ps: sedikit coretan hati yang sedih...
Minggu lepas adalah minggu yang sangat meletihkan bagi saya. Penat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Letih badan, sedih hati, merana jiwa... cukup perasa lah orang kata.
Sejak bergelar District MO di hulu selangor ni, baru kenal tinggi rendahnya langit itu. Buat pertama kalinya, saya teringin nak ambil EL, rasa ingin terbang jauh... lari membawa diri.. pergi jauh membawa hati yang lara.. huhu.
Alkisahnya, saya ada 3 complaint dari family members dalam minggu lepas sahaja, walaupun ketiga-tiganya verbal complaint so far, tapi entah kenapa hati ni rasa terguris amat sangat.. bukanlah diharapkan wang ringgit atau pujian menggunung, cukup sekadar mereka menghargai penat-lelah kita yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan ahli keluarga mereka dengan kekal sihat dan menggunakan nikmat kehidupan mereka yang Allah berikan itu dengan sebaiknya... kita beri gula, mereka balas tuba pula... T_T. Selamatkan salah, tak selamat lagilah salah.. kerjaya sebagai doktor di malaysia sekarang ni bagai meniti mata pedang yang tajam.. duduk diam saja terluka, bergerak apatah lagi.. menitik darah tak henti-henti....
apa yang buat saya lebih ralat, sabtu malam lepas.. saya baru kehilangan seorang pesakit, MVA case: sustained intraabdominal injury and open fracture left tibai/fibula. Suaminya yang juga ada intraabd injury dah berjaya saya referkan ke selayang, yang si isteri ni.. kerana BP nya yang sangat rendah dan tak dapat distabilkan, walaupun HKL dah terima, tapi akhirnya dia meninggal di ED resusc (her BP still not picked up eventhough i'm resuscing her with total 10pint of fluids + 2 packs of blood + double inotrope). Her family lodged a complaint against me.. saying i'm not done good enough. As if i'm not doing anything for her. Not only them, i also cried myself to sleep because of her. I've really round whole selangor trying to refer her for surgical, ortho and ICU back up...
Setelah difikir-fikirkan, mungkin juga ini salah saya. Tak menggunakan nikmat yang Allah berikan sepenuhnya ke jalan yang benar. Lagha sangat dengan dunia kerja yang sememangnya memakan masa dan tenaga saya ni. Mungkin kerana saya acap kali lupa mengingatkan diri dan membetulkan niat... untuk apa sebenarnya aku kerja ni??
Dalam perjalanan balik, terdengar satu luahan ayat dari radio yang betul-betul sejuk mencengkam jiwa... katanya musibah itu jalannya jannah.. dengan musibah itu, Allah cuba mengingatkan kembali hati-hati yang lupa, yang lalai dan leka. Dengan musibah itu, Allah mahu kita sedar yang kita ini milikNya.. dengan musibah itu, semoga kita sedar yang Allah telah memilih kita agar jadi lebih-lebih baik lagi. Lihatkan pada yang tersirat.. jangan lihatkan pada yang tersurat.. T_T .
Murah sungguh air mata saya sejak seminggu dua ni. Cuba bayangkan, saya yang baru 5 bulan bekerja bersama orang KKB ni dah terasa frust dengan perangai mereka.. bayangkan betapa pemurahnya dan pengasihnya Ya Rabb yang masih kekal sudi memaafkan hamba-hambaNya yang masih derhaka sejak berzaman ni??? huhu... T_T
teringat pesan ustaz, asas islam itu berkasih-sayang. Apa jua perkara yang kita lakukan andai tiada rasa kasih dan cinta di sebaliknya, manalah nak meresap masuk dalam hati jiwa manusia yang keras ni?? Mengubati orang pun sama juga konsepnya.
Ampunkan aku Ya Rabb... semoga Kau sentiasa memimpin hamba-Mu ini dalam setiap langkah dan gerak-geriku.. berikan sinar dan petunjuk pada jiwaku yang lemah ini.. T_T
1 comment:
2 pint of blood tak cukup dr baiz. kalau intrabd plus open fracture kena bagi lebih lagi.
patient lose blood. kena replace dengan blood. bukan crystalloid/colloid. patient tu at least perlukan 5 pint wholeblood.
apa pun. All the best
http://www.primary-surgery.org/ps/vol2/html/sect0021.html
Post a Comment