Showing posts with label sober mood. Show all posts
Showing posts with label sober mood. Show all posts

04 April 2012

greener grass



salam.
afwan lama-lama blog ni dah jadi macam public diary pulak.
bukankah bila menuding jari tu, yang paling dekat dituding kan diri sendiri?? (malah ada 4 jari lagi yang menghala balik kepada diri kita sendiri.. )Lebih kepada menasihati diri sendiri..

al-kisahnya, sudah jatuh ditimpa tangga, dilanggar pulak oleh bulldozer, kaki tangan patah, lepas tu rumah pulak roboh... macam tu lah perumpamaannya.. lepas satu-satu.. berat sungguh dugaan yang Dia bagi. penat menyudahkan kerja-kerja manusia lain yang tidak bertanggungjawab ni.pandang enteng dengan kurniaan nyawa yang Allah beri.a person can only do so much... kata seorang kawan yang baru saya kenal, manusia ni selalu rasa seolah-olah masalah dia saja yang besar. they always think the grass is always greener on the other side of the road which is not necessarily true.. huhu.. insaf insaf. Apa pun, i take it as boot camp for the withered soul. dari awal dah termaktub jalan tsabat itu jalan yang penuh onak durinya.

Dalam keadaan sebegini, timbullah perjuangan dalam batin. perjuangan yang amat hebat. Tarik-menarik di antara kegelisahan dan ketenangan. Jalan penyelesaian: Sabar!!! Tapi tidak boleh dipisahkan dengan solat! Ingat Dia. Hati kecil yang telah 'terkepung' oleh kegelisahan dan kekacauan itu harus dibebaskan dari kepungan itu. Lepaskan ia menghadap Tuhan: Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Key pointnya::
  1. sabar dan solat, keduanya mesti sejalan.
  2. positive thoughts!! one of the key to happiness is also bad memory. we should learn from our mistakes but we shouldnt beat ourselves over them. learn what went wrong and why. make amends if you need to. then drop it and move on.


Jom!! KITA SIHAT TANPA MAKSIAT!!

12 March 2012

kufurkah aku??

ps: sedikit coretan hati yang sedih...

Minggu lepas adalah minggu yang sangat meletihkan bagi saya. Penat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Letih badan, sedih hati, merana jiwa... cukup perasa lah orang kata.

Sejak bergelar District MO di hulu selangor ni, baru kenal tinggi rendahnya langit itu. Buat pertama kalinya, saya teringin nak ambil EL, rasa ingin terbang jauh... lari membawa diri.. pergi jauh membawa hati yang lara.. huhu.

Alkisahnya, saya ada 3 complaint dari family members dalam minggu lepas sahaja, walaupun ketiga-tiganya verbal complaint so far, tapi entah kenapa hati ni rasa terguris amat sangat.. bukanlah diharapkan wang ringgit atau pujian menggunung, cukup sekadar mereka menghargai penat-lelah kita yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan ahli keluarga mereka dengan kekal sihat dan menggunakan nikmat kehidupan mereka yang Allah berikan itu dengan sebaiknya... kita beri gula, mereka balas tuba pula... T_T. Selamatkan salah, tak selamat lagilah salah.. kerjaya sebagai doktor di malaysia sekarang ni bagai meniti mata pedang yang tajam.. duduk diam saja terluka, bergerak apatah lagi.. menitik darah tak henti-henti....

apa yang buat saya lebih ralat, sabtu malam lepas.. saya baru kehilangan seorang pesakit, MVA case: sustained intraabdominal injury and open fracture left tibai/fibula. Suaminya yang juga ada intraabd injury dah berjaya saya referkan ke selayang, yang si isteri ni.. kerana BP nya yang sangat rendah dan tak dapat distabilkan, walaupun HKL dah terima, tapi akhirnya dia meninggal di ED resusc (her BP still not picked up eventhough i'm resuscing her with total 10pint of fluids + 2 packs of blood + double inotrope). Her family lodged a complaint against me.. saying i'm not done good enough. As if i'm not doing anything for her. Not only them, i also cried myself to sleep because of her. I've really round whole selangor trying to refer her for surgical, ortho and ICU back up...

Setelah difikir-fikirkan, mungkin juga ini salah saya. Tak menggunakan nikmat yang Allah berikan sepenuhnya ke jalan yang benar. Lagha sangat dengan dunia kerja yang sememangnya memakan masa dan tenaga saya ni. Mungkin kerana saya acap kali lupa mengingatkan diri dan membetulkan niat... untuk apa sebenarnya aku kerja ni??

Dalam perjalanan balik, terdengar satu luahan ayat dari radio yang betul-betul sejuk mencengkam jiwa... katanya musibah itu jalannya jannah.. dengan musibah itu, Allah cuba mengingatkan kembali hati-hati yang lupa, yang lalai dan leka. Dengan musibah itu, Allah mahu kita sedar yang kita ini milikNya.. dengan musibah itu, semoga kita sedar yang Allah telah memilih kita agar jadi lebih-lebih baik lagi. Lihatkan pada yang tersirat.. jangan lihatkan pada yang tersurat.. T_T .

Murah sungguh air mata saya sejak seminggu dua ni. Cuba bayangkan, saya yang baru 5 bulan bekerja bersama orang KKB ni dah terasa frust dengan perangai mereka.. bayangkan betapa pemurahnya dan pengasihnya Ya Rabb yang masih kekal sudi memaafkan hamba-hambaNya yang masih derhaka sejak berzaman ni??? huhu... T_T

teringat pesan ustaz, asas islam itu berkasih-sayang. Apa jua perkara yang kita lakukan andai tiada rasa kasih dan cinta di sebaliknya, manalah nak meresap masuk dalam hati jiwa manusia yang keras ni?? Mengubati orang pun sama juga konsepnya.
Ampunkan aku Ya Rabb... semoga Kau sentiasa memimpin hamba-Mu ini dalam setiap langkah dan gerak-geriku.. berikan sinar dan petunjuk pada jiwaku yang lemah ini.. T_T

23 November 2011

good things of being an invalid

salam =)
I cannot illustrate to you how much in awe i am currently with what the Almighty have given me.. despite taken back my right hand function due to the simple boiling hot water incident to my dominant hand and thus rendered me invalid for the day, i've gain so much more!!

Just gonna brief you up a bit regarding my injury: i'm not really sure what really preceded the incident, just next thing you know, i'm driving as fast as i can using my left hand to my own hospital casualty..(which also not really 100% in good shape since i burned my left thumb too). after a jab of Voltaren(NSAIDs) and then step up to pethidine(opiod), i finally can laugh it off.

When your're in pain and in deep need of help, the reality struck hard. i've noticing how much more a simple act of care and thoughtful gesture means. it literally can bring you down to your knees! yesterday, i've received yet another devastating news regarding one of my loved ones .. leaving me forever without ever give me time to say goodbye.. T_T . The pains doubled and it feels right now like my heart bleeds through the agony of it...

All in all, i'm still gonna say its a wonderful day. Despite losing one right hand (literally), i've gain extra 4 pairs of right arm from my family and such BIG BIG LOVE from my staff and friends at work..and i get extra time to pray and reflect hard on myself now.. a superb gift don't you think? ^_^

lastly, just a bit of a famous literature for us to ponder upon:

i asked God for strength
He gave me difficulties
to make me strong.
I asked for wisdomand He gave me problems to solve
I asked for prosperity
And God gave me my body and my brain with which to work..
I asked for courage
And God gave me dangers to overcome
i asked for love
and God gave me troubled people to help
i asked for favours
and He gave me oppurtunities
i received nothing i wanted but instead
i received everything i needed....


16 October 2011

pebble down my road

Salam. Time sure flies fast. I've completed my 2 years of bittersweet housemanship in Taiping's Hospital and enjoyed every seconds being an A&E's MO. The coolest experience ever --> i'm head over heels with Emergency Department =)

Starting of tomorrow, i'm heading to KUALA KUBU BHARU to be the next district MO in line, which as thrill as i can be, i'm fully prepared for the worst insyaAllah. For a 'freshie' who's gonna work with 4 or 5 senior MO there, i'm certain the workload will be chuck down onto me. All in all, i'm confidence and positive that He has something good in store for me there.

Bila difikir-fikirkan, urusan pertukaran saya ke Selangor ni tak sampai sebulan pun. Allah tolong bukakan jalan untuk saya:

1)proses pertukaran saya + nombor pendaftaran penuh siap tak sampai sebulan

2)dilembutkan hati seorang hamba untuk menyewakan rumah kepada saya dalam sekelip mata perkenalan: sebuah rumah yang siap segala kelengkapan, cat rumah pun ditukarkan khas untuk saya dan jiran-jiran pun bukan calang-calang orangnya (tok imam kampung dan cikgu-cikgu yang setia mendidik.. ^_^)

3)ramai pula staf/kawan yang punya kenalan atau keluarga di KKB: masing-masing menghadiahkan saya kasih dan sayang yang hanya Allah yang mampu membalasnya..

Bukankah Allah s.w.t telah menjanjikan pada para hamba-Nya yang Dia tidak akan memberikan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. Apa yang Dia berikan itulah yang terbaik buat kita.

Memanglah suatu kapal yang dibina itu akan kekal selamat jika dibiar di pelabuhan. Tapi, jangan pula kita lupa yang kapal itu dicipta untuk melayari lautan luas yang ganas lagi dalam, bukan sekadar penghias berlabuh di pinggiran....

Doakan yang terbaik buat saya di sini. . <3 <3 <3

30 July 2009

the pain of being left behind T_T

My days with them are outnumbered.
How my heart ached to see them, to hug them, or just be in the same place with them.
2 months seem so long yet so short. Time flies by and before you know it, the precious short time together became the last fleeting memory that i haved. Time is never enough. I never thought that those short day that we spent together in Teluk Chempedak may well be the last time for all of us to hang out together. Even then, not all of my precious 'family' are there. T_T. Will God grant me the wish to work with them, hand on hand again?
Only time will tell.
As for now, i wish all of you the best. Treasure each moment that you have for me.
For i know for sure, even though i've lost the battle, i won that fight.
And for that, i thank you for all the time we had.
Sorry for not being there where i'm needed.
Eventhough i'm here, being left behind, my heart goes for all of us.





" Dan Allah lah yang menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana. "

...

14 July 2009

panggilan untuk seorang pejuang

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. 2 hari menjejakkan kaki semula ke tanah kelahiran bumi bertuah Malaysia, rasa syukur yang teramat. tak kurang juga rasa risau dan sebak menguasai dada. Kali ini, saya dan kawan-kawan lain akan melalui transisi kehidupan yang saya kira, andai tidak tegar jiwa menghadapinya, alamatnya kecundanglah di tengah jalan.

Risau kerana kali ini segalanya berubah. Dari tempat kediaman hinggalah ke udara yang dihirup saban hari. Kalau dulu, sangap2 dan sedih2, boleh mengadu kepada akhawat2 yang tersayang di depan mata. Kini, hanya telefon dan internetlah jadi medan penghubung. Risau juga, sayang dan rindu yang terpupuk lapuk dimamah masa. Namun, setiap perkara yang berlaku ada lebih ada kurangnya. Its all depends to how we see it. Pada asalnya terfikir, kepulangan kali ini bakal menyaksikan diri berjuang memenuhi panggilan ibu pertiwi- menjadi seorang doktor yang tabah dan setia melayani kerenah pesakitnya, kepulangan yang menyaksikan anak dagang pulang ke desanya- menabur bakti dan membalas jasa keringat orang tua yang membesarkan...

Dalam keheningan malam, saya duduk berteleku. Cuba muhasabah kembali. Terasa seolah-olah ada silapnya percaturan pemikiran saya. Alhamdulillah. Jiwa yang lemah dan sering terumbang-ambing jalannya (kerana tarbiyah dzatiyah yang tidak seberapa) ini masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama dengan-Nya. Syahdu yang tidak terhingga mengenangkan betapa mudah hati ini kekeringan.. betapa mudah hati ini ketandusan andai tidak saban hari dan setiap ketika ia dimandikan dengan sinaran islam yang menembusi segala kegelapan. Subhanallah!!

Sibuk sangat saya nak berusaha memenuhi tuntutan manusia dan negara, sedangkan apalah sangat kekuasaan yang mereka ada. Tuntutan Al-Khaliq yang sejak dari terciptanya roh kita ini tidak pula mahu kita penuhi. {al-a'raf: 174} Asyik risaukan keperluan tubuh badan (nak kuruslah, muka nak licinlah, rambut nak lembutlah, etc...) tapi roh kita yang sedang menggila lapar ini tidak pula kita pedulikan. T_T.

Kenapa saya dok sakan sangat nak menekankan apa yang saya fikirkan ni?? mesti ada yang kata: "alah.. cakap jer lebih.. tulis saja berapi.. hasilnya mana??" Maka di sinilah mahu saya tegaskan. Sabda Rasulullah s.a.w: Berhati-hatilah dengan pemikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu. Berhati-hatilah dengan perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu. Berhati-hatilah dengan perbuatanmu, kerana ia akan menjadi tabiatmu. Berhati-hatilah dengan tabiatmu, kerana ia akan menjadi karaktermu. Berhati-hatilah dengan karaktermu kerana ia akan menentukan penghujung hidupmu bahagia ataupun sengsara. ...

Apa sekalipun, dengan segala kesusahan dan cabaran yang kita hadapi walau di mana jua kita berada, jangan kita lupa yang sandaran UTAMA kita hanyalah Allah yang ESA. Jatuh bangun kita, sedih gembira kita, penat lelah kita, andai kita salurkan untuk Dia dan agama-Nya, insyaAllah tidak akan ada setitik peluh dan sekeringat usaha pun yang akan disia-siakan. YAKINLAH dengan janji Allah Yang Maha Berkuasa. Tuhan seluruh alam.

ps: Masa cuti ni, kepada kawan2 dan mereka yang akan berwalimah, selamat menuju ke alam baru perkahwinan. Semoga bahagia dan sama-sama bertemu di jannah nanti insyaAllah. (cepat2 bagi saya anak sedara yea.. hehehe ^_^).

25 June 2009

put on a strong fight!!

salam semua =). ampun dah lama saya tak update. sepanjang cuti ni (sementara menunggu graduation esok dan legalization sijil sebelum balik ke malaysia for good), ada senggang waktu yang saya tinggal seorang diri (semua orang dah balik tak pun pergi jalan-jalan dengan keluarga). Biasalah bila dah dok sensorang tu, apa lagi, sangap lah sket. Ada ketikanya saya alpa, dan ada ketikanya saya bermuhasabah.

Benarlah pepatah "jika anda tidak disibukkan dengan hal-hal besar, anda akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil". Sedih juga bila memikirkan saya pun termasuk juga dalam perangkap kesibukan dunia yang entah di mana penghujungnya dan sementara saja nikmatnya. (i miss everyone so much!! T_T)





Ulang balik tengok cerita Sang Murabbi semalam.. berderai-derai air mata mengalir bila Ust. Rahmat bercerita pasal kisah monyet yang memanjat pokok kelapa yang tinggi- apabila ditiup angin kencang, semakin kuat pegangannya pada pokok itu.. tapi tatkala ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa, kerana terlalu damai, jatuhlah monyet itu ke tanah.. huhu.. T_T. Pada waktu ketika seperti ini, tidak ada lain yang lebih saya rindui melainkan ujian-ujian dari-Nya.. mungkin ini juga ujian untuk saya. melihat bagaimana saya mampu bertahan ketika senang dan aman damai.. setiap orang lain masalah dan hambatan jahiliyyahnya..





Apa sekalipun, demi tidak mahu jadi seperti monyet yang jatuh ke tanah itu, insyaAllah dalam tangan saya dah ada beberapa projek yang sedang saya usahakan. Orang kata kalau peluang tak datang kepada kita, jangan tunggu saja. Ciptalah sendiri peluang itu!! betul tak??

11 June 2009

doctor in the making!!



alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... =)

hujan lebat petang ini dan petang semalam menandakan besarnya rahmat yang Allah turunkan untuk hamba2-Nya terutamanya kami bebudak 6th year MMA nie.. macam tak percaya kehidupan kami selama 6 tahun di sini (ada gak yang tujuh) sebagai pelajar dah sampai ke penghujungnya. Ada yang grad, ada yang tak.. Sedih ada, gembira ada, macam2 perasaan silih-berganti.. macam kuah rojak dah rasanya. huhu.

Sepanjang musim exam ni, keyakinan saya terhadap La Haula Wala Quwwata Illa Billah dan Hasbunallah wa ni'mal wakil bertambah kuat. Macam mana sekalipun, andai Allah tidak mengizinkan sebarang keburukan terjadi pada kita, berhimpunlah seluruh dunia ini sekalipun, tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Kadang-kadang saya terfikir, dengan keadaan diri saya yang sangat senang memanifestasikan (wujud ker perkataan nie?? layan jer lah yek..) kecuakan ni.. macam mana lah saya mampu mengharungi segala proses kehidupan saya yang saya rasa tak kurang jugak stress dan bebanannya.. huhu. Segalanya kita kembalikan pada Allah jua.

Sembang2 dengan junior tadi.. ramai juga yang ucapkan congrats sebab secara informalnya kami ni dah boleh dipanggil doktor ~~~ huhu.

But as for me, this is not the end. This is THE BEGINNING...

Kepada kawan2 6th year semua: congrats yea ^_^. Selamat mengorak langkah di perjalanan hidup yang lebih mencabar selepas ini. Teguhkan azam dan kukuhkan iman. We're gonna need it very much!

sedikit peringatan untuk kita semua:
"... know that the life of this world is only play and amusement, pomp and mutual boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children. (it is) like a rain, thereof the growth is pleasing to the tiller, afterwards it dries up and you see it turning yellow, then it becomes straw. But in the Hereafter (there is) severe torment, and (there is) forgiveness from Allah and (His) pleasure. And the life of this world is only a deceiving enjoyment..."
{al-Hadid: 20}

16 April 2009

the will to live on

As i peruse over today's The Star news highlight, one title caught my attention. The story revolves around a young woman named Yvonne who fought bravely and buoyantly over her incurable sickness which left her with semi-facial paralysis, deafness, partial blindness, poor balance and a stiff right leg - the infrequent genetically-inherited disease: Neurofibromatosis type II.

She survived 6 surgeries to remove tumours - 1 on her spine and 5 on her brain - and is set to go for a seventh surgery next month to remove a 5cm tumour at the base of her brain. Despite all that, she is still optimistic about life and even sells custom-designed Heart4Hope T-shirts to raise fund for her surgeries.

A few things struck my mind as i fought hard not to overly symphatize with her. What a sick person needed most is courage to fight, not some commiseration over her 'unluckiness encounter' with what the fate has in hands. As i read more about her story, i grows uneasy with how swift i tend to forget how lucky i am to be who i am and where i am right now. It is true that a human is a creature of forgetfullness. Its a wonder how we keep on living on earth so 'happily' without concern over the right things that matters. Seeing how Yvonne keeps on struggling with her life, i become ashamed of myself: i'm just a bit 2 years older than she is, i'm healthy, i know the main purpose i live and i'm not in danger of any kind you can think its possible, and yet i can keep on living leisurely as if there is more days to come in my life (just only after one week ago, i've become so saddened by the fact that my body is a bit unwell and sluggish. How fast I am in forgetting my resolve to sincerely celebrate life and make full use of it T_T).




I know its entirely impossible to keep on living forever, but it is not unachievable for us not to 'die' eternally. I'm talking about the chances of each one of us to leave a legacy of hope behind. Provided if we are truely crystal clear and steadfastly hanging onto the obligation each one of us being handed to: be a khalifah and ubudiah to Allah the One and Only Almighty.

Well, all i can say to myself right now is: If you miss an opportunity, do not fill your eyes with tears over your regret of what could have been and what you can do at that time. Those tears may hide yet another opportunity lying right in front of you. Keep on moving and seize all the chances that you can!!

ps: i'm grateful that right now i'm currently seating in VIP seat of life (a doctor to be insyaAllah. eventhough I still have goosebumps all over my body when i watched some grossly skin lesions especially on the genital part.). That and my perpetual hobby (reading) help me broaden my mind and toughened my spirit along the way. Please, dear God, don't let me wandering around aimlessly in life when i've already found the meaning of my life...

T_T

09 April 2009

semakin tua??

jangan menangis kerana umurmu semakin menganjak tua.
jangan menangis kerana hadiahmu semakin berkurang dengan bertambahnya umurmu.
jangan menangis kerana dirimu rasa semakin dilupakan.
jangan menangis kerana orang lain mengatakanmu semakin menunjukkan umurmu.
jangan menangis kerana tanggungjawabmu semakin banyak dan semakin berat.


TETAPI.....


menangislah kerana kau tidak mampu berlagak setua umurmu.
menangislah kerana kau masih tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabmu.
menangislah kerana kau masih belum cukup sedar apa perananmu seiring dengan usiamu.
menangislah kerana semakin menginjak petang usiamu, semakin hampir dirimu dengan kematian.
menangislah kerana semakin tua dirimu, semakin kurang upaya fizikalmu menzahirkan syukur pada Penciptamu.
menangislah kerana masa dirimu mengaut pahala semakin berkurang.
menangislah kerana semakin tua dirimu itu, semakin kurang manusia yang berani menegur kesalahan dirimu.




menangislah dikau mengharapkan ampunan tuhanmu!!

31 March 2009

bahagia dengan kepenatan ^_@



ps: ini lebih untuk catatan diri.. tapi kalau nak baca juga silakan.. (sbb tuh sy letak di sini, hehe).


cepat sungguh masa berlalu.
sekejap saja dah masuk bulan 4.
banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
sampai adakalanya rasa seperti orang lain dapat 48 jam sehari
dan saya pulak dapat 18 jam sahaja...
aiihh..
time management!!
lasakkan badan!!
(kluar all out maximum untuk 2 hari jer, lepas tuh mesti macam nak demam T_T. baru 24 tahun tapi terasa seperti badan umur 32tahun..)
kuatkan semangat!!
kuatkan lagi pergantungan denganAllah!! (Allah itu dekat. Penuh kasih-sayang =). )

tatkala penat2 macam ni:
saya cuba ingatkan diri -
Allah akan menolong hamba2Nya yang menolong agamaNya.
usaha kita yang akan membuahkan redha dan pahala dari-Nya.. so apa lagi? tambahkan usaha!!
sebaik2 waktu adalah apabila kita mengusir kekosongan dengan kesibukan. (betul x?)
dan kesengsaraan itu (kepenatan dan yang sewaktu dengannya) datang dengan penuh hikmah.
(tak percaya??? )

..." yang demikian itu ialah kerana mereka ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang2 kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang2 yang berbuat baik." [at-Taubah:120]

ps: jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan kesengsaraan kerana terkadang penderitaan itu justeru memberikan kekuatan bagimu dan akan menjadi kenikmatan pada suatu hari nanti. Jika anda hidup dengan hati yang membara, terbakar dan jiwa yang bergelora kerana penderitaan, akan lebih baik dan terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin, semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

What doesn't kill you,it makes you stronger!!!

17 March 2009

syukur di atas syukur



Lazim sifatnya hati- sentiasa ada tarikan naik dan turunnya iman. Lautan jiwa sentiasa bergelora dengan pelbagai perasaan yang datang silih berganti, adakalanya resah mengharap cinta, adakalanya sepi menghitung rindu, dan adakalanya pasrah dilanda badai. Namun, alangkah gembiranya andai berjaya miliki 'tenang dalam sengsara'. Nah, itulah tandanya hatimu hidup- hidup dalam belaian rahmat dan barakah kasih Tuhanmu yang Esa, segar dengan siraman taufik dan hidayah Al-Khaliq yang tak kunjung putus, bercahaya dengan tempias sinaran mata air syurga yang dijanjikan untuk orang-orang mukmin.

Tatkala saya mencoretkan nukilan hati kali ini, dua sahabat yang amat saya kasihi sedang bertegang lidah, bermasam muka, masing-masing melayani kehendak hati yang sedang panas dikipasi api amarah dari sang syaitan durjana. Kami di sekeliling hanya mampu melihat dan mengambil tindakan 'duduk di atas pagar'. Bukannya tidak mahu menolong meleraikan kekusutan yang melemaskan dan menjernihkan kekeruhan yang menjelma, namun memandangkan ini adalah antara siri-siri pergaduhan ala 'marah-marah sayang' mereka, kami hanya mampu menggeleng kepala memandang dari kejauhan. Pening kepala saya memikirkan apakah sebenarnya penyebab mereka jadi begini... mengapa mahu ditengkarkan sekecil-kecil benda?? mengapa mahu dipanjang-panjangkan seremeh-remeh perkara??

Saya kira mungkin inilah yang dinamakan manusia. Inilah satu-satunya makhluk yang Allah ciptakan selain syaitan dan konco-konconya yang begitu tega mengkufuri nikmat yang Allah berikan padanya. Kalau mahu dilembutkan sedikit bahasanya, mungkin boleh kita katakan inilah dia sifat orang-orang yang tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Dekat mata orang yang membaca, dekat lagi hati orang yang menulis. Saya pun apa kurangnya. Tidak mahu menyalahkan sesiapa melainkan menyandarkan kesalahan atas diri sendiri jua.

Saudaraku muslim!! Kenikmatan yang Allah berikan pada kita teramatlah banyaknya sehingga tidak mampu kita hitungkan. Renunglah diri kita dan tepuk dada tanyalah jiwa. Adakah kita termasuk orang-orang yang mensyukuri nikmat-nikmatNya? Pernahkah lidah kita tergerak untuk mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Pemilik segala kenikmatan ini? Di manakah letaknya diri kita dalam kafilah orang-orang yang bersyukur pada-Nya?

Berkata Sufyan ibnu Uyainah:
" syukur di atas syukur itu adalah lebih sempurna daripada syukur. Ertinya engkau bisa memahami bahawa syukur itu adalah kerana taufiq dari Allah taala, dan taufiq itu adalah kenikmatan yang diberikan Allah kepadamu. Anda bersyukur atas nikmat Allah, kemudian engkau bersyukur bahawasanya engkau bisa bersyukur."

Saya berharap agar sinar mentari yang baru esok pagi bakal mendatangkan sinar bahagia untuk dua sahabat saya ini. Ketahuilah, di saat hatimu gundah memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, sahabatmu ini juga resah mendoakan dan mengharapkan kalian berbaik semula. Tinggalkanlah hari kelmarin dan binalah hari esok yang lebih bermakna. Hiduplah pada hari ini dengan sebenar-benar syukur pada-Nya. Syukur di atas syukur kerana dengan rahmat-Nya, kita dapat bertemu dan bergelar sahabat. Sahabat di atas jalan tarbiah. Sahabat di atas untaian akidah islamiah.


# janganlah kita asyik memikirkan sesuatu yang tidak kita miliki, ataupun sesuatu yang telah kita hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang kita ada di depan mata.... Jadikan setiap bencana sebagai kurnia, setiap ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala...

25 November 2008

salam rindu dari kejauhan




Dari kejauhan, ya itulah apa yang saya rasakan ketika ini. Kasihan 'rumah burung' saya ini tidak dijenguk hampir 3 minggu lamanya. Pelbagai perkara terjadi yang menyebabkan saya agak 'leka' dalam arus hidup. Mungkin boleh juga dikatakan 'hanyut' agaknya. Life has taken care of me when it should be the other way around. Mungkin kerana regular dose usrah sudah semakin tidak mencukupi. Dah ada tolerance syndrome agaknya. Hehe. Almaklum, dek kerana kekangan masa, dan line internet Kahov yang sangatlah tidak stabilnya (you can almost kiss it good bye every single night), kemanisan ukhuwah yang ada semakin terasa pudarnya. (but not too worry, we'll fight for it.)


Saya minta maaf kerana dah lama tidak update apa2 entry di blog ini. Rasa malu melihat coretan mantap adik2 yang kekal gigih berjuang di medan dakwah. Minta maaf juga kerana kebelakangan ini, rasanya blog saya ini dah jadi ' my public diary space'.If that's what it takes for me to writes again and be inspired by life (not taken in by life), I guess a glimpse of my unceremoniously-not-so-hectic-life is ok, or perhaps it can be forgiven ( in reality, I don't want this blog to turn into a REAL PUBLIC DIARY though).


Sepanjang 3 minggu ini, kesihatan saya tidak sebagus yang diharapkan. Kadang2 diarrhea, kadang2 demam, kadang2 selsema. It varies. Sepanjang tempoh ini, ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya. Banyak episod dalam hidup saya yang saya muhasabahkan kembali. Mencerna semula apa maknanya setiap perbuatan yang saya lakukan. Mengambil langkah terbaik mengatasi setiap masalah yang timbul. Cuba membina asas hubungan yang lebih baik dan kukuh. Gigih mengekalkan tautan hati yang sedia terjalin seerat2nya. Dalam kesibukan saya dengan usrah, ini antara perkara yang saya terlepas pandang. Kesibukan belajar, masalah dengan roomate, ditambah dengan kesihatan badan yang tidak seberapa, membuat saya terasa penat, dan ingin lari walau sebentar cuma ke satu dunia di mana masa seolah-olah berhenti sejenak (which of course it won't), duduk dan memandang hidup dan dunia ini dari pandangan orang ketiga ( sort of detachment exercise).The world which exist when i'm absorb in good books, books which make me laugh, cry, and towards the end feeling utterly satisfied and lucky that I've learnt something good out of it (something which I don't know or I already knew but need remembrance). The feeling that will help me get through all those nwelcome dark feelings inside. (plus doa yang berterusan of course).


Kalau dulu, sebelum saya jumpa nikmat indahnya keluarga yang berasaskan akidah islamiah yang jitu ini, semakin stress saya, semakin banyaklah anime/movie yang saya tengok. (oopss.. bukan nak mengiklankan kefasikan di sini.. ampun yea.. ^_^). Sekarang saya cuba 'hilangkan diri' dalam sesuatu yang membina, dan mentafsir mengikut kaca mata islam. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Sibukkan diri dengan sesuatu yang berfaedah. Sentiasa bersyukur walau dalam sengsara. Dan jangan cepat marah (penting tuh!!).


Alkisahnya, roomate saya ada bf baru, considered a good catch jika dinilai dari kaca mata manusia. Saya balik petang itu dengan rasa letih yang teramat. Sebu perut dan sakit kepala. Melihat ada 'aksi panas' di bilik, saya rasa bagai nak meletup. Kerana penat sangat, saya tertidur di atas katil, dengan harapan apabila saya terjagadi tengah malam, 'putera' itu sudah balik ke tempat asalnya. Malangnya, pucuk yang dicita tidak kunjung datang, ulam apatah lagi. Lelaki itu bermastautin di bilik saya sehinggalah ke petang esoknya. Memang remuk-rendamlah jiwa 2 hari tu. Panas kepala berselubung hampir 48 jam non-stop. Saya terfikir mungkin saya boleh dapat peptic ulcer due to extensive continuos stress (woman prone to have ulcers due to stress). Hehehe. Mujur bercakap dengan abah menyejukkan hati saya. Setelah berfikir semasak-masaknya, saya ambil keputusan untuk bertaaruf lagi dengan Joyce. (kami memang tidak berapa bercakap sangat). Saya tanyakan perihal keluarganya, negaranya, apa plan hidupnya, buat lawak sket2 dan akhirnya barulah masuk pasal current boyfriendnya.


Rupanya bf nya tu belajar di PFU (sebab tinggal jauh, maka kenalah tidur di bilik kami kalau datang melawat), dan the best suprise is: Joyce minta maaf kerana tidak bagitahu in advance dan juga kerana dia tahu saya tidak suka ada lelaki di bilik sehingga tengah malam apatah lagi tidur di situ. All things clear, and the least thing I can do is forgive and move on. Kan penat hidup dengan hati yang marah. Tak baik untuk kesihatan mental dan tubuh badan. Saya cuba berfikir dari pihak Joyce. Betapa dia sendiri pun sudah cukup bertolak-ansur dengan saya dalam aktiviti saya menyekat kebahagiaan mereka 'berumah-tangga' ni. Hehe. Kalau cara fikir dan cara idup pun memang dah totally opposite, paling2 pun kenalah pandai compromise with each other, betul x?


Saya selalu rasa macam kami ni sebenarnya old married couple (yang tak happy of course), who doesn't know each other that much, never bothers to actually really knowing the person you're married into, cannot stand the thoughts of sleeping in the same room and both goes in separate ways; but if something bad happens, still care and come back for rescue. Maybe this is the practical tarbiah cara hidup berkeluarga untuk saya agaknya. Hehe. (Sebab saya dah rasa contoh keluarga yang baik, ini kira jadi contoh keluarga yang tak baiklah konon-kononnya. hehe). Bukan ke by experience, kita lebih faham dan mengerti?


Apa sekalipun, saya lebih suka mendapat keampunan dan kasih-sayang Allah dengan memaafkan dan berlapang dada. Dalam satu hadis Nabi Muhammad saw: "orang-orang yang penyayang akan disayangi Allah. Maka, sayanglah kamu kepada penghuni bumi, nescaya kamu disayangi penghuni langit."


# ps: dalam tempoh 3 minggu ini, saya dapat habiskan baca 7 buah buku pelbagai genre but mostly on heavy and dark stuff. Best dan sangat menyentuh hati. insyaAllah lain kali saya tulis edikit ringkasan tentang buku2 ini.

08 April 2008

tips menjaga diri

Jagalah Allah, nescaya engkau akan sentiasa mendapati-Nya di hadapanmu.
kenalilah Allah di waktu lapang
niscaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan
ketahuilah bahawa apa yang luput darimu tidak akan menimpamu
dan apa yang menimpamu tidak akan luput darimu
ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran
jalan keluar selalu mengiringi cubaan
dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan.



ps: mode sekarang - penat otak tapi masih cekal hati.
berharap dapat booster dgn membaca dan meletakkan Hadis 19 ini.
(HR tarmizi).

01 December 2007

The will to fights...


I’ve been considering this topic for a few days straight yet I don’t have the time and enough urge to really put down my thoughts in it. Well, actually, the main point behind all this is ME TRYING TO RESIST A FEW ADDICTIONS in my life. I’m saying its an addiction because its come to a point that I know its bad for my own self (my heart and my mind to be exact) but I don’t have the power to REALLY resist it. It’s like I’m cannot live my life without it. Well, in my case its sports, anime and music (quite a deadly combination yeah??). Well, it seem silly to some people but I guess its big deals for me. I was trying and still trying to bring out the best in me ( which is fully understanding the real meaning of me as a muslim girl. I don’t want it to be just name. like some tag name you wear when you want and throw it out when you don’t feel like one)

I’ve realized that almost most of time were spend for those 3 (besides learning medic of course), and deep down, I can say that I’m struggling inside. Sometimes it’s like I can even hear my ‘own self’ arguing WITH my ‘own self’. The good part and the evil part. N of course, the ‘I’ part (as in me the writer.. haha)

Myself: come on, you should stop doing this!

Me : why should i? I like it n I’m happy with it.

Myself : its that all there is to your life? what’s your purpose in living? Is it just for fun, working, having family??

Me : who’s you trying to kid around? This is where you find the joy in really live it up.

Myself : I don’t want to just live it ‘here’. Here as in the world. The earth. How about your afterlife? Don’t wanna do something about that?? You sure you gonna go to heaven is it?

…………………. Here, I’m starting to have some really deep thoughts…………

As if the two me don’t freaks me yet??? OMG!!!!!

Hmmmmmm… I don’t know. Lets take futsal for example. The league has just ended and for the first time in my life here in Moscow, I’ve got 2 gold medal straight. N I really got sentimental over my 1st medal here. Gosh!! I’ve really enjoy all the games, the struggling to win and keep it together between the teammates, all those time we spend practicing in the cold winter-like-autumn-weather behind the Kahov’s hostel.. n I do enjoy screaming to the top of my lungs cheering my hearts out for my friends out there. But then I realize, this is not the proper way for a muslim girl to acts around. Well, you know futsal, it’s a boy’s game to start with. Whats good in it girls kicking and running around the courts running after the ball?? (I’ve remembered that once my PJ’s teacher used to say that football is not a girl’s game coz its actually not good for your reproductive system.. ). What can I say, after knowing all this, I’m still playing coz I REALLY LOVES IT.

For music and anime parts, I’m trying my best to limit it to the times that I really really need it. Which it like – almost most of the time… I’m such a loser here. Japan’s anime – well some can be really good for you in terms of not getting stressed having exam and all that, but how about all the wasted time you spend for it?? The ‘hentai’ part?? And music… the time you spend wishing that someone dedicating you that kind of songs. The time you were deep in thoughts of having the ‘one’ Mr right?( ex : No promise from Shayne Wards, Lelaki ini Anuar Zain…All the Way Celine Dion and the list go on and on ) ………

For now, I’m gonna give myself a 2 weeks trial time. Starting at square 1. GOOD LUCKS TO ME!! I’m not saying I’m gonna put off everything I like, I just want to limit it to just the good part only. If I can make it. The war within yourself. Like the saying goes : face your greatest enemy – yourself! Its you that can make the difference.

17 November 2007

stories on hatred.

ada pepatah yang mengatakan : kita takkan kenal seseorang itu selagi kita tidak bermusafir bersamanya, tinggal bersamanya atau berjiran denggannya.

pada saya, ayat ni mmg tersangatlah betulnya. sepanjang 4 tahun lebih sy menumpang hidup di bumi moscow ni, mmg tak pernah terlintas di fikiran saya yang sy akan dpt rs bagaimana rasanya hidup dgn org lain yg gaya hidup mereka mmg langsung tak sama. org kata kalau sy ke kanan, maka roomate sy tuh ke kiri lah. mmg multinational n kontroversi abes lah. mcm2 cerita ada. hehe. tp sy percaya bukan sy sorang jer yg rs mcm nih. ada ramai lagi yg senasib ngn sy kat luar sn. sy pernah tggl sebilik ngn org msia (itu biasalah), org israel dan yang terbaru org ghana.

dlm ramai2 nih, sy rs yg terbaru ni lah yg plg mencabar kesabaran, keimanan, dan kecekalan hati sy. sy pernah menangis, skt hati, marah dan mcm2 lagi perasaan yg tak elok semua kluar disebabkan dia. ada satu ketika tuh, sy smp tak boleh nak duduk dlm bilik sendiri sbb mrh sgt ngn dia nih. (sy rs ms tuh setan mmg suka abes lah dpt rekrut sy jg geng dia). bukan maksud sy nak meburuk2kan rumate sy nih. nak bercerita biar jadikan pengajaran dan tauladan. lihat sendiri bagaimana keadaan dunia sekeliling. dia nih jenis yg tak mkn smn sket. ckp elok2 dia wat tak tahu, apatah lg bila cakap tak berapa elok. sentiasa psg tv or lagu kuat2 tak kira waktu n especially bila sy nk solat or mengaji.menyeksi 24-7 mengalahkan org zmn purba.tak kira lagi boyfren2 dia yg sepanjang ms nk bertenggek kat blk sy tuh(n they dont just sit n talk). pendek kata mmg makan hati gila2 lah.. (agaknya masa tuh, smp dh takder hati dh nak mkn.. hehe).

maka slalulah sy mengadu, marah2 dan merengek kat abah n kengkwan. merintih dan mengadu nasib dgn-Nya. sy nih sebnarnya kira sgt bernasib baik sbb ada abah sy yg sgt2 melayan dan membantu sy utk sentiasa be cool and laid back. abah sy slalu nasihatkan sy wat tak tahu jer ngn org sebegitu. lagi dilayan lagi menjd2 perangainya. (and he's so true). tak payah nak rendahkan diri kita dgn 'berlwn' cara dia. kalau kita menghadapi mslh, cara utk menghadapinya adlh dgn mengubah keadaan tuh or mengubah diri kita agar lebih mampu menghadapi keadaan itu. n since i can do nothing about her or changing my room.. so i'm changing myself to face it. changing for a better person of course.

i learn to accept her for who she is. learn to tolerate more. learn to speak for myself clearly when needed. learn to keep my distance in all the bad influence she posses. n learn to communicate more. n the more important thing is i LEARN TO FORGIVE.

sy slalu fikir kalau sy tunjuk cara yg tak elok kat dia, mesti dia akan ingat agama Islam nih teruk. inilah apa yg diajarkan oleh Islam kepada penganutnya. dan disebabkan sy wat mcm tuh, hilanglah satu kemungkinan yg akan bertambah seorg penganut agama Allah yg syumul agamanya. Nauzubillah. sy tak nak disiksa sbb itu. sbb sy yg sebnarnya menghalang proses dia mendapat hidayahNya.

alhamdulillah, walaupun masih ada rs tak puas hati tuh (kdg2).. tp sy rs kami mcm dh ok byk.dah boleh bertolak ansur dlm menghormati hak hidup masing2. ada one time tuh, sy siap rs klaka plak bila dia cuba nak provoke sy ngn benda2 yg dia wat tuh. sudahnya, dia mengalah bila dia sedar dia tak leh nk wat sy lose control pd ms tuh. (rs cam pendeta plak ms tuh.. or mcm p.ramlee dlm pendekar bujang lapuk.. cubaan... cubaan... ^_^ hehe.)
dan baru2 nih, sy terbc 1 cerita psl seorg guru nak mengajar anak murid dia ttg buruknya perasaan benci nih :

A kindergarten teacher has decided to let her class play a game. The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes. Each potato will be given a name of a person that the child hates, so the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates. So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes; some 3 while some up to 5 potatoes.

The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week. Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes. Besides, those having 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended.

The teacher asked: “How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?” The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go. Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: “This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart.

The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime?”

Moral of the story:

Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take. “Learn to Forgive and Forget.”

  • surah an-nur ayat 22: .... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
  • with 1 minute u loss urself in anger and hatred, u lose 60 minute of ur lifetime. so dont waste it!!

nilai sebuah persahabatan.

(sober mood tonight):

Satu perkataan yang pd sy sgt besar dan tidak ternilai harganya. Persahabatan ni umpama tali yang mengikat 2 insan (atau lebih). Tak kisahlah org2 tuh mcm mn; gemuk kurus, tinggi rendah,tua muda, lelaki perempuan, kaya miskin..(tapi biarlah kena dgn caranya yg diredhai Allah). Satu pertalian yang unik, yang pada saya sukar utk ditafsirkan sifatnya dgn kata2. Org kata kalau nak tgk perangai seseorang itu, tgk lah pd kwn2 disekelilingnya. True for some people and not so true for some other people, but as far as I know, its quite true for most of us. Kita boleh nmpk ada mcm2 klik kengkwn kat dunia nih : kawan2 sekolah, kawan2 sekampung, kawan2 yg minat anime lah, kawan2 seusrah, kwn2 satu team futsal cnthnya (hehe ^_^).. dan lain2 jenis lagi. Mereka semuanya berkumpul, bersama dan membina hubungan atas dasar persamaan yg dpt dicari, diserlahkan dan ditonjolkan antara mereka. Pada saya, nak simpulkan cara2 membina hubungan persahabatan nih adalah lebih kurang mcm nih :

  1. pertemuan
  2. cari persamaan
  3. bina kepercayaan
  4. pupuk kasih sayang dan rasa hormat
  5. cuba gunakan perbezaan utk kejayaan atau kebahagiaan bersama.

  6. saling memahami dan menghargai satu sama lain.

Alhamdulillah, sy rs sy nih agak bertuah jugak sbb dapat jumpa dan ada ramai kawan yg betul2 sy boleh pggl kwn.

Real friends who help me through the days and nights, friends who help shaping up my life and my attitude towards life and God especially and friends who really been there for me and accept me for who I really am.

Ada kisah di sebalik tajuk nih yang menyebabkan saya rs terpanggil utk menulis berkenaan persahabatan ni. Kisah sy dan seorg kwn yg pd mulanya agak rapat dan seronok tp akhirnya jd renggang mcm tuh ajer. Tak tahu di mana silapnya dan apa sebabnya. Mungkin dia rasa saya nih lebih2 kot. Wallahualam . kalau sy berkwan, especially kwn2 yang long distance nih, sy akan cuba keep in touch n up to date sehabis baik.. n when I’m doing that, I’ll expext the same from my friends also. Yer lah.. mcm lyric lagu You and I both tu, the phone works both way. Sampai satu tahap tu, sy rs mcm sy ajer yg lebih2 berusaha.. manusia nih kan ada egonya (saya pun tak terkecuali), akhirnya bergaduh dan berjauh hati.. (kat sini bila pikir2 balik dah rs cam budak2 plak. hehe.) berbaik-bergaduh-berbaik-bergaduh..mcm tu lah. dan yg terbaru nih, senyap ajer bila hari raya.even before that time also. Sgl call n mesej wat tak tahu jer. Senyap mcm tuh ajer.. so, setelah sekian lama.. sy rs dah sampai masanya for the real end. Sedih n rs tak patut tp pd sy in friendship, u have to earn it. Build it and keep it. And it works for both sides.

mmg bila pk2 balik, mmg lg byk mudaratnya dari kebaikan bila sy berkawan ngn dia nih.. ada 1 time tuh, kwn sy nih seriously wat sy upset sbb cara dia ms tuh pd sy betul2 tak respect perempuan. Perempuan dlm case kwn sy nih adlh buah hati dia sendiri. Itu yg wat sy lebih sedih. kwn2 sy yg tahu cerita mmg suruh sy jgn hiraukan org mcm dia lagi, tp ada sorg kwn sy nih, ( nih salah sorg PILLAR of STRENGTH sy =D ) dia kata sbb kwn sy mcm tuh lah lg lah sy tak leh nk wat tak tahu je kat dia.. bila kwn kita wat salah, kita kena tunjukkan jln yg betul, sama2 elakkan kwn kita tuh dr menghadapi kehancuran. Doakan dia dan harapkan nurNya utk dia. Bkn lah maksud sy kwn sy tuh jht gila.. Cuma ada gelong2 sket di tempat2 yg tak sepatutnya gelong utk lelaki2 bakal ‘Pembina keluarga masa depan’.

After all this, stlh dok main tarik2 tali bab2 menjaga hubungan nih.. dan sy rs stlh dikuatkan olehNya.. I’m gonna let him go. Let him pick and do whatever he wants in his life. N semoga Allah berikan jalan yg sebaik2 nya utk dia. Amin.

  1. Saya bersandarkan keputusan sy pd hakikat yg kita nih sebnarnyer bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. Apa yg kita rskan baik utk kita mgkn tidak baik sebnanrnyer n vice versa. Dlm surah Al Hajj : ayat 13 – dia menyeru kepada sesuatu yg (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk2 penolong dan sejahat2 kwn.
  2. ‘manusia yg plg lemah adlh mnusia yg tidak sggp mencari teman dan yg plg lemah dr itu adalh mereka yg mensia2kan teman yg diperolehinya’ : Imam al- Ghazali.
  3. · ‘jgn berkwn dgn org yg tamak kerana pd zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikaktnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dgn pembohong kerana ia boleh menjdkan org yg dekat lari drpdmu dan sebaliknya. Jgn berkwn dgn org yg bakhil kerana mereka akan melupaimu di wktu kamu sgt memerlukannya dan jauhilah berkwn dgn org yg jahat kerana mereka tidak akan malu utk menjualmu dgn harga yg sgt murah’ : Saidina Ali bin Abi Talib.

Dan kepada kwn2 sy yg lain, terima kasih n sorry for everything k. I really mean it n I’m grateful for having u guys in my life. My shortlisted wonderful friends:

>>>>> [che mun, hnn, dyh, eza, krin, krun, sara, srh, shkn ter, et, che zar, my younger sis ayu n my bro wan, n THE MOST IMPORTANT: abah n mak]

ps: che mun tuh my bestest fren!! ^_^

>>>>>> yg sy tak tulis tuh bkn mksdnya tak penting. Each one of you affected me in some good ways. Kalau takder korg, tak tahulah cemna nk survive. Tq so much 4 everything!!!!

22/07/10

01:24 am