Saya sekarang ini berada di bumi Berlin. Transit sehari sebelum menjejakkan kaki di bumi Andalusia, Spain, melihat dan menghayati kisah kegemilangan dan juga keruntuhan islam.
Tiba-tiba teringatkan suatu kisah berbalas sms dengan seorang kenalan di bumi bertuah Rusia ketika malam menyambut tahun baru. Saya pada ketika itu langsung tidak terasa 'kemeriahan' sambutan tahun baru; terasa lebih sedih memikirkan berlalunya umur 23 tahun diberi nikmat hidup di bumi Allah ini, memikirkan apalah sangat sumbangan saya pada keluarga, pada negara, apatah lagi kepada islam.
Langsung tidak ada significantnya diri saya ini. Bila saya bercerita tentang perasaan saya ketika itu, kawan saya mengiyakan. Katanya, dia juga begitu. Dia harap semoga dikurniakan lebih banyak masa supaya dapat lebih bermakna hidup ini. Lama saya berfikir selepas itu. Berfikir punya berfikir, saya sampai kepada satu konklusi: bukan lebih banyak masa yang patut kita minta, tapi LEBIH BANYAK KEBERKATAN MASA yang sepatutnya kita pohonkan saban hari padanya. Biarlah umur kita pendek, dan hidup kita nampak ringkas sahaja pada pandangan mata manusia lain, asalkan berkat masa hidup kita ini dengan amal ibadat menuju-Nya. Betul tak?
1 comment:
salam wrt,
betul tu kak baiz..
waa...kak baiz dah berjalan rupenye.
Post a Comment