13 November 2011

moments of solitude

Alhamdulillah. Cukup satu bulan berkhidmat di Kuala Kubu Bharu. Lain cabarannya jadi district MO ni. Memang pengalaman bermakna yang tak boleh nak dilupakan. Di sinilah baru sedar di mana letak duduknya diri sendiri, baru tahu langit itu tinggi atau rendah, baru jelas sejauh mana tahap kesabaran menempuh dugaan dan baru terang bersuluh tahap kebergantungan kita dengan Yang Maha Kuasa. Insaf insaf. ^_^

Kalau oncall di hospital daerah ni, hanya ada anda seorang mengendalikan seluruh hospital, tanggungjawab mati hidupnya seorang pesakit itu andalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Bayangkan pada suatu ketika yang sama, anda perlu melihat kes trauma di ED, ada pula patient collapse di medical ward, dan pada masa yang sama ada pula complicated labour in labour room and pregnant mother with pregnancy induced hypertension started fitting in antenatal ward.. she's going to be a full blown eclampsia!!.. FUHHH!!! terbelah empat badan dibuatnya..tak tahu nak selamatkan siapa dulu.. Hanya Allah jualah yang menjadi sandaran. Alhamdulillah, setakat ini, my oncall time although busy but still manageable. Havent kill anyone yet, hopefully never will be.

Memandangkan masih baru di sini, biasalah.. doktor baru.. kena bulilah dengan senior MO. MO in charge saya dah super senior.. UD54. berbelas tahun in service. Asyik kena lari sana lari sini gantikan orang. Walaupun kadang-kala geram juga dibuatnya.. saya selalu fikir.. whatever doesnt kill me, it will make me stronger!!
Seperti firman Allah dalam surah al-Imran ayat 145-146:

"..Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan padanya pahala dunia itu, dan barang siapa yang menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang bersyukur.. Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang2 yang sabar.."

ps: gembiranya dapat minum teh panas sambil menikmati pemandangan indah bukit waktu petang selepas hujan waktu oncall semalam .. telefon tak berbunyi (tak ada kes urgent kena attend), nampak burung-burung berterbangan riang, makanan oncall pun sedap dan panas.. =) memang tak terkatalah nikmatnya.. (sebiji cam dalam iklan nescafe... hehe).. my moments of solitude ^-^ cool rite??

1 comment:

wayfarer said...

salam wrt, kak baiz!

miss u n love u fillah, inshaAllah!

moga Allah sentiasa tsabatkan hati-hati kita di jln cinta ini...

-farahfadhil