25 November 2008

salam rindu dari kejauhan




Dari kejauhan, ya itulah apa yang saya rasakan ketika ini. Kasihan 'rumah burung' saya ini tidak dijenguk hampir 3 minggu lamanya. Pelbagai perkara terjadi yang menyebabkan saya agak 'leka' dalam arus hidup. Mungkin boleh juga dikatakan 'hanyut' agaknya. Life has taken care of me when it should be the other way around. Mungkin kerana regular dose usrah sudah semakin tidak mencukupi. Dah ada tolerance syndrome agaknya. Hehe. Almaklum, dek kerana kekangan masa, dan line internet Kahov yang sangatlah tidak stabilnya (you can almost kiss it good bye every single night), kemanisan ukhuwah yang ada semakin terasa pudarnya. (but not too worry, we'll fight for it.)


Saya minta maaf kerana dah lama tidak update apa2 entry di blog ini. Rasa malu melihat coretan mantap adik2 yang kekal gigih berjuang di medan dakwah. Minta maaf juga kerana kebelakangan ini, rasanya blog saya ini dah jadi ' my public diary space'.If that's what it takes for me to writes again and be inspired by life (not taken in by life), I guess a glimpse of my unceremoniously-not-so-hectic-life is ok, or perhaps it can be forgiven ( in reality, I don't want this blog to turn into a REAL PUBLIC DIARY though).


Sepanjang 3 minggu ini, kesihatan saya tidak sebagus yang diharapkan. Kadang2 diarrhea, kadang2 demam, kadang2 selsema. It varies. Sepanjang tempoh ini, ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya. Banyak episod dalam hidup saya yang saya muhasabahkan kembali. Mencerna semula apa maknanya setiap perbuatan yang saya lakukan. Mengambil langkah terbaik mengatasi setiap masalah yang timbul. Cuba membina asas hubungan yang lebih baik dan kukuh. Gigih mengekalkan tautan hati yang sedia terjalin seerat2nya. Dalam kesibukan saya dengan usrah, ini antara perkara yang saya terlepas pandang. Kesibukan belajar, masalah dengan roomate, ditambah dengan kesihatan badan yang tidak seberapa, membuat saya terasa penat, dan ingin lari walau sebentar cuma ke satu dunia di mana masa seolah-olah berhenti sejenak (which of course it won't), duduk dan memandang hidup dan dunia ini dari pandangan orang ketiga ( sort of detachment exercise).The world which exist when i'm absorb in good books, books which make me laugh, cry, and towards the end feeling utterly satisfied and lucky that I've learnt something good out of it (something which I don't know or I already knew but need remembrance). The feeling that will help me get through all those nwelcome dark feelings inside. (plus doa yang berterusan of course).


Kalau dulu, sebelum saya jumpa nikmat indahnya keluarga yang berasaskan akidah islamiah yang jitu ini, semakin stress saya, semakin banyaklah anime/movie yang saya tengok. (oopss.. bukan nak mengiklankan kefasikan di sini.. ampun yea.. ^_^). Sekarang saya cuba 'hilangkan diri' dalam sesuatu yang membina, dan mentafsir mengikut kaca mata islam. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Sibukkan diri dengan sesuatu yang berfaedah. Sentiasa bersyukur walau dalam sengsara. Dan jangan cepat marah (penting tuh!!).


Alkisahnya, roomate saya ada bf baru, considered a good catch jika dinilai dari kaca mata manusia. Saya balik petang itu dengan rasa letih yang teramat. Sebu perut dan sakit kepala. Melihat ada 'aksi panas' di bilik, saya rasa bagai nak meletup. Kerana penat sangat, saya tertidur di atas katil, dengan harapan apabila saya terjagadi tengah malam, 'putera' itu sudah balik ke tempat asalnya. Malangnya, pucuk yang dicita tidak kunjung datang, ulam apatah lagi. Lelaki itu bermastautin di bilik saya sehinggalah ke petang esoknya. Memang remuk-rendamlah jiwa 2 hari tu. Panas kepala berselubung hampir 48 jam non-stop. Saya terfikir mungkin saya boleh dapat peptic ulcer due to extensive continuos stress (woman prone to have ulcers due to stress). Hehehe. Mujur bercakap dengan abah menyejukkan hati saya. Setelah berfikir semasak-masaknya, saya ambil keputusan untuk bertaaruf lagi dengan Joyce. (kami memang tidak berapa bercakap sangat). Saya tanyakan perihal keluarganya, negaranya, apa plan hidupnya, buat lawak sket2 dan akhirnya barulah masuk pasal current boyfriendnya.


Rupanya bf nya tu belajar di PFU (sebab tinggal jauh, maka kenalah tidur di bilik kami kalau datang melawat), dan the best suprise is: Joyce minta maaf kerana tidak bagitahu in advance dan juga kerana dia tahu saya tidak suka ada lelaki di bilik sehingga tengah malam apatah lagi tidur di situ. All things clear, and the least thing I can do is forgive and move on. Kan penat hidup dengan hati yang marah. Tak baik untuk kesihatan mental dan tubuh badan. Saya cuba berfikir dari pihak Joyce. Betapa dia sendiri pun sudah cukup bertolak-ansur dengan saya dalam aktiviti saya menyekat kebahagiaan mereka 'berumah-tangga' ni. Hehe. Kalau cara fikir dan cara idup pun memang dah totally opposite, paling2 pun kenalah pandai compromise with each other, betul x?


Saya selalu rasa macam kami ni sebenarnya old married couple (yang tak happy of course), who doesn't know each other that much, never bothers to actually really knowing the person you're married into, cannot stand the thoughts of sleeping in the same room and both goes in separate ways; but if something bad happens, still care and come back for rescue. Maybe this is the practical tarbiah cara hidup berkeluarga untuk saya agaknya. Hehe. (Sebab saya dah rasa contoh keluarga yang baik, ini kira jadi contoh keluarga yang tak baiklah konon-kononnya. hehe). Bukan ke by experience, kita lebih faham dan mengerti?


Apa sekalipun, saya lebih suka mendapat keampunan dan kasih-sayang Allah dengan memaafkan dan berlapang dada. Dalam satu hadis Nabi Muhammad saw: "orang-orang yang penyayang akan disayangi Allah. Maka, sayanglah kamu kepada penghuni bumi, nescaya kamu disayangi penghuni langit."


# ps: dalam tempoh 3 minggu ini, saya dapat habiskan baca 7 buah buku pelbagai genre but mostly on heavy and dark stuff. Best dan sangat menyentuh hati. insyaAllah lain kali saya tulis edikit ringkasan tentang buku2 ini.

4 comments:

raihan said...

salam...kak baiz ada blog rupa2nya..hihi,baru tau...

Anonymous said...

salam raihan.. hihi.. malangnya awak jumpa blog kita bila kita dah tak der feel nak berblog lg
ni sj jenguk jer
maybe after kahov ader line internet balik baru nak tulis lain kot. (ps: la nih kat sportiv.. hehe)

aizadiha said...

salam akak,nape dh xde mood nk blogging?
i like ur writing.'regular dose' of usrah makes us tolerant. hu3. 1st time dgr, but it makes sense.

see u soon.jln terus~
=)

zelyonixalat said...

salam.kak baiz,i dont think im as strong as u are.i always feel like im not being a true muslim.macam joyce sgt x ske tgk sy.sy msuk blk je die mndengus.sy xtaw la...sedih sgt2..how'd u do it.im still amazed.