang, sayalah yang paling senang sekali nak sesat walaupun dah pernah pergi tempat tuh dulu. (walaupun selalunya saya tak kisah, sebab nanti akan terjumpa kedai makan best, kedai buku, or tempat2 yang cantik pemandangannya..) aisshhhh.. itulah sebabnya, kena selalu berdoa minta pada-Nya tunjukkan jalan yang lurus.. mujurlah setakat ini tak sesat lagi dalam jalanan kehidupan.. insyaAllah.

Jantung saya berdegup laju betul.. takut sangat sampai lambat sangat..kena marah lagi.. kalau tak sempat cucuk duit (perlu cucuk sebelum pukul 8pm sini =12tgh mlm malaysia) nanti macam manalah saya nak balik.. huhu. alhamdulillah segalanya dimudahkan Allah.

Sambil menekan butang lif tu, saya terfikir, apa sekalipun, La haula wala quwwata illa billlah.. (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah Taala..) Allah melapangkan bagi kita, supaya kita tidak selalu dalam kesempitan. Allah menyempitkan bagi kita supaya kita tidak hanyut dalam kelapangan.. dan Allah melepaskan kita dari keduanya supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Alang-alang jalan kaki balik ke metro Fruzenskaya tu, saya singgah sekejap lepak-lepak di taman Fruzenkaya tu.. aman damai sungguh hati waktu tu. Duduk rehat-rehat minda selepas setiap hari terperuk di bilik belajar. (kalau orang tak tahu, mesti kata saya ni free gila masa.. ). Sambil-sambil hirup udara segar sambil menikmati pemandangan indah yang Allah ciptakan untuk kita, boleh juga kita muhasabah sekejap.. dalam pada kita mengejar impian dunia yang belum pasti letak akhirnya bagaimana, di mana usaha kita dalam menyelamatkan diri dari ketetapan yang pasti (mati)??





..... hmm, pikir elok2 yea.. apa jawapan yang kita boleh bagi di depan Allah nanti ~~~