alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. 2 hari menjejakkan kaki semula ke tanah kelahiran bumi bertuah Malaysia, rasa syukur yang teramat. tak kurang juga rasa risau dan sebak menguasai dada. Kali ini, saya dan kawan-kawan lain akan melalui transisi kehidupan yang saya kira, andai tidak tegar jiwa menghadapinya, alamatnya kecundanglah di tengah jalan.
Risau kerana kali ini segalanya berubah. Dari tempat kediaman hinggalah ke udara yang dihirup saban hari. Kalau dulu, sangap2 dan sedih2, boleh mengadu kepada akhawat2 yang tersayang di depan mata. Kini, hanya telefon dan internetlah jadi medan penghubung. Risau juga, sayang dan rindu yang terpupuk lapuk dimamah masa. Namun, setiap perkara yang berlaku ada lebih ada kurangnya. Its all depends to how we see it. Pada asalnya terfikir, kepulangan kali ini bakal menyaksikan diri berjuang memenuhi panggilan ibu pertiwi- menjadi seorang doktor yang tabah dan setia melayani kerenah pesakitnya, kepulangan yang menyaksikan anak dagang pulang ke desanya- menabur bakti dan membalas jasa keringat orang tua yang membesarkan...
Dalam keheningan malam, saya duduk berteleku. Cuba muhasabah kembali. Terasa seolah-olah ada silapnya percaturan pemikiran saya. Alhamdulillah. Jiwa yang lemah dan sering terumbang-ambing jalannya (kerana tarbiyah dzatiyah yang tidak seberapa) ini masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama dengan-Nya. Syahdu yang tidak terhingga mengenangkan betapa mudah hati ini kekeringan.. betapa mudah hati ini ketandusan andai tidak saban hari dan setiap ketika ia dimandikan dengan sinaran islam yang menembusi segala kegelapan. Subhanallah!!
Sibuk sangat saya nak berusaha memenuhi tuntutan manusia dan negara, sedangkan apalah sangat kekuasaan yang mereka ada. Tuntutan Al-Khaliq yang sejak dari terciptanya roh kita ini tidak pula mahu kita penuhi. {al-a'raf: 174} Asyik risaukan keperluan tubuh badan (nak kuruslah, muka nak licinlah, rambut nak lembutlah, etc...) tapi roh kita yang sedang menggila lapar ini tidak pula kita pedulikan. T_T.
Kenapa saya dok sakan sangat nak menekankan apa yang saya fikirkan ni?? mesti ada yang kata: "alah.. cakap jer lebih.. tulis saja berapi.. hasilnya mana??" Maka di sinilah mahu saya tegaskan. Sabda Rasulullah s.a.w: Berhati-hatilah dengan pemikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu. Berhati-hatilah dengan perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu. Berhati-hatilah dengan perbuatanmu, kerana ia akan menjadi tabiatmu. Berhati-hatilah dengan tabiatmu, kerana ia akan menjadi karaktermu. Berhati-hatilah dengan karaktermu kerana ia akan menentukan penghujung hidupmu bahagia ataupun sengsara. ...
Apa sekalipun, dengan segala kesusahan dan cabaran yang kita hadapi walau di mana jua kita berada, jangan kita lupa yang sandaran UTAMA kita hanyalah Allah yang ESA. Jatuh bangun kita, sedih gembira kita, penat lelah kita, andai kita salurkan untuk Dia dan agama-Nya, insyaAllah tidak akan ada setitik peluh dan sekeringat usaha pun yang akan disia-siakan. YAKINLAH dengan janji Allah Yang Maha Berkuasa. Tuhan seluruh alam.
ps: Masa cuti ni, kepada kawan2 dan mereka yang akan berwalimah, selamat menuju ke alam baru perkahwinan. Semoga bahagia dan sama-sama bertemu di jannah nanti insyaAllah. (cepat2 bagi saya anak sedara yea.. hehehe ^_^).
1 comment:
salam kak baiz..
huhu..
slamt berkhidmat ^__^...
erm..kak baiz dah masuk transisi yg memerlukan tz yg lebih dan perlu diaplikasikan..
slam mujahadah^__^
Post a Comment